Ada Pesanan Isteri Di Pintu Bilik. Arwah Adik Yana Ditemui Bersama Sepasang Baju Bayi

Share

Pemergian adik lelaki tunggal dalam keluarga sememangnya memberi kesan yang begitu mendalam buat pelakon popular Yana Samsudin.

Dalam entri sebelum ini, Yana telah memaklumkan bahawa adiknya, Muhammad Fahmi Harith telah meninggal dunia ketika dalam tidur seorang diri.

Adik meninggal dalam tidur

Dia yang nyata terkejut dengan keadaan tersebut sempat memaklumkan kepada semua dan memohon agar orang ramai menyedekahkan al-Fatihah buat adiknya itu.

Pesanan isteri ditampal di pintu

Namun begitu, menerusi posting terbaru Yana di Instagram, dia telah memuat naik kembali penulisan seseorang yang menjadi orang terawal yang menemui jenazah adiknya.

Ternyata apa yang ditemui oleh Ustaz Faizal, (individu yang menemui arwah dirumah) di pintu bilik allahyarham adiknya sangat menyentuh hati. Nota yang ditampal dipintu bilik adalah pesanan dari isteri yang sedang berpantang di kampung buat suaminya yang berada seorang diri di rumah.

Sepasang baju bayi di bahu arwah

Menerusi perkongsian Ustaz Faizal lagi, terdapat sepasang baju bayi dibahu arwah ketika jenazahnya ditemui diatas katil dalam keadaan seakan sedang tidur itu.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Perkongsian yang dibuat oleh Yana Samsudin di Instagram miliknya telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Mereka juga berasa pilu membaca perkongsian tersebut kerana mengenangkan keadaan allahyarham yang baru saja bergelar bapa 37 hari lepas.

Ucapan takziah turut tidak putus diterima dan masing-masing mendoakan agar allahyarham adik kepada Yana Samsudin itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Belum sempat rasa kasih sayang ayah

Sumber: IG Yana Samsudin & OMM

Published by
Wan Amy