Bila ditanya, waktu bila penghidap ekzema gatal, ramai yang akan berkata, waktu hendak tidur, waktu lapar dan waktu marah.

Berdasarkan perkongsian Dr Suriyakhatun, ketiga-tiga keadaan ini melibatkan emosi. Semasa nak tidur, tumpuan beralih kepada diri dan emosi diri, bila lapar sudah tentu rasa kurang enak dan bila marah emosi sedang meradang dan kulit juga akan meradang.

Ada Sebab Anak Ekzema Kerap Menggaru Waktu Malam Sebelum Tidur. Bukan Saja-Saja!

Ini antara sebab saya telah mengajar pengidap ekzema dan ibu-bapa penghidap ekzema untuk tangani emosi diri dengan baik. Penyakit ini kadangkala amat mencabar dan sering juga penghidap dan penjaga menjadi buntu, putus asa dan menjadi murung sebab ekzema sering berulang dan berpusing-pusing seolah tanpa kesudahan.

Inilah antara sebab kumpulan sokongan menjadi sumber inspirasi dan memberi semangat kepada pengidap dan penjaga pesakit ekzema.

Anak dan bayi yang ekzema perlu dilayan dan dibelai dan juga perlu ditangani supaya tidak mengalami stres. Jangan sekali ibu-bapa paksa anak makan atau minum. Jangan juga di ikat dan dibedung kecuali dengan cara yang tidak menghalang pergerakan anak itu sepenuhnya.

Ada Sebab Anak Ekzema Kerap Menggaru Waktu Malam Sebelum Tidur. Bukan Saja-Saja!

Memang saya tahu kadangkala apabila ekzema tengah teruk dan anak boleh mengaru sehingga berdarah, ibu akan rasa tidak ada pilihan selain dari mengikat tangan anak.

Namun demikian sebenarnya jika rawatan terhadap punca ekzema telah dijalankan dengan baik dan ubat yang paling tepat telah diberi, sebarang aktiviti mengaru tidak akan melecetkan kulit lagi.

IKLAN

Saya selalu mendapat aduan, “Kulit anak saya sudah mula baik tapi gatalnya masih kuat, cuma bila dia garu sudah tidak melecet.” Jawapan saya adalah bahawa gatal adalah yang paling akhir untuk pulih dan emosi main peranan penting dalam menyembuhkan gatal.

Ada Sebab Anak Ekzema Kerap Menggaru Waktu Malam Sebelum Tidur. Bukan Saja-Saja!

Antara teknik yang saya ajar berkenaan emosi adalah ‘emotional freedom technique’ dan zikir sebagai cara untuk mendatangkan ketenangan dan keamanan di dalam jiwa pengidap dan penjaga pesakit ekzema.

IKLAN

Emosi penjaga amat berpengaruh kepada penghidap ekzema dan sebarang ketegangan di antara ahli keluarga dalam rumah akan menjejaskan pesakit ekzema.

Emosi jugalah yang menyebabkan ‘flare” atau radang apabila pesakit ekzema menghadapi stres peperiksaan atau perkara-perkara yang menekan emosinya.

Sumber: Dr Suriyakhatun

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI