Masa mula-mula pergi check up mengandung, mesti doktor atau jururawat suruh ambil darah dan urine kan? Dia orang nak check apa sebenarnya dengan darah tu? Pernah tak tanya? Untuk apa test tu? Mesti ramai yang tak tahu kan?
Berikut perkongsian dari doktor di Poliklinik Az-Zaara.
Ini test yang biasa dilakukan masa mula-mula buat checkup. Biasanya semua klinik akan buat test yang sama, cuma mungkin ada tambahan sikit-sikit.
- Full blood count
Tujuan utama nak tengok Hemoglobin (Hb) atau jumlah darah merah. Yang ni akan di ambil secara berkala sepanjang proses mengandung sebab takut Hb rendah. Kalau Hb rendah, kenalah makan ubat tambah darah. - Ujian syphilis
Syphilis adalah sejenis penyakit kelamin, yang boleh menyebabkan kecacatan pada janin. Jadi, jika pesakit ada syphilis, rawatan akan diberikan. - Hepatitis B
Hepatitis B berjangkit dengan cara menerusi hubungan seks, perpindahan darah, berkongsi jarum suntikan dan dari ibu kepada bayi. - HIV
Cara berjangkit sama macam Hepatitis B. - Rubellla
Rubella juga sejenis penyakit yang berbahaya kepada janin. Boleh menyebabkan kecacatan. Biasanya vaksin diberikan kepada remaja perempuan di sekolah menengah. - Kumpulan darah dan rhesus
Kumpulan darah penting kerana proses mengandung, risiko berlaku pendarahan yang menyebabkan perlunya blood transfusion sering berlaku. Jadi sebagai langkah persediaan, semua ibu mengandung perlu diketahui jenis darah mereka. - Urine test
Macam-macam boleh dikesan dari urine test, kencing manis, kebocoran buah pinggang, jangkitan salur kencing, kurang air akibat muntah-muntah dan lain-lain lagi.
Jadi penting untuk buat test-test ni. Jangan merungut atau anggap doktor saja-saja buat test sebab nak charge extra ya.
Sumber: Poliklinik Az-Zaara