Bayi suka masukkan jari kaki ke dalam mulut sebagai salah satu perkembangannya yang baik. Tapi bukan sebab nak minta adik!

Memasukkan kaki ke dalam mulut adalah salah satu perkembangan bayi yang normal. Ia adalah perkembangan yang penting. Walau pun pergerakan tangannya masih belum dikoordinasi dengan baik, bayi semakin berminat dengan objek di sekelilingnya. Kaki dan tangan juga tidak terkecuali!

Ada Sebab Kenapa Bayi Suka Masukkan Jari Kaki Ke Dalam Mulut, Bukan Minta Adik!

PERINGKAT ‘MOUTHING’

Bayi belajar menerusi apa yang ada di sekelilingnya termasuklah deria rasa. Sebab itu dia selalu memasukkan tangan dan kakinya ke dalam mulut. Nampak cute pula bila bayi berbuat begitu. Ia adalah satu perkembangan yang normal bagi bayi pada usia 4 hingga 8  bulan.

Ada Sebab Kenapa Bayi Suka Masukkan Jari Kaki Ke Dalam Mulut, Bukan Minta Adik!

Ini kerana pada mulut bayi terdapat banyak saraf dan bayi apabila dia ingin mengetahui tentang sesuatu benda akan memasukkannya ke dalam mulut terlebih dahulu. Ia disebut sebagai mouthing dan merupakan sebahagian daripada perkembangan bayi yang normal.

Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa memantau bayi untuk mengelakkan mereka memasukkan objek asing yang berbahaya ke dalam mulut yang boleh mengelakkan tercekik atau risiko tertelan.

KENAPA BAYI MEMASUKKAN KAKI KE DALAM MULUT?

Bayi akan mula ‘mengetahui’ tentang bahagian kakinya pada anggaran usia empat hingga lapan bulan. Kebanyakan bayi berusia empat bulan masih belum mampu merangkak, jadi sukar untuk mendapatkan mainan sendiri tanpa bantuan.  Maka kakinya memang ada tubuh dan tidak seperti mainan lain. Malah kaki juga mudah dicapai dan tidak hairanlah jika dia mula memasukkan kakinya ke dalam mulut. Bila dia dah mula mengetahui tentang kakinya, maka dia akan kaki akan selalu menjadi ‘mainan’ nya.

Ada Sebab Kenapa Bayi Suka Masukkan Jari Kaki Ke Dalam Mulut, Bukan Minta Adik!

PENTING UNTUK MEMUDAHKAN BAYI MENERIMA MAKANAN PEJAL

Mungkin mama dan papa rasa pelik kenapa bayi memasukkan jari kaki ke dalam mulut. Malah ada mitos karut mengatakan ia petanda bayi mahukan adik! Ia tidak benar sama sekali! Memasukkan jari kaki ke dalam mulut memberikan manfaat seperti berikut;

1-Mama dan papa perlu tahu yang ia adalah perkembangan normal bagi bayi yang meningkatkan kesedarannya kepada tubuh dan objek.

2-Memasukkan objek ke dalam mulut juga membantu bayi untuk mempelajari tentang tekstur dan rasa yang sangat mustahak untuk membantunya melalui fasa memakan makanan pejal apabila mencecah usia 6 bulan nanti.

3-Selain merasa dan merangsang deria, aama seperti jari tangan, menghisap jari kaki juga boleh bertindak menenangkan bayi dan memberikan keselesaan kepadanya.

APA PAPA DAN MAMA PERLU LAKUKAN?

Apabila mendapati bayi suka memasukkan jari kaki ke dalam mulut, ambil langkah proaktif dengan memastikan kedua-dua belah kakinya itu sentiasa bersih. Apabila dia sudah berjalan, perbuatan ini akan hilang dengan sendirinya. Berhati-hatilah dengan objek kecil di rumah, jauhi daripada capaian si kecil kerana mereka akan terus cuba memasukkan objek asing ke dalam mulut sebagai satu cara untuk mencuba dan merasa sehingga berusia tiga tahun.

Ada Sebab Kenapa Bayi Suka Masukkan Jari Kaki Ke Dalam Mulut, Bukan Minta Adik!

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI