Ada Sebab Kenapa Ibu Rasa Luka Episiotomi Dijahit Hidup-Hidup Walaupun Sudah Dibius

Share

Luka episiotomi  banyak terjadi kepada ibu yang bersalin terutama sekali bagi ibu yang baru pertama sekali bersalin.

Ia adalah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan kelahiran bayi.

Jururawat Bel Nawhen telah berkongsi info dan tip berguna tentang episiotomi khususnya ketika proses menjahitnya.

#1 BIUS PADA OTOT, BUKAN KULIT

Sewaktu menjahit episiotomi, kebiasaannya kita akan beri bius setempat (local anaesthesia) pada otot vagina bukannya pada kulit.

#2 RASA SAKIT SEPERTI DIJAHIT HIDUP-HIDUP

Kenapa sakit seolah-olah dijahit hidup-hidup? Kerana kawasan kulit dia vagina/perineum ada banyak saraf.

#3 KENAPA TIDAK BOLEH BANYAK BIUS?

Kenapa tak boleh beri banyak bius? Bila bius terlalu banyak, kawasan jahitan terutamanya kulit akan membengkak, akan susah nak jahit dan bila bengkak surut, jahitan akan jadi longgar lalu sebabkan proses penyembuhan luka episiotomi akan menjadi lambat.

4 TIP IBU BOLEH LAKUKAN KETIKA JAHITAN EPISIOTOMI DILAKUKAN

Macam mana pula nak divert rasa sakit dijahit?

1.BERI KERJASAMA

Beri kerjasama kepada perawat. Jangan gerak. Banyak gerak kerana boleh melambatkan proses jahit, jadi anda perlu tahan sakit lebih lama.

2.AJAK NURSE BERBUAL

Ajaklah nurse tu berborak. Saya sendiri berbual dengan nurse yang jahit epi saya

3.BANYAKKAN BERSELAWAT & BEREHAT

Kalau nurse tak layan sebab busy repair luka, selawat banyak-banyak atau layan mengantuk dan keletihan. Tidur.

4.SABAR

Semasa JAHIT episiotomi, anda tak boleh bergerak sebab kita bimbang jika jarum tertusuk kat tempat lain selain tercucuk jari nurse tersebut. Bila anda tak beri kerjasama, maka proses menjahit akan menjadi lebih panjang.

Jahit episiotomi bukanlah satu proses jahit sembat, jahit tulang belut dan lain-lain kerana jahit luka perlukan konsentrasi dan ketelitian.

Sumber: Bel Nawhen

Published by
Azma ML