Kehamilan

Ada Sebab Mesti Makan Asid Folik 3 Bulan Sebelum Hamil, Boleh Elak Kecacatan Neural Tube Pada Bayi

Share

Asid folik iaitu tablet kecil yang menjadi ‘rakan baik’ wanita yang merancang untuk hamil dan sedang hamil. Tahukah anda, kegagalan mengambilnya boleh menyebabkan kecacatan neural tube pada bayi? Jangan main-main dengan tablet kecil ini kerana impak tidak mengambilnya boleh jadi besar kepada bayi.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang anencephaly (tiada pembentukan tulang kepala) yang terjadi kepada bayi yang mempunyai perkaitan dengan kecacatan nueral tube akibat ibu tidak mengambil asid folik secukupnya semasa hamil.

Anencephaly selalunya dikesan apabila doktor membuat imbasan pada janin dan mendapati ciri abnormal pada bahagian kepala. Doktor juga mungkin tidak dapat mengukur ukur lilit kepala kerana bentuknya yang tidak normal.

Berikut ialah perkongsian Dr. Muhammad Izzat;

Struktur sistem saraf bagi berasal dari struktur yang bernama neural plate. Pada 28 hari selepas persenyawaan, neural plate ni akan terlipat antara satu sama lain dan menutup membentuk satu struktur berbentuk silinder yang dinamakan neural tube.

Masalah berlaku apabila struktur ini tidak menutup dengan sempurna menyebabkan terjadinya kecacatan neural tube. Ada beberapa jenis iaitu anencephaly, spina bifida dan encephalocele.

HILANG TULANG TENGKORAK ATAU SEPARA DARIPADANYA

Menyebut mengenai anencephaly, ianya melibatkan hilangnya tulang tengkorak sama ada secara penuh atau pun separa. Bila tiadanya tulang tengkorak ni, sebahagian otak juga turut hilang ataupun kalau ada sekalipun struktur otak menjadi sangat kecil. Ada juga ketidaknormalan pada muka dan leher bayi tersebut.

Keadaan ini dipercayai melibatkan kombinasi faktor genetik dan pengaruh persekiraran yang doktor sendiri tak boleh nak fahami secara 100%

Anencephaly berlaku dalam 6 kes di dalam 10 000 kelahiran.

Dari FB Dr Muhamamd Izzat

BILA ANENCEPHALY BOLEH DIKESAN

Boleh kesan anencephaly ketika hamil

Ketika melakukan pemeriksaan scan, seawal 11-14 minggu kehamilan. Kalau lebih awal dari 11 minggu tak sesuai sebab pembentukan tulang tengkorak belum selesai. Masa buat detail scan 18-21 minggu, senang sangat nak nampak dan boleh confirm ketidaknormalan ni.

Kadang-kadang susah juga nak betul-betul pastikan anencephaly ni. Scan berulang kali diperlukan untuk benar-benar pasti.

TIADA RAWATAN UNTUK ANENCEPHALY

Takda rawatan untuk anencephaly. Bayi anencephaly tidak boleh hidup bila dilahirkan dan kebanyakkan bayi ni akan meninggal sebelum dilahirkan ataupun mati beberapa jam selepas dilahirkan. Ada kes yang bayi seperti ini boleh hidup selama beberapa hari, tapi sangat jarang berlaku.

Dari FB Dr Muhammad Izzat.

Bila anda pernah hamil dan janin mengalami anencephaly, ia akan berisiko untuk ianya berulang lagi. 1 dalam 50 ( 2%)

MESTI AMBIL ASID FOLIK 3 BULAN SEBELUM HAMIL

Maka, semua wanita disarankan untuk mengambil asid folik 400mcg sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil sehingga minggu ke 12 kehamilan.

WANITA DIABETES PERLU AMBIL DOS LEBIH TINGGI

Untuk wanita yang pernah ada bayi anencephaly atau mereka yg ada kencing manis sebelum hamil, dos folik asid adalah tinggi – sebanyak 5mg perlu diberikan 3 bulan sebelum merancang untuk hamil lagi. Usaha ini dapat mengurangkan risiko mendapat bayi dengan anencephaly atau kecacatan tiub neural.

Pasangan yg pernah ada masalah bayi anencephaly jika berpeluang boleh berjumpa genetic counselllor untuk berbincang risiko mendapat anak sekali lagi dengan anencephaly

So dah faham ke kenapa saya membebel hari-hari kat pesakit mengenai pentingnya asid folik?

Betul, kalau dah makan sebaldi asid folik sekalipun kalau Allah dah takdirkan baby anencephaly, mmg akan dapat anencephaly jua. Bukan ke kita perlu ikhtiar dan ikhtiar sebelum menyerah dan tawakkal?

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai perubatan, Kesihatan wanita & Kehamilan

Published by
Azma ML