Bahan kimia yang dimaksudkan adalah Phthalate. Mesti ada di antara anda yang tidak pernah mendengarnya. Tetapi benarkah ia faktor berlakunya masalah kesuburan?
Mengenali bahan kimia Phthalate
Anda tidak dapat melihat, mencium atau merasakannya. Namun ia terdapat dalam ratusan produk harian yang anda gunakan.
Phthalate – sebutannya THAL-ate – adalah bahan kimia pengganggu endokrin (endocrine-disrupting chemicals) yang menjadikan plastik lembut dan mudah lentur.
Bahkan bahan kimia ini juga turut berada dalam makanan serta minuman yang anda makan. Bagaimana itu?
Endocrine-disrupting chemicals boleh berada dalam makanan dan minuman yang diambil setiap hari kerana ia digunakan dalam peralatan pemprosesan dan pembungkusan makanan.
Phthalate punca masalah kesuburan
Apa yang membimbangkan, phthalate dikatakan sebagai bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan, khususnya kepada individu dewasa.
Mereka yang berada dalam kumpulan tersebut berisiko untuk mengalami kegemukan diabetes dan sindrom metabolik.
Phthalate juga boleh menyebabkan masalah kesuburan.
Terdapat beberapa bukti kuat menyatakan phthalate boleh mendatangkan bahaya kepada ibu yang sedang hamil.
Tahap bahan ini dikatakan tinggi pada ibu hamil dan dikaitkan dengan perubahan anatomi pada bayi lelaki yang mungkin akan mempengaruhi kemampuan anak tersebut untuk bergelar ayah di kemudian hari.
Bukan setakat itu sahaja, pendedahan phthalate semasa dewasa juga boleh menyebabkan penurunan kesuburan, perubahan sperma, dan penurunan kadar testosteron.
Individu wanita juga mungkin berisiko mengalami masalah kesuburan.
Ads
Pada tahap sangat rendah, bahan ini boleh menghidupkan, mematikan atau mengubah isyarat yang dihantar hormon ke seluruh badan. Sudah tentu keadaan itu boleh menimbulkan masalah.
Kajian yang dijalankan terhadap bahan kimia
Dalam beberapa kajian yang dilakukan pada tahun 1999 hingga 2008, menunjukkan bahawa phthalate boleh mempengaruhi kesuburan individu wanita.
Penyelidikan oleh National Health and Nutrition Examination Survey ini menganalisis 11 bahan kimia pengganggu endokrin pada 31,575 responden wanita.
Hasil kajian menunjukkan mereka dengan tahap phthalate yang tertinggi akan mencapai menopauskira-kira 4 tahun lebih awal berbanding wanita lain.
Mengalami menopaus lebuh awal akan meningkatkan kadar kemandulan dan menyebabkan perkembangan penyakit lain seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan masalah perubatan lain.
Selain masalah kesuburan, phthalate juga mempunyai kaitan dengan masalah berat badan yang berlebihan.
Dalam tinjauan dilakukan oleh organisasi sama, dikatakan individu yang mempunyai tahap phthalate tertentu akan mempunyai berat badan lebih tinggi dan saiz pinggang lebih besar.
Ads
Di samping itu, kadar gula dalam darah dan insulin juga akan berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding individu dengan tahap bahan kimia phthalate rendah.
Mengurangkan pendedahan kepada phthalate
Phthalate biasanya dijumpai dalam makanan dan sebenarnya, sukar untuk kita menghindarinya.
Beberapa idea umum mengenai makanan yang cenderung terkontaminasi dengan bahan pengganggu endokrin ini adalah seperti ayam, daging merah, mentega, marjerin, minyak masak, krim dan keju.
Hakikatnya, phthalate sukar untuk dihindari kerana ia meningkatkan fleksibiliti plastik dalam semua perkara seperti pada lantai vinil dan langsir bilik mandi sehingga ke tiub intravena, peralatan memproses dan pembungkusan makanan.
Makanan dan minuman
Sumber pendedahan umum individu kepada phthalate adalah daripada bahan pemprosesan dan pembungkusan yang bersentuhan dengan makanan dan minuman.
Anda boleh mengurangkan pendedahan pada makanan dan minuman, dengan cara:
Mengurangkan penggunaan makanan yang diproses dan dibungkus
Meningkatkan penggunaan makanan segar
Mengurangkan menyimpan serta memanaskan makanan dan minuman dalam bekas plastik
Minyak wangi dan produk penjagaan diri
Ads
Phthalate boleh didapati dalam losyen, sabun, alat solekan, pewarna kuku. produk dengan ‘wangian’ juga mungkin mengandungi phthalate.
Elakkannya dengan cara:
Guna losyen dan sabun ‘bebas phthalate’
Kurangkan penggunaan produk haruman dengan memilih kandungan ‘bebas wangian’
Gunakan jenama pewarna kuku yang menyatakan ‘Tiada Di-Butyl phthalate’ atau ‘Tiada DBP’
Barangan rumah
Lantai, tirai, pancuran air, langsir, elektronik, dan produk PVC lain boleh menjadi sumber DEHP (Di(2-Ethylhexyl)Phthalate) – adalah bahan kimia pembuatan yang biasanya ditambahkan pada plastik untuk menjadikannya fleksibel.
Produk pembersih wangi, pencuci pakaian, penyegar udara sintetik juga boleh mengandungi phthalate.
Sebaiknya:
Gunakan produk bebas PVC. Ganti dengan kapas, buluh atau polyethylene vinyl acetate (PEVA)
Gunakan produk pembersih dan dobi yang ‘bebas wangian’
Langkah berwaspada
Sememangnya lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi mengesahkan lagi tentang bahaya phthalate.
Pun begitu dengan penyelidikan yang ada, ia menunjukkan bahawa pendedahan kepada phthalate pada tahap tertentu, boleh memberikan kesan kepada populasi manusia.
Ini kerana bahan kimia tersebut menjadi punca wujudnya masalah kesuburan, terutamanya melibatkan aspek pembiakan lelaki.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, lakukan perubahan hidup yang berkaitan bagi mengurangkan risiko mengalami masalah berkaitan kesuburan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia kandungan pelakon jelita Mira Filzah sudah memasuki lapan bulan. Biarpun sudah memasuki trimester akhir, Mira masih aktif bekerja dan akan berehat bermula pada bulan Ramadan.
Mula sakit belakang dan kaki bengkak
Menerusi laporan Oh Bulan, Mira, 29, menyatakan dia sedang menghabiskan saki baki kerja yang dijangka berakhir pada 5 April ini.
Berkongsi perjalanan berbadan dua, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman mengalami sakit belakang selain kaki makin membengkak.
Sekarang pun dah sarat, usia kandungan dah masuk lapan bulan lebih. Saya dah mula rasa sakit belakang, kaki pun dah bengkak.
Namun sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti.
Terlalu kuat bekerja
Sementara itu, suami Mira iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar akui risau melihat sikap ‘workholic’ isteri tercinta yang seharian keluar bekerja.
Dia seorang yang bekerja keras kadang-kadang tu risau juga. Balik rumah dia mengadu sakit belakang, minta urut. Biasalah manja..
Dekat luar dia iron lady. Dia keluar seawal pagi kemudian balik lepas maghrib. Tapi itu la dia, seorang yang komited.
Beli barang bayi secara online
Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda memberitahu persiapan bagi menyambut cahaya mata sulung belum sepenuhnya selesai. Katanya, kebanyakan barang hanya dibeli atas talian kerana faktor kekangan masa.
Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak beli secara online sahaja. Tiada lagi keluar mencari barang.
Bukan kerana bimbang akan virus Covid-19 sekarang sebab saya sendiri tak hadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan masa.
Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat ada ja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan selebihnya saya hanya berfikiran positif.
Pada Januari lalu, Mira berkongsi berita gembira di Instagram (IG) dengan mengesahkan dia kini sedang hamil.
Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang perempuan bila tengah mengandung memang sensitif. Suami kena jaga kata-kata supaya hati isteri tidak terguris dengan ucapan yang mungkin tidak dimaksudkan tapi terkeluar dari mulut. Akibat perubahan hormon dalam badan, perempuan hamil cepat terasa hati. Tambahan pula membawa kandungan yang beratnya mungkin melebihi 5kg. Jadi kalau suami tak mahu mengganggu emosi isteri, elakkan daripada mengucapkan lima ayat ini:
1. Besarnya perut, mesti bayi pun besar!
Ayat ini mungkin boleh membuatkan isteri anda murung kerana bentuk badannya yang sudah berubah. Teguran suami mungkin disalah ertikan oleh isteri sebaiknya puji sahaja dan katakan pada isteri yang sedang kandungkan anak anda bahawa dia kelihatan lebih cantik dan berseri-seri ketika mengandung.
2. Betul ke nak pakai baju tu keluar nanti?
Jika soalan anda begitu, pasti rancangan untuk keluar bersama akan terbatal kerana rajuk sang isteri. Ucapkan yang lebih manis seperti, “Kalau sayang rasa selesa, pakai sahajalah baju itu.” Kan lebih mulia.
3. Kenapa sayang dah kurang mesra?
Kata-kata ini seakan menyalahkan isteri semata-mata. Jaga kata-kata lebih baik terus terang dan beritahu isteri bahawa anda rindu pelukan isteri tersayang. Sambil tu jangan lupa peluk terus isteri anda yang sedang sarat tu. Mesti mereka lebih bahagia.
4. Jangan malas-malas la sayang, mentang-mentanglah mengandung.
Mungkin anda melontarkan kata-kata ini ketika melihat rumah yang berselerak dan tidak berkemas. Kena ingat isteri anda bukannya malas, tapi kerana perubahan dalam badan mereka, isteri jadi cepat penat. Daripada mengucapkan itu, cuba tukar dengan “Sayang penat ya? Meh abang urut”. Lebih sweet tu.
5. Mama ni kuat betul la membebelnya…bingit tau!
Jangan diperlekehkan keluhan-keluahan wanita yang sedang sarat mengandung kerana itu boleh membuatkan mereka sedih dan keadaan ini dikhuatiri akan memberi kesan pada kesihatan bayi dalam kandungan. lebih baik anda tenangkan saja isteri yang sedang membebel dengan menyuruhnya berehat atau segera melakukan apa yang isteri suruh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan kenaikan berat badan ketika hamil amat diperlukan. Pun begitu bukanlah dengan kadar melampau atau mendadak sehingga mengundang obesiti.
Kajian mendapati bahawa wanita yang reproduktif terdiri daripada 32% golongan wanita obesiti dan 56% wanita mengalami kegemukan melampau (overweight).
Menurut Dr Mashita Mohamed Kassim, Pakar Sakit Puan (Consultant Obstetric & Gynaecologist (O&G) daripada Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi, berat badan yang berlebihan semasa kehamilan dikenalpasti sebagai faktor risiko pelbagai penyakit yang serius semasa dan selepas kehamilan dalam menjalani kursus kehidupan ibu.
Organogenesis berlaku pada awal trimester pertama sebelum ramai wanita mengetahui kehamilannya. Oleh itu, wanita yang mungkin hamil atau yang cuba hamil perlu mengoptimumkan status pemakanan dan metabolik sebelum hamil.
BMI sepatutnya dikira pada perjumpaan pertama antenatal. Jika BMI anda adalah 30kg/m2 atau lebih, kakitangan kesihatan akan memberikan maklumat mengenai risiko yang bakal anda hadapi ketika proses kehamilan dan cara-cara untuk meminimakan risiko-risiko tersebut, dan penjagaan tambahan yang anda perlukan. Berat badan yang berlebihan dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi membuatkan anda lebih berkemungkinan mengalami beberapa komplikasi.
Berat Normal Ibu Mengandung Yang Ideal
Secara umumnya, boleh ikuti jadual di bawah ini tentang berat normal ibu mengandung sebagai panduan:
Berat sebelum mengandung Berat tambahan yang disyorkan ketika mengandung
Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5) 13 – 18kg
Berat normal (BMI 18.5-24.9) 11 – 16kg
Berat yang berlebihan (BMI 25-29.9) 7 – 11kg
Obes (BMI atas 30) 5 – 9kg
Berat badan ibu hamil mengikut trimester.
1. Trimester pertama
Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu hamil tidak perlu untuk naikkan berat yang tinggi. Memandangkan ramai ibu hamil mengalami mabuk hamil pada ketika ini, jadi kenaikan berat badan tidaklah perlu dipersoalkan. Bagi tempoh ini, wanita hamil tidak lalu makan, jadi tidak perlu memaksa diri sendiri untuk tambahkan berat badan. Anda hanya perlu menambah di sekitar 2kg semasa trimester pertama ini.
2. Trimester kedua dan ketiga
Apa yang penting ialah penambahan berat badan yang berterusan dan konsisten pada trimester kedua dan ketiga. Setiap bulan anda perlu menambah lebih kurang 1.5kg sehinggalah sampai waktu untuk melahirkan anak.
Risiko kehamilan Risiko Kepada Ibu
• Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
• Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
• Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
• Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
• Kelahiran secara induksi.
• Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
• Komplikasi bius.
• Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
• Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.
Risiko Kepada Bayi
• Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.
• Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
• Kelahiran secara pramatang.
• Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
• Kematian neonatal.
• Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendakap gigi, berapa umur kanak-kanak sesuai pakai. Pendakap gigi, atau juga dikenali sebagai braces, adalah alat perubatan pergigian yang digunakan untuk memperbaiki susunan gigi yang tidak sekata, gigi yang berlapis, atau masalah gigitan (seperti overbite dan underbite).