Kurang tempoh lapan hari, dana RM9 juta yang diperlukan Reese Tan Rui Xin, 17 bulan, yang menghidap penyakit genetik, Atrofi Otot Spina (SMA) berjaya dikumpul.
Reese memerlukan suntikan ubat jenis Zolgensma dari Amerika Syarikat (AS) yang bernilai RM9 juta.
Ibu bapanya, Rachele Chung, 38 dan Jason Tan, 47 sebelum ini buntu mencari dana memandangkan harga ubat mahal namun tidak berputus asa demi kesihatan anak bongsu mereka.
Baca Juga:
Perlukan RM9 Juta Untuk Rawatan Segera, Anak Saudara Fattah Amin Hidap ‘Rare Disease’
“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri
‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!
Rachele berkata, mereka terhutang budi dengan keprihatinan semua pihak yang sanggup menderma sehingga berjaya mengutip RM9 juta dalam tempoh masa yang singkat.
“Anak saya perlu mendapat suntikan Zolgensma sebelum dia mencapai usia dua tahun.
“Ini adalah kerana jika melangkaui usia dua tahun, ubat ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada anak saya.
“Disebabkan itu, saya dan suami buntu mencari alternatif mengumpul dana sehingga kempen ini dilancarkan One Hope Charity and Welfare, sekali gus membei kesedaran kepada khalayak ramai berhubung penyakit SMA ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau, berkata pihaknya dalam proses untuk mendapatkan ubat Zolgensma berkenaan sebaik jumlah kutipan berjaya diperoleh.
“Kita kini bersaing dengan masa untuk merawat si kecil ini yang mana kesihatan dan nyawanya menjadi keutamaan.
“Pasa masa sama, kita akan memantau perkembangan rawatan kanak-kanak ini secara rapat dan akan maklumkannya menerusi laman media sosial dan sesawang One Hope Charity dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)