Tanda lahir pada bayi adalah satu perkara yang bukan lagi ganjil malah biasa kerana kira-kira 80% bayi akan lahir dengan tanda lahir pelbagai variasi bentuk, warna dan saiz.
Antara jenis tanda lahir yang paling popular ada pada tubuh badan si kecil anda itu adalah variasi Mongolian Blue Spot di mana ia akan kelihatan seperti kulit mereka sedang lebam.
Memandangkan ia tampak menonjol, maka mungkin ramai ibu bapa yang akan fikir bahawa birthmark itu akan mendatangkan bahaya terhadap si manja mereka.
Ada yang percaya bahawa ia bahaya serta sebaliknya. Jadi, mari terus baca artikel ini untuk tahu!
Tanda lahir pada bayi Mongolian Blue Spot, adakah ia normal?
Untuk pengetahuan anda semua, birthmark pada bayi ini adalah angkara pengumpulan atau penumpuan sel-sel pigmen melanosit iaitu zat pewarna semula jadi dalam kulit.
Ketidakrataan pigmen melanosit ini boleh terjadi di bawah satu kawasan kulit yang tertentu dan terperangkap di situ ketika bayi masih berada di dalam fasa kandungan.
Kesannya, ia akan jadi punca muncul tanda berbentuk seperti peta, berwarna seakan biru serta bersaiz tidak tentu sehingga ramai yang sangka ia adalah lebam pada kulit.
Antara kawasan kulit yang biasa muncul tanda lahir ini adalah pada belakang, punggung, kaki, tangan atau mungkin juga ada pada kawasan lebih terdedah seperti kulit muka.
Sebenarnya, kondisi kulit ini adalah normal kerana ia boleh berlaku kepada ramai bayi namun mungkin akan sedikit sebanyak menjejaskan penampilan si kecil anda itu.
Apakah punca tanda lahir pada bayi ini?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, punca tanda lahir jenis Mongolian Blue Spot adalah pengumpulan atau penumpuan pigmen melanosit dalam kulit.
Pun begitu, sehingga kini pakar masih tidak dapat memastikan apa faktor risiko yang akan menyebabkan pengumpulan atau penumpuan pigmen melanosit ini berlaku.
Menurut kajian, tanda lahir jenis ini lebih banyak berlaku kepada bayi yang lahir dari susur galur keluarga atau kaum berkulit gelap berbanding mereka yang berkulit cerah.
Ia dibuktikan melalui penelitian di mana tanda lahir jenis ini sering ditemukan pada bayi dengan ras Mongoloid (orang benua Asia) serta ras Negroid (orang benua Afrika).
Namun itu bukan bermakna bahawa mereka yang berkulit cerah tidak akan mendapat tanda lahir ini!
Wujudkah bahaya tanda lahir pada bayi ini?
Tanpa dapat disangkal lagi, tanda lahir yang wujud pada kulit bayi anda itu mungkin adalah tidak berbahaya atau berkait dengan keadaan kesihatan termasuk Mongolian Blue Spot.
Ini kerana ia hanya bersifat luaran dan bukannya internal serta akan pudar atau hilang secara sendiri sebelum si kecil anda itu menginjak usia remaja atau dewasa kelak.
Dalam beberapa kes yang sangat jarang, ia juga mungkin boleh jadi indikator kondisi berikut:
Dalam pada itu, tanda lahir itu mungkin boleh berubah bentuk menjadi lebih luas, warna menjadi lebih gelap dan saiz menjadi lebih besar. Itu mungkin tanda kanser kulit.
Jika ibu bapa khuatir dengan birthmark si manja anda itu, segera jumpa doktor untuk konsultasi!
Ini yang ibu bapa mungkin boleh lakukan…
Para ibu bapa yang ada anak dengan birthmark jenis ini perlu kekal tenang kerana ia normal, tidak bahaya serta tidak perlu dirawat atau diubat melainkan doktor kata sebaliknya.
Jika doktor telah mengesahkan bahawa ia adalah indikator kepada penyakit-penyakit di atas atau kanser, maka langkah awal perlu anda ambil segera untuk elak komplikasi kelak.
Namun jika doktor kata tanda lahir pada bayi anda itu normal cuma dan hanya akan menjejaskan penampilan, maka ada prosedur khas yang ibu bapa mungkin boleh lakukan.
Menurut Dermatologic Surgery, ia mungkin boleh dikurangkan atau dihilangkan menggunakan prosedur terapi laser Alexandrite yang perlu dibuat semasa mereka masih kecil.
Ini kerana tahap keberkesanan terapi laser ini akan semakin berkurang seiring pertambahan usia. Waktu yang paling disyorkan untuk prosedur ini adalah sebelum masuk usia 20 tahun.
Konklusinya, birthmark atau tanda lahir itu ada banyak jenis dan salah satu yang paling kerap berlaku adalah Mongolian Blue Spot.
Kebanyakannya mungkin tidak bahaya namun hanya akan menjejaskan penampilan. Jumpa doktor segera untuk berbincang.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)