Melihat situasi perkembangan anak-anak kita yang terpaksa melalui sesi pembelajaran melalui atas talian membuatkan kita merasa bimbang. Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari turut sama meluahkan kebimbangan mengenai hal ini.
Ekoran terpaksa melaksanakan sesi pembelajaran di rumah (PdPR), pastinya anak-anak kita turut terkesan kata Awal.
Malah kata Awal lagi, dia merasa simpati melihat bagaimana kesulitan anak-anak, guru dan ibu bapa demi memastikan anak dapat belajar dengan baik.
Melihatkan pengalaman anaknya, Lara Alana, Awal meluahkan rasanya melalui instagramnya.
“Duduk rumah lama sangat, tudung pun dah tak muat!
“Sedih sangat tengok budak budak sekarang, struggling with online classes, see how they try so hard everyday to adapt with the virtual class.
Rasanya dalam 100% yang cikgu ajar, berapa peratus je yang masuk dalam kepala? With all the distractions at home, among classmates, ada yang terlentang, ada yang meniarap, ada melompat, ada yang menyanyi, ada yang buat stunt,” tulisnya.
Malah kata Awal lagi cabaran terpaksa dihadapi guru untuk memantau pergerakan pelajar yang hanya boleh dipantau secara maya. Pastinya tidak mudah.
“Obviously cikgu susah nak control them because these kids are not in a real classroom.. it must be really challenging to the teachers too,” kongsi Awal lagi.
Bapa penyayang ini juga berharap semua ini cepat-cepat berlalu dan anak-anak kita juga katanya dapat kembali menikmati waktu di sekolah bersama rakan-rakan dan guru secara bersemuka kerana inilah yang sebaiknya buat mereka.
“Oh lets pray that all this will end soon, so they can go back to school, like normal,” kongsi Awal lagi.
Sama seperti Awal, kita juga mengharapkan hal yang sama buat anak-anak kita. Cepat-cepatlah virus yang satu ini berlalu pergi agar anak-anak kita kembali dapat menikmati waktu-waktu indah mereka di sekolah.
Luahan Awal itu mendapat pelbagai reaksi malah masing-masing bersetuju dengan apa yang diperkatakan olehnya.
“Betul Awal. Budak-budak kesian sebab depa pun nak bergaul dengan rakan sekolah, bukan takat belajar je. Kita yang adult ni pun stress ngadap komputer. Virtual meetingla. Ni kan depa”
“Jangan cakap anak-anak kecil, sayang yang dah besar ni pun struggle online class. PJJ student pulak tu”
“Betul tu Awal. Semoga anak-anak kita boleh pegi sekolah macam biasa dengan segera”
Dalam pada itu, Awal dan Scha Al Yahya kini tampil mengacarakan sebuah program Schawal Baby Boom yang kini sudah pun mula bersiaran setiap Khamis jam 9:30 malam, khusus melihat perkembangan terbaru baby kedua pasangan ini. Jangan lupa menonton!
Artikel berkaitan: Lelaki Atau Perempuan Tetap L Dan A, Bersalin Februari Ini, Scha & Awal Sudah Persiapkan Nama Anak
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)