Ada Tetamu Datang Mengejut, Nak Masak Juadah Simple. Buatlah Bihun Sup Utara Ni, Sedap Sangat!

Share

Hujung minggu ni nak jemput kenalan rapat beraya di rumah. Selain nak sediakan rendang, terfikir nak masak makanan berat lain tapi mahukan yang ringkas dan sedap. Tak mahu tetamu rasa muak kalau sediakan hidangan yang berlemak semata-mata.

Salah satu juadah raya yang memang mudah tetapi rasanya ‘mengancam’ adalah Bihun Sup Utara. Rasa sup yang sedap, dimakan pula dengan bihun kuning dan sambal memang ngam sungguh!

Jom, tengok resipi yang dikongsikan Shafiqah Abd Razak ni;

RESEPI BIHUN SUP UTARA BY IQA CIKEBUMBUM

Menu Masak Hari Nie 😘
Bihun Sup Utara❣️
Buat ayam dan daging..
Sambal pun buat dua jenis sambal kicap dan sambal merah..

Sumber foto: Facebook Shafiqah Abd Razak

Bahan-bahan :
👉🏻UTK BIHUN
(Rendamkan dlm air setakat rendam bihun bersama serbuk kunyit dua sudu besar dan rebus sampai agak lembut utk dimakan, siap rebus terus toskan)

👉🏻UTK KUAH SUP
Bahan blend bawah nie ye:
– Bwg merah besar 3 biji + bwg putih 5 ulas + halia besar ibu jari + lada hitam dlm 3 sudu besar + cili api hijau kecik 5 biji
👉🏻Ayam ambik yg dada, iqa guna 5 ketul dada
👉🏻Daging iqa guna 1/2 kg
– Iqa belah 2 ja daging tu
👉🏻Secukup rasa
👉🏻4 sekawan
👉🏻Sup bunjut 1 packet
👉🏻Sup tulang 1 packet
👉🏻Minyak masak
👉🏻Daun Sup (hiris2)
👉🏻Bawang goreng
👉🏻Lobak masin (hiris2)
*ini utk bahan hiasan time nk hidang ya

Baca Juga:

Biskut Raya Terpaling Sedap, Rasa Ala-Ala Jenama Terkenal. Rangup, Tak Sedar Habis Sebalang!

Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!

Bau Harum, Rasa Sedap. Buat Pes Ikan Bakar Ni, Makan Ramai-Ramai Satu Famili. Terliur Sungguh!

CARA-CARA BUAT KUAH SUP :
👉🏻Panaskan periuk yg sesuai dan masukkan minyak masak. Bila minyak dah agak panas, masukkan 4 sekawan, sup bunjut dan sup tulang. Masukkan pula bahan blend td, kacau sampai naik bau.
👉🏻Bila dah naik bau, masukkan ayam dan daging dan air agak2 dgn kuantiti ayam daging kita tu.
👉🏻Masukkan secukup rasa ikut rasa sup yg sesuai dgn tekka kita.
👉🏻Bila daging dah empuk lembut, bawak kuar skli dgn dada ayam tu, tggu sejuk sikit carik2kan dada ayam tu. Daging tu hiris halus sikit dan ketepikn.
👉🏻Last skli sblm tutup api, masukkan bwg grg dan daun sup hiris td. Siappp.

👉🏻RESEPI SAMBAL KICAP
(blend sampai hancur) :
– Cili api hijau kecik dlm 20 biji + bwg putih 5 ulas + kicap jalen lemak manis agak2 sj + secukup rasa secubit
(Lepas blend, masak skjp atas dapur)

Sumber foto: Facebook Shafiqah Abd Razak

👉🏻RESEPI SAMBAL MERAH
Di bawah nie ye :
– Blendkan 2 biji bwg merah kecil + 2 ulas bwg putih & belacan sikit je dlm besar duit seposen
– Serbuk cili tu iqa guna brand BABAS guna 2 packet kecik, larutkan dgn air panas, air panas tu buh agak2 je bagi kacau jgn ada ketul2 dah ya. Campur susu manis satu sudu besar. Dan kacau lagi.
– Dalam kuali, panaskan minyak masak dalam setengah senduk. Bila dah panas, masukkan bahan blend tu, masak sampai naik bau.
– Masukkan bahan bancuhan cili td, masukkan secukup rasa sikit ikut tekak kita agak2 ja jgn masin dan jgn tawar. Kacau sampai agak kering mcm iqa buat tu ye dan blh tutup api.

#DariDapurCikebumbum

Menu ringkas dan sedap ni sangat sesuai disediakan kalau ada tetamu nak datang rumah. Modal tak besar, tapi hasilnya banyak. Berbaloi-baloi untuk dijadikan juadah rumah terbuka mahupun jika ada tetamu yang datang mengejut. Selamat mencuba!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Emy H