Gas entonox diberikan kepada ibu yang melalui proses kelahiran bagi membantu meredakan sakit kontraksi. Entonox adalah campuran daripada gas oksigen dan gas nitrous oxide.
Artikel Menarik: [Hadap Sakit Bersalin, Isteri Tak Nak Apa-Apa. Cukuplah Suami Ada Temankan]
Gabungan kedua-dua gas ini bertindak memberikan kelegaan sakit dan bukannya oksigen semata-mata seperti yang didakwa sesetengah pihak. Ikuti penerangan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, berkaitan gas entonox ini dan fungsinya untuk membantu mengurangkan rasa sakit ketika mahu bersalin:
SUKA SEBAB MAMPU KAWAL & BOLEH GUNA BILA-BILA MASA
Kebanyakkan wanita nak bersalin suka menggunakan gas entonox ini kerana mereka mampu mengawal dan boleh menggunakan entonox ini pada bila-bila masa mereka memerlukannya.
Ibu akan bernafas menggunakan topeng muka yang boleh dipegang oleh mereka sendiri, kalau suami teman suami boleh pegangkan topeng muka ini. gas ini mengambil masa 15-20 saat untuk berfungsi, maka ibu boleh mula menyedut gas ini sebaik sahaja sakit kontraksi hendak bermula. Ianya berkesan kalau ibu sedut gas ini perlahan-lahan dan sedut dalam-dalam.
KESAN SAMPINGAN
✅TIADA KESAN BAHAYA kepada ibu dan bayi
✅Ibu kadang-kadang boleh berasa kepala melayang-layang atau pening sedikit
✅Ada pesakit melaporkan berasa mengantuk atau ‘lalok’ dengan menyedut entonox ini atau susah memberikan perhatian atau fokus – jika ini berlaku ibu boleh berhenti menggunakan entonox
Artikel Menarik: [Setiap Kali Dakap Anak Baru Lahir, Suami Menangis. Inilah Lelaki Paling ‘Macho!]
Kalau entonox ini tak berkesan untuk anda, boleh fikirkan alternatif lain, bincang dengan doktor cara lain pula untuk ‘berperang’ dengan kesakitan bersalin.
Satu lagi, bukan semua hospital ada kemudahan entonox. Mana yang ada tu boleh la pakai, yang takde tu jangan meroyan plak bila tak boleh pakai entonox. Ada banyak cara lain yg bole bantu kurangkan kesakitan.
Oksigen sahaja TIDAK berfungsi sebagai ubat tahan sakit. Campuran oksigen dengan gas nitrous oxide yang digunakan dalam dewan bersalin baru berfungsi untuk mengurangkan rasa kesakitan bersalin.
Jaga-jaga. Jangan tertipu!
Semoga dengan penjelasan dari Dr Izzat ini dapat memberi informasi kepada para ibu yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Gas entonox adalah salah satu inisiatif untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi, tetapi ada juga cara lain yang mungkin membantu. Untuk kebaikan si ibu dan bayi yang akan dilahirkan, dapatkan nasihat dari doktor akan pilihan terbaik yang boleh anda lakukan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI