Ramai di antara kita yang memasang car seat di seat hadapan dengan harapan agar mudah untuk menguruskan bayi ketika memandu. Namun sedarkah kita bahawa perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya kepada bayi jika berlaku kemalangan?
ELAK PASANG CAR SEAT DI SEAT DEPAN.
Kalau dah pakaikan carseat untuk anak bagus dah. Kalau pakaikan secara rear facing untuk anak bawah 2 tahun, bagus dah.
Tapi, elak pasang car seat di seat hadapan, sebab:
1) BAHAYA jika airbag deploy, boleh menghentam car seat anak, rujuk https://youtu.be/mJ4P1kCxIE4
2) Kalau pun airbag boleh off atau tak ada airbag, posisi depan ialah paling berisiko mendapat impak paling teruk jika berlaku kemalangan.
3) Di belakang visor pun ada label amaran, tak boleh pasang carseat secara rearfacing di seat depan.
4) Risiko fokus pemandu terganggu, jika nak tengok/entertain anak sewaktu memandu.
Apa nak buat? Anak asyik menangis kalau tak nampak mak:
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Kredit: Noraseha Puad
babywearing mom & carseat technician (CPST)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)