Kebahagiaan yang diharapkan sehingga ke akhir hayat diuji dengan satu ujian besar oleh Allah di kala anak-anak masih kecil dan belum mengerti apa-apa lagi. Namun sebagai hamba-Nya kita kena percaya Allah uji sebab Dia tahu kita boleh laluinya.
Bagi seorang isteri, Nuraqilah Roslan, 26, bukan mudah sebenarnya untuk dia lalui keadaan sekarang ini setelah suami tercinta koma selepas kemalangan pada bulan Februari lalu.
Suami Nuraqilah, Muhammad Norezwa, 32, yang terlibat dalam kemalangan itu kini hanya mampu terlantar dan semuanya terpaksa diuruskan.
Memandangkan Nuraqilah tidak mempunyai pendapatan kerana selama ini suami yang bekerja, bila berlaku kejadian ini pada suami, Nuraqilah telah hilang punca pendapatan tetap. Malah pasangan ini juga mempunyai dua orang anak kecil yang memerlukan perbelanjaan setiap bulan.
Sebagai seorang isteri, saya mohon bantuan susu dan lampin pakai buang untuk suami yang koma sejak Februari lepas. Walaupun tidak dapat bantuan lain, dapat bantuan ini pun dah cukup buatkannya lega kerana dialah yang perlu memikirkan kewangan keluarga sekarang.
Nuraqilah dari Kampung Kanchong Tengah, Kuala Langat menyatakan suaminya Muhammad Norezwa, terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja pada 14 Februari lalu.
Teruskan hidup demi anak kecil
Ads
Katanya, sejak kejadian itu, suaminya tidak sedarkan diri dan sehingga kini hanya terlantar dan perlu diuruskan semua keperluannya.
“Lepas kejadian itu, ibarat jatuh ditimpa tangga, kami berdepan masalah kewangan kerana hanya suami yang menyara kami sekeluarga.
Ads
“Kami mempunyai dua anak dan salah seorang anak, Muhammmad Fadhly Fayyad baru sahaja lahir pada 23 April lalu.
Sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Nuraqilah Roslan di talian, 011 51672884 atau menyalurkan ke akaun RHB miliknya, 16203600023307
Nuraqilah Roslan,
Batu 24 Jalan Setia Jaya
Kg Kanchong Tengah
Juga boleh hubungi , Tok Soboharto 0132594811 Ketua Kampung Kanchong Tengah
Pelakon, Hanis Zalikha pernah memberitahu bahawa beliau dijangka akan melahirkan bayinya yang kedua pada bulan Ramadhan ataupun Hari Raya menerusi postingnya yang terdahulu (Baby Shower bertemakan Hari Raya).
Menerusi perkahwinanya bersama Hairul Azreen yang juga pelakon popular, mereka dikurniakan cahaya mata yang sangat comel iaitu Yusuf Iskandar. Yusuf Iskandar sangat popular di laman instagram dan mempunyai 2.6 juta pengikut.
Hanis Zalikha memuatnaik gambar Yusuf yang sedang bersarapan dengan kepsyen “ajar Yusuf buat sarapan sendiri sebelum adik keluar” sekaligus menunjukkan Yusuf sudah bersedia untuk mempunyai adik.
Hanis Zalikha: Ajar Yusuf buat sarapan sendiri sebelum adik keluar
Rata-rata netizen memuji kecomelan Yusuf. Mereka turut memuji kepandaian Yusuf menyediakan sarapan. Cara didikan Haniz Zalikha mendapat perhatian netizen.
Suka Tengok Cara Hanis Zalikha Didik Yusuf
Comel Je Yusuf, Pandai Dah Buat Makanan Sendiri Ye
Ikhlasnya cinta suami isteri bukan hanya semata-mata pada kesenangan semata-mata. Sanggup susah, berpanas berhujan, berjimat cermat itu juga satu pengorbanan dan akhirnya akan ada manis di penghujung nanti.
Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan, kemanisan dalam berumah tangga antara suami isteri ini boleh dicipta pada bila-bila masa. Bukan terhad kepada kejutan memberi hadiah atau bawa pergi bercuti.
Berikut antara perkongsian beliau:
Selalu kita tengok di Lembah Klang ni ada beberapa pattern:
1. Suami isteri naik kereta sekali, sebab sama tempat kerja 2. Suami isteri naik kereta sekali, suami hantar isteri dulu sebab berlainan tempat kerja 3. Suami isteri naik kereta berasingan 4. Suami isteri naik motor sebab nak elak jem 5. Suami isteri naik motor sebab tak mampu beli kereta lagi 6. Suami isteri naik motor sebab hobi suka riding
Agak-agak anda yang mana satu?
Sebenarnya suami isteri yang selalu naik motor sama-sama lebih kuat perasaan cinta sebab:
1. Lebih rapat hubungan, bukan sekadar berpelukan di rumah, bahkan di jalanraya juga berpelukan. Hormon cinta semakin bercambah.
2. Isteri yang sanggup naik motor dengan suami kebiasaannya bukan jenis memilih. Dia terima seadanya keadaan suami. Ni jenis isteri yang setia.
3. Terasa seperti pasangan remaja. Sentiasa terasa muda. Ini boleh menjadikan hubungan suami isteri last longer
Jadi, kalau kita lihat pasangan suami isteri yang naik motor, panas hujan bersama, sebenarnya banyak kebaikan buat mereka. Cukup kita doakan mereka selamat dalam perjalanan.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” (Riwayat Al-Tirmidzi)
Bila hidung anak berdarah ibu mulalah panik semacam. Salah satu cara yang wajib ibu lakukan pastinya mendongakkan kepala anak ke atas, dengan alasan dapat mengurangkan darah keluar. Sebenarnya hal ini salah sama sekali.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, Doktor telinga, hidung dan tekak, ada cara yang lebih wajar ibu ayah lakukan. Paling penting elakkan dongakkan kepala anak. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau. Mama papa sila take note ya!
Ini 4 tip berguna untuk ibu bapa dan guru-guru yang ada masalah anak dan murid yang kerap alami hidung berdarah.
1. Cuba kenal pasti apa punca masalah berlaku. Hidung akan mengalami pendarahan mesti ada punca. Di usia kanak-kanak ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Paling biasa ditemui jika alahan hidung yang tidak terkawal. Dah tahu punca, mudah untuk merawat.
2. Sejarah keluarga. Ini pun penting. Biasanya, apabila ibu ayah dan keluarga ada masalah sesuatu penyakit, anak-anak juga berisiko untuk alami masalah sama. Ia termasuk masalah berkaitan sistem darah atau juga masalah resdung.
3. Perlu tahu langkah kecemasan apabila pendarahan berlaku. Saya selalu pesan amalkan langkah ini.
– Pastikan posisi anak dalam keadaan duduk. – Tundukkan kepala anak sedikit ke bawah. Jangan dongak ke atas. – Compress bahagian luar hidung. Lakukan berterusan kira-kira 20 minit. – Letak ais di bahagian dahi anak. – Ulang langkah di atas jika masih belum berhenti sepenuhnya. – Bawa anak ke hospital sekiranya masih mengalir tanpa ada tanda-tanda berhenti.
4. Tahu langkah pencegahan. Elakkan sebarang suplemen atau produk yang tidak tahu isi kandungannya. Lebih bahaya jika tiada kelulusan KKM. Produk dan ubatan ini ada yang boleh menyebabkan masalah pendarahan. Hati-hati.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.