Pernah tak anda alami situasi anak tiba-tiba suka mengamuk? Ada pendapat mengatakan pengambilan makanan yang salah boleh jadi puncanya. Kadang-kadang boleh ‘naik angin’ dibuatnya bila si kecil tiba-tiba buat perangai di tempat awam. Hairan juga sebab sebelum itu elok je perangai.

Tak ada masalah, tak kena marah tapi tiba-tiba sahaja dia ‘bad mood’. Kenapa ya? Cuba ibu ingat kembali apa yang anak makan sebelum itu?

Kalau anda nak tahu, pengambilan makanan tertentu boleh merosakkan mood anak anda. Mereka boleh bertukar karektor menjadi agresif, cepat marah, sensitif dan pendek kata semuanya yang negatif. Jadi, lebih baik ibu semua ambil tahu apa makanan yang mesti dielakkan kepada anak-anak anda.

1. Produk tenusu

Kalau anak anda jenis yang alergi kepada protein yang ada dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan lain iaitu bertukar menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa. Jadi, jangan bagi anak yang alergi ini sebarang produk berkaitan tenusu kalau hendak keluar bersiar-siar.

IKLAN

2. Pewarna tiruan

Tahukan ibu ayah, pewarna tiruan yang banyak terkandung dalam makanan ringan mempunyai kaitan rapat dengan masalah ADHD, hiperaktif dan perubahan tabiat? Kebanyakan ibu ayah terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Jadi, berhati-hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi dalam sebuku roti atau yogurt!

Adakah Anak Anda Suka Mengamuk? Mungkinkah 5 Makanan Ini Jadi Puncanya
Teenager eating a lollipop

3. Gula

IKLAN

Kanak-kanak memang pantang nampak gula-gula. Jika diambil melebihi paras yang normal ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan untuk jangka panjang.

4. Bahan pengawet

Sekiranya anda suka memberi anak makan makanan proses, hati-hati ya! Makanan proses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku mengandungi banyak bahan pengawet. Pemakanan yang kaya dengan makanan pengawet akan mempengaruhi perubahan perasaan kanak-kanak, perkembangan terbantut dan mempunyai masalah tidur.

IKLAN

Adakah Anak Anda Suka Mengamuk? Mungkinkah 5 Makanan Ini Jadi Puncanya

5. Bahan perasa

Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hiperaktif kepada kanak-kanak.

Sebaiknya, ibu masak sendiri makanan untuk si kecil. Sekarang ada macam-macam jenis resipi homemade makanan sihat yang sesuai disajikan kepada anak. Elakkan daripada pemberian makanan segera, jajan dan makana proses yang banyak mengandungi bahan pengawet dan pewarna. Semuanya jika anda sayangkan anak dan tak mahu mereka mengalami perubahan tingkah laku yang negatif.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI