Pernah tak lihat anak bercakap dengan mainannya walaupun main berseorangan? Mesti anda terfikir mengapa anak berkelakuan sedemikian. Jangan risau sebab ia dalam peringkat perkembangan seorang kanak-kanak.
Biasanya kanak-kanak di usia dua hingga enam tahun kebanyakannya mempunyai dunia imaginasi sendiri dan perasaan ingin tahu dalam diri mereka sangat tinggi.
Selain itu, keadaan biasa yang mungkin anda hadapi adalah anak-anak akan bercakap berseorangan. Perkembangan ini menunjukkan peringkat perkembangan anak semakin berubah dan mereka mula memahami keadaan sekeliling. Bagaimanapun, keadaan ini turut memberi kerisauan buat ibu bapa.
Sebenarnya, keupayaan bercakap kanak-kanak adalah berbeza. Bagi anak yang berusia 4 tahun mereka sudah memiliki kemampuan untuk meneroka dan bermain dengan objek kegemarannya.
Apabila bermain mungkin anda sering dengar anak-anak bercakap seorang diri.Menurut pakar, kanak-kanak berumur 4 tahun mempunyai daya imaginasi tinggi, suka mencuba sesuatu yang baru sehingga sampai satu tahap ada perkara yang mereka lakukan diluar kotak fikiran ibu bapa.
Dalam kes ini anda sebagai ibu bapa tidak perlu risau. Tabiat ini adalah proses untuk anak mempersiapkan diri untuk berkomunikasi dengan persekitaran luar. Di samping itu, tabiat bercakap seorang diri tidak hanya terdapat pada kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga ada yang mengalaminya.
Bercakap bersendirian sebenarnya merupakan faktor penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak dan berkait rapat dengan keupayaan kanak-kanak untuk mengawal dirinya.
Apabila Imaginasi Kanak-Kanak Sering Dikaitkan Dengan Mainan
Pada umur 4 tahun anak dah pandai menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Anda akan mendapati anak bercakap dengan diri sendiri sambil memegang objek seperti mainan. Kadang-kadang mereka akan bercakap dengan mainan dan menceritakannya.Tetapi jika anak bercerita tanpa memegang objek atau hanya membayangkan sahaja ia dipanggil pseudoscience fantasi.
Imaginasi watak kegemaran
Jika anak anda sering membayangkan watak-watak kegemarannya seperti hero dalam cerita kartun ia tidak menjadi masalah tetapi yang perlu dirisaukan adalah apabila anak berkhayal tanpa watak kegemaran bahkan anda juga tidak tahu maka mungkin ini adalah pseudoscience fantasi.
Imaginasi biasa
Imaginasi biasa dikategorikan jika anak anda bermain dengan mainan kegemaran dan tidak merasakan kegembiraan atau ketakutan. Malah bayi anda akan berhenti apabila bosan. Tetapi jika kanak-kanak mempunyai imaginasi pseudoscience ia akan cenderung menangis dan takut.
Untuk pengetahuan ibu bapa,tabiat kanak-kanak yang bercakap sendiri akan hilang dengan sendirinya seiring dengan usia kanak-kanak apabila dah mula memasuki alam persekolahan.