Adakah Pemakaian Barut Pada Bayi Baru Lahir Bantu Elak Kembung Perut? Ini Jawapannya

Share

Kalau ikutkan petua orang lama sebelum kita, memang banyak pantang larangnya tentang bayi. Betul tak? Yang itu tak boleh, yang ini tak boleh, yang itu dilarang, yang ini dilarang.

Begitu juga bab barut perut bayi. Ini pun salah satu perkara yang sangat dititikberatkan oleh orang lama hinggakan bila kita tak buat mak atau mak mentua akan bising. Jawapannya sebab nanti anak akan kembung perut.

Berikut antara pemjelasan dari Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib mengenai pemakaian barut pada bayi.

S: Puan, saya merupakan seorang bakal ibu dan ingin tahu adakah barut itu perlu?. Betulkah barut boleh elakkan kembung pada bayi?

J: Gas di hasilkan dalam badan bayi (dan manusia) melalui 2 cara:

  1. Semasa aktiviti harian. Bayi menelan sedikit udara semasa aktiviti seperti makan (menyusu) dan menangis dengan kadar kemasukan gas yang secara relatifnya sedikit dan mudah pula melepasi sistem pencernaan untuk di buang sebagai kentut.

2.Hasil proses pencernaan. Makanan (susu)di cernakan di dalam perut dan usus oleh bakteria dan enzim. Beberapa gas seperti Hidrogen, Carbon Dioksida dan Methane lazim dihasilkan dari proses ini.

Cara (1) tidak langsung memungkinkan jumlah kemasukan yang cukup untuk menyebabkan kembung. Jika ya, tentulah deritanya hidup manusia perlu menahan diri agar sangat cermat ketika menangis, bercakap dan makan, misalnya.

Cara (2) juga tidak menjadi sebab langsung (direct) kepada kejadian kembung. Jika ya, alangkah tak adil nya kita perlu menanggung kesan kepada suatu proses normal yang perlu berlaku didalam badan kita, setiap kali dan setiap hari.

Secara SPESIFIKnya dalam isu kembung, ia BUKAN terjadi kerana badan bayi menghasilkan banyak gas. Juga, mustahil untuk bayi menelan begitu banyak gas melalui aktiviti harian untuk menyebabkan kembung.

Kembung terjadi kerana seseorang bayi itu sendiri yang mempunyai ‘masalah’ dengan sistem pencernaannya yang ‘TERLEBIH’ kurang efektif berbanding rakan bayi lain. Contohnya, otot peristalsisnya (otot yang menggerakkan makanan semasa ia melalui laluan pencernaan) yang kurang cekap dan kekurangan probiotik (bakteria) yang membantu proses pencernaan. Bayi-bayi ‘terpilih’ untuk menghadapi ‘masalah’ ini hanyalah sekitar 15-20% bayi sahaja. Ia bermaksud, bukanlah senang-senang bayi nak terkena kembung.

Dalam sains pula, TIDAK ada satu jenis makanan yang MUKTAMAD di label ‘bergas’ kerana toleransi sistem badan seseorang terhadap sesuatu jenis makanan adalah berbeza-beza.

 

Maka dengan pengetahuan tentang cara gas di hasilkan dalam badan bayi dan punca kembung, tidak dapat di pastikan bagaimana dengan memakai barut dapat mengelakkan kembung pada bayi..?

Jika ada yang mendakwa penggunaan barut akan memudahkan gas di tolak keluar untuk bayi membuang angin, sekali lagi saya kurang pasti bagaimana sehelai kain yang dipakai di luar badan boleh membantu proses pergerakan udara dalam badan bayi.

Kerana itu, adalah menjadi amalan untuk menyendawakan bayi kecil setiap kali selepas susuan atau bila bayi membuat bunyi ‘Eh..Eh..Eh’ ( Eh = Saya ingin sendawa). Ini adalah cara yang lebih efektif untuk membantu penyingkiran gas dalam sistem badan bayi kecil. Mengamalkan urutan dan senaman ‘basikal’ juga amat bagus dalam membantu dalam hal ini serta ‘melonggarkan’ otot-otot sistem pembuangan bayi.

USWATUN HASANAH MOHD HABIB

KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA

THB Edu. Assc California

Published by
Wan Amy