Ramai ibu bapa inginkan anak boleh membaca dengan cepat. Bimbang jika anak ketinggalan akan menjejaskan pembelajaran semasa darjah satu nanti. Oleh itu, pemilihan tadika perlu betul supaya tenaga pengajarnya berkualiti supaya dapat mendidik anak membaca dengan cepat.

Ini soalan seorang ibu yang risau mengenai perkembangan anaknya iaitu, “Saya agak keliru sama ada ingin menempatkan anak saya ke tadika dengan yuran yang mahal atau sebaliknya. Adakah tadika mahal menjamin anak saya boleh membaca dengan cepat.

Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.

IKLAN

Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca! Kualiti guru terletak kepada kelayakan keilmuan dan pengalaman mengajar kanak-kanak. Guru perlu mendapat pengetahuan pendekatan dan teknik mengajar membaca kepada kanak-kanak.

Guru perlu peka dengan kebolehan dan keupayaan setiap kanak-kanak di tadika. Tumpuan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kebolehan membaca mengikut PERKEMBANGANNYA.

Berikut lapan panduan seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.

IKLAN
  • Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
  • Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
  • Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
  • Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
  • Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
  • Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
  • Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
  • Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.

Kesimpulannya, tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelanjaran di tadika itu. Misalnya, jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak.

IKLAN

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI