Banyak tadika hari ini yang berlumba-lumba untuk menyediakan silibus peperiksaan dan ujian untuk anak-anak kecil. Benarkah ujian dan peperiksaan ini baik untuk anak-anak kita atau membebankan mereka.

Ujian demi ujian, ditambah pula kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah menjadikan anak sekecil usia 5 hingga 6 tahun terbeban.

Mama papa jangan beratkan kepala dengan semua ini. Menurut Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan pendidikan praformal, ujian sebenarnya tidaklah seratus peratus salah.


Bila Peperiksaan Jadi Keperluan

Dua sebab ujian dan peperiksaan boleh menjadi KEPERLUAN untuk si kecil anda!

Adakala Ujian Ni Penting Buat Anak Kita, Kenal Pasti Jenis Ujian, Jangan Sampai Anak Terbeban!

  1. PERTAMA

Si kecil disyaki menghadapi masalah perkembangan kognitif

IKLAN

Ujian atau penilaian akademik haruslah diberikan kepada si kecil seawal usia jika dia disyaki menghadapi masalah perkembangan kognitif yang ketara. Memang benar, ada kanak-kanak yang amat cepat mencapai tahap perkembangan (developmental milestone) tertentu. Namun, terlambat atau belum lagi mencapai mana-mana tahap perkembangan kritikal boleh menjadi petanda ada masalah perkembangan yang dihadapi si kecil itu.

Dalam keadaan ini, ujian atau penilaian menjadi suatu keperluan di bawah pemantauan pakar psikologi perkembangan atau pendidikan, supaya langkah-langkah intervensi boleh diambil secepat yang mungkin untuk membantu si kecil berkenaan.

2. KEDUA

Si kecil menunjukkan tahap perkembangan pintar cerdas aras tinggi.

IKLAN

Ujian atau penilaian akademik boleh juga diberikan kepada si kecil yang terlalu cepat mencapai tahap perkembangan (developmental milestone) tertentu. Cepat menguasai kemahiran membaca, mampu menyelesaikan masalah matematik yang agak kompleks atau memori yang amat kuat (photographic memory) mungkin menandakan si kecil itu berpotensi pintar cerdas lagi genius!

Antara ujian yang boleh diberikan adalah yang berdasarkan ‘Adapted Scales for Rating the Behavioural Characteristics of Superior Students’ (A-SRBCSS) yang dibina oleh Professor Jospeh Renzulli, seorang pakar perkembangan dan sahabat-sahabat beliau.


Peperiksaan Jadi Bebanan

Dua sebab ujian dan peperiksaan boleh menjadi BEBANAN untuk si kecil anda.

IKLAN
  1. PERTAMA Si kecil diuji atau dinilai hanya kerana dirasakan dia ‘perlu’ diuji / dinilai.

Sebelum papa dan mama di luar sana menggaru kepala yang tidak gatal itu, salah satu faktor yang menjadikan sebuah institusi prasekolah (tabika atau tadika) bernilai negatif adalah apabila ujian dan penilaian akademik dilakukan ke atas kanak-kanak di situ hanya kerana dirasakan mereka memang ‘perlu’ diuji. Lebih merisaukan apabila ujian atau penilaian yang diberikan langsung tidak sesuai dengan kemampuan si kecil!

Sayangnya, dalam era media sosial yang menyebarkan kebodohan dan maklumat palsu, ada mama dan papa yang tertipu dan percaya bahawa tadika terbaik untuk si kecil mereka adalah tadika yang paling banyak membuat ujian bulanan dan peperiksaan akhir semester.

Adakala Ujian Ni Penting Buat Anak Kita, Kenal Pasti Jenis Ujian, Jangan Sampai Anak Terbeban!

2. KEDUA – Ujian, penilaian, peperiksaan sekadar membandingkan kemampuan si kecil dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya sahaja.

Dipermudahkan cerita, si kecil anda seharusnya dinilai perkembangan otaknya dalam dua konteks berbeza. Pertama, bandingkan si kecil anda hari ini dengan dirinya semalam, minggu lepas, bulan lepas juga tahun lepas. Kemudian, kedua, barulah bandingkan dia dengan kanak-kanak yang sebaya. Perkembangan pada usia pendidikan praformal lebih memfokus kepada kualiti individu dan perkembangan diri berbanding hari semalam.

Masalahnya, ada papa dan mama yang jadi susah hati apabila si kecil tidak mencapai tahap anak jiran, anak saudara, rakan-rakan media sosial mereka. Perlu diingatkan, fenomena kanak-kanak yang lambat berkembang (late bloomer) adalah sesuatu yang normal.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI