Adam Corrie pergi umrah satu keluarga, anak seronok jejak Raudhah, dapat ‘privilege’ masuk dengan mudah dan cepat. Tidak sempurna kunjungan jemaah haji atau umrah andai tidak berkunjung ke Raudhah dan Makam Nabi Muhammad SAW yang terletak di di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi.
Adam Corrie Pergi Umrah, Anak Seronok Jejak Raudhah
Kebiasaannya pihak berkuasa Arab Saudi akan mengehadkan masa jemaah untuk menunaikan ibadah sunnah dan berdoa. Agak sukar untuk menembusinya andai anda tidak melakukan tempahan pada aplikasi yang ditetapkan.
Bagaimanapun, rezeki Adam Corrie bersama keluarganya dapat masuk Raudhah dengan cepat dan mudah.
Dapat ‘Privilege’ Masuk Dengan Mudah & Cepat
Berikut perkongsian Adam Corrie menerusi hantaran akaun Facebooknya;
Alhamdulillah kami dapat masuk dengan mudah dan cepat ke Raudhah. Saya dapat privilege masuk Raudhah dengan mudah dan cepat sebab bawa anak kecil iaitu Adam Fateh Lee.
Seronok Fateh dapat masuk Raudhah (Taman Syurga). Petugas di Raudhah pun suka layan Fateh. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan urusan kami di sini.
Pada tahun 2008, selepas saya baru 8 bulan syahadah, saya pergi umrah dan dapat masuk Raudhah dan berdoa di hadapan makam Rasulullah.
Saya berdoa supaya Allah tetapkan iman saya, jaga solat saya 5 kali sehari semalam dengan cukup, ketemukan saya dengan jodoh yang terbaik .. yang dapat membantu saya mendalami dan jalani sebagai Muslim yang baik dan berdakwah di jalan Allah.. dan jika saya sudah berkeluarga… ingin membawa keluarga dapat berjumpa Rasullullah SAW di Raudhah.
Pada malam tersebut, saya telah mendapat pelbagai pertunjuk di dalam mimpi. Pertunjuk yang saya bakal mendapat jodoh apabila pulang umrah kelak. Alhamdulillah selepas beberapa bulan pulang dari umrah (2008), Allah SWT makbulkan doa saya.
Saya ketemu jodoh tak sampai 3 bulan kami berkenalan. 2 tahun kemudian saya dapat bawa bidadari saya pergi umrah. Dan sekarang dapat bawa anak saya Fateh berjumpa Rasulullah SAW.
Dalam usaha dakwah Islam, pada tahun 2015 saya dan bidadari saya berusaha mencari dana membawa seramai 25 Muallaf pergi umrah dan pada 2016 kami buat program Kembara Iman Saudara Baru kali ke 2 dengan mengumpul dana membawa muallaf bawah 5 tahun seramai 46 orang.
Alhamdulillah sekarang salah seorang muallaf yang kami bawa telah pun menjadi ustaz dan ada agensi umrah. Beliau pula yang membawa kami sekeluarga pergi umrah.
Tujuan saya buat program khas untuk muallaf pergi umrah, untuk mereka merasai sendiri dari mananya Islam berkembang dan bermula. Di tanah suci tiada siapa akan menilai kita. Pelbagai mazhab, warna kulit, bangsa dan bahasa di sini tetapi semuanya beriman pada Allah SWT. Semuanya sama di sisi Allah SWT.
Ads
Islam banyak merubah hidup saya menjadi hamba yang lebih baik. Setiap orang ada jalan cerita baik seputih putih awan dan sehitam-hitam arang.
Kita masih boleh merubah hidup kita. Pintu taubat Allah SWT terbuka seluas-luasnya untuk semua hambaNya dan yang belum kembali fitrah (syahadah).
Robbanaa aatinaa min ladunka rohmatan, wa hayyi’ lanaa min amrinaa rosyadaa.
Ertinya: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.” (QS Al Kahfi [18]: 10).
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Perancangan manusia itu usaha manakala perancangan Allah itu takdir. Apa yang pasti, setiap apa yang berlaku janganlah sesekali kita sebagai hambanya putus berharap andai apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan.
Begitulah juga kisahnya dengan pasangan suami isteri ini, pada awalnya sama-sama berusaha dan berjuang untuk memiliki zuriat dan apabila masuk tahun ke lima seakan hampir ‘berjaya’ apabila berpeluang untuk melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI).
Begitu pun, di sebalik berita gembira itu, takdir Allah SWT mengatasi segalanya apabila diuji pula dengan dugaan yang sangat hebat apabila suaminya didiagnosis mengidap kanser usus tahap empat.
Itu yang dilalui oleh Syazana Fatihah Jamil, 26, apabila suami yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Muhammad Sazrin Asraf Saidin, 29, diuji penyakit berkenaan sejak September tahun lalu.
Memetik berita yang dikongsikan Harian Metro, Syazana Fatihah berkata, sebelum ini mereka melalui fasa ujian menjalani rawatan kesuburan bersama demi memiliki zuriat sendiri, namun kini perjuangan itu digantikan dengan episod paling getir bersama suami yang kini melawan kanser.
Katanya, sebelum ini suami menjalani enam sesi kemoterapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang dan lima kali radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun rezeki tidak memihak kepadanya apabila sel kanser semakin agresif.
“Sekarang suami sedang mengulangi rawatan kemoterapi buat kali kedua dan kini berada di Hospital Bukit Mertajam, di sini kerana mengalami kesukaran bernafas, baru-baru ini. Saya yang sebelum ini berniaga kek batik dan cheesekut hentikan jualan untuk menemaninya setiap kali mendapat rawatan.
“Insya-Allah saya setia bersama suami dalam perjuangannya kerana sebelum ini kami sudah bersama berjuang untuk memiliki zuriat sendiri jadi kali ini saya tidak akan tinggalkan dia biarpun terpaksa melupakan impian itu kerana kesihatan suami lebih penting ketika ini,” katanya sebak.
“Melihat semangat suami buat saya kuat…”- Isteri
Menurutnya, sebelum ini mereka membuat rawatan kesuburan di HTAA kerana ketika itu suaminya berkhidmat di Kuantan, Pahang dicadangkan prosedur IUI pada Jun tahun lalu namun tiga bulan selepas itu suami didiagnosis penyakit itu.
“Mungkin bukan rezeki kami untuk memiliki anak buat masa ini kerana Allah berikan ujian hebat ini dulu tetapi saya sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana yakin dan percaya suami akan sihat serta pasti ada ‘pelangi’ untuk kami selepas ini.
“Bagi saya penyakit suami adalah ujian berat kedua untuk saya kerana pada 2017 saya jaga arwah abah kerana sakit tibi usus dan sekarang saya jaga suami yang sakit kanser pula tetapi melihat semangat suami buat saya juga kuat,” katanya memberitahu mereka berasal dari Pulau Pinang.
Alami Masalah Buang Air Besar
Berkongsi berkenaan tanda-tanda awal yang dialami oleh suaminya sebelum disahkan mengidap kanser usus dan kini terpaksa menjalani rawatan kemoterapi yang masih berbaki 11 sesi di Hospital Pulau Pinang.
“Sebelum didiagnosis kanser usus suami mengalami masalah buang air besar dan ingatkan masalah buasir tetapi berat badan suami juga susut sebelum dia membuat pemeriksaan kesihatan dan selepas menjalani beberapa prosedur doktor mengesahkan penyakitnya itu,” ujarnya lagi dan turut memaklumkan kebajikan suami sentiasa dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM selain Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) dan masih dalam permohonan bantuan zakat.
Malang tidak berbau, siapa menyangkan hentakan kepala yang berlaku tiba-tiba bertukar jadi ngeri bila berlaku pendarahan tanpa sedar. Inilah yang berlaku kepada ayah pelakon, Hanis Zalikha.
Menerusi Instagramnya, Hanis berkongsi kisah ayahnya yang terpaksa menjalani pembedahan segera malah hampir hilang keupayaan bercakap selepas jatuh dan terhentak kepala.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut menasihatkan wargamaya agar sentiasa pekat dan membuat pemeriksaan jika mengalami hal yang sama seperti ayahnya.
“Kalau anyone you know jatuh kepala terhentak, luaran memang takde apa tapi dalaman maybe boleh jadi pendarahan perlahan. Sejurus dari terjatuh, bila check X-Ray dan CT scan tak ada apa-apa, semua clear saja, tapi bila 2-3 minggu kemudian boleh bertukar jadi mimpi ngeri sebab darah dah membanjiri sebahagian besar otak anda.
“My dad realised something was wrong hampir sebulan lepas jatuh, tiba-tiba dia tak dapat gerakkan kaki kanannya. Macam lagging. Sebab dia jatuh terhentak dahi kiri, bila anggota belah kanan yang terjejas, we knew it must be the brain.
“I ambil dia dan tanya dia tentang trip to Acheh baru-baru ni, he said “Bila Daddy pergi Acheh?”. Ya Allah this very man, is my dad, someone who was very sharp and opinionated, tiba-tiba sangat blur dan slow, jawab sepatah-sepatah,” kongsi Hanis.
Tambahnya lagi, ayahnya juga menjadi sedikit pelupa malah hilang memorinya dek kerana adanya darah yang memenuhi otaknya selepas terjatuh.
Pun begitu Hanis lega bila mana dia bertindak pantas dan menyedari lebih awal keadaan ayahnya.
“So I spent the whole day uruskan dia, berunding dengan dua pakar dan seorang pakar bedah saraf dan akhirnya dimasukkan ke hopsital pada sebelah malam untuk persediaan pembedahan keesokan harinya, he told the family “Daddy tadi drive sendiri datang sini”. My heart sank, I was frantic with worry — takutnya lagi lambat ni lagi banyak memori dia hilang.
“The brain surgery went well atas izin Allah, thank you to everyone involved. Doktor kata kalau lewat sikit je lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma, sebab otak dah compressed terlalu banyak darah.
“I jot this here as a reminder for all of us to always jangan tangguh-tangguh kalau hati dah tergerak.
“Daddy masih tak ingat I bawak dia pi hospital hari tu. Nasib baik kita selfie,” kongsinya lagi.
Ibu bapa ‘derhaka’ memang wujud pada zaman ini. Mungkin kedengaran agak kasar pada halwa telinga. Selalunya yang biasa kita dengar, ungkapan anak derhaka kerana ia cukup popular digunakan sebagai merujuk anak yang bersikap kurang ajar atau biadab terhadap orang tuanya.
Walaupun label itu tidak wajar diberikan kepada insan yang melahirkan dan membesarkan anak-anak namun ibu bapa juga seperti insan yang lain, tidak kalis dosa. Sebenarnya ibu bapa juga tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan.
Ibu Bapa Derhaka Memang Wujud
Berikut dikongsikan tanda-tanda ibu bapa derhaka. Moga bermanfaat.
Buat Dosa Pada Anak-anak Tanpa Sedar
1. TIDAK MENGAJAR ANAK MENGENALI ALLAH SWT
2. TIDAK MEMBERI HAK PENDIDIKAN
3. MENGABAIKAN KEPERLUAN TUMBESARAN
4. MENDAHULUKAN KEHENDAK DIRI BERBANDING KEPERLUAN ANAK
5. MENGELAK MENJAGA ANAK KERANA MERASAKAN MEREKA BEBAN
6. WUJUD SECARA FIZIKAL TETAPI TIDAK SECARA EMOSI
7. MEMUKUL, MENGHERDIK, MEMBERI GELARAN BURUK & APA JUA KEKASARAN YANG DILAKUKAN TERHADAP ANAK
8.MENGEJEK & MEMALUKAN ANAK DEPAN ORANG LAIN
9. TIDAK BANDING DENGAN ANAK LAIN
Benar tiada ibu bapa yang sempurna tetapi cubalah menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memperbaiki diri demi tumbesaran anak yang sihat. Didikan yang baik pasti akan melahirkan anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.