Rasa macam baru lagi Adam Fateh Lee dilahirkan. Dah pun masuk 8 bulan. Makin besar ni macam-macam gelagatnya yang buatkan mak dan abahnya gembira.
Sejak akhir-akhir ni, apabila Fateh dah belajar makan, Adam Corrie Lee sangat teruja dan rajin melayan Fateh.
View this post on InstagramA post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
Balik kerja dalam keadaan penat pun, Corrie tetap nak ada masa nak suap anak makan.
Menerusi satu video dikongsikan Adam Corrie Lee, menunjukkan yang Fateh makan sampai tertidur.
“Penat sangat anak abah ni,” kongsi Corrie.
Rata-rata netizen yang melihat gelagat Fateh semuanya menyatakan gaya Fateh itu comel sangat.
Sumber: Ig Adam Corrie Lee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Comelnya Amiraa! Lebih Sebulan Dapat Kawan Baru, Sophea Masih Takut Nak Sentuh Adik
Sekejap je dah lebih sebulan Dhuhaa Sophea jadi kakak. Dapat pula geng main masak-masak lagi seronoklah. Sebelum ini mommy Sophea, Siti Safuraa mengumumkan yang kelahiran anak keduanya diberi nama Amiraa membawa kegembiraan kepada ahli keluarga.
View this post on InstagramNgempeng + tidur + susu = Amiraa ? . . #amiraaalimaan #3weeksold
A post shared by ctsafuraa (@ctsafuraa) on
Rata-rata pengikut Safuraa teruja apabila dapat lihat wajah Amiraa. Melalui posting terbaru di Instagram Safuraa dia berkongsikan gambar anak keduanya dan ramai menyamakan wajah kakak dan adik sama.
Safuraa juga menyatakan gelagat Sophea yang dapat adik baru juga masih lagi dalam mood nak menerima kerana dia masih lagi takut-takut nak dekat dengan adik.
Sebenarnya keadaan ini biasa bagi kakak atau abang yang baru pertama kali dapat adik. Mungkin ada sedikit rasa cemburu namun lama-kelamaan akan semakin elok bila dapat sesuaikan diri.
Amiraa mudah dijaga
Sementara itu, Safuraa juga berkata sepanjang tempoh berpantang Amiraa sangat mudah dijaga dan tak berjaga malam seperti bayi lain.
“Nak tengok Amiraa buka mata susah. Asyik tidur je. Alhamdulillah walaupun tinggal jauh dengan keluarga, Allah permudahkan urusan berpantang dan menjaga anak di sini,” katanya.
Sumber: Ig ctsafuraa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Meniarap Penting Untuk Bayi. Seawal 3 Bulan Dah Boleh. Jika Belum Perlu Bantu Si Kecil
“Eh, pandainya anak mama nak pusing badan. Dah nak meniarap ke? Cepatnya dia membesar”
Perasan tak tingkah laku bayi anda yang masih kecil tetapi sudah bijak hendak cuba memusingkan badannya. Ketika usianya baru masuk tiga bulan, ada bayi yang mula berusaha untuk belajar meniarap. Hebatnya kuasa Allah kerana seorang bayi yang normal itu dengan sendirinya mempunyai keinginan untuk belajar kemahiran dirinya.
Meniarap adalah perkembangan kognitif awal seorang bayi selepas dia cukup kuat untuk mengawal pergerakan kepalanya. Selain atas usaha sendiri, papa dan mama juga boleh membantu bayi untuk mahir meniarap.
Anda boleh tolong meniarapkan bayi di atas perut, bayi mungkin boleh menaikkan kepala dan bahunya menggunakan lengan. Tekan tubi mini ini membantu bayi menguatkan otot-otot yang diperlukan untuk bergolek. Si kecil akan memusing dari posisi baring meniarap kepada terlentang.
Ada sesetengah bayi akan rasa teruja dengan kebolehan barunya. Jadi anda boleh melatihnya dengan meletakkan dia dalam posisi meniarap untuk satu atau dua minit pada satu-satu masa.
Tetapi ada juga bayi yang akan menangis bila meniarap, jangan paksa bayi anda. Cuba duduk di lantai bersama-samanya dan tunjukkan mainan kegemaran bayi jauh daripadanya. Cuba tarik perhatian si manja dengan menunjuk-nunjukkan mainan tersebut. Dia pasti merasa geram dan cuba untuk meniarap.
Fahami dengan betul penerangan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang perkembangan meniarap seorang bayi.
BILA BAYI MULA MENIARAP?
Kebolehan untuk bayi meniarap bergantung kepada kebolehan seorang individu. Ada bayi yang boleh meniarap seawal usia tiga bulan.
Tetapi kebanyakan bayi mengambil masa yang lebih lama kerana untuk meniarap ia memerlukan kekuatan otot leher dan lengan.
Tanpa kekuatan otot ini agak sukar untuk bayi kita memusing tubuhnya dari posisi terlentang kepada posisi meniarap. Ini hanya boleh dilakukan apabila mereka mencapai usia lima atau enam bulan.
MENIARAP ADALAH DETIK PENTING DALAM PERKEMBANGAN BAYI
Salah satu tanda bayi kita menjalani perkembangan fizikal yang mengikut umurnya, ialah apabila bayi kita mampu untuk meniarap.
Meniarap adalah waktu peralihan di mana seorang bayi telah dapat mengawal pergerakan kepala dan sejurus sebelum mempelajari kaedah duduk tanpa bantuan, kebanyakan bayi belajar cara meniarap. Bayi yang sudah mahir meniarap boleh memusing dari posisi terlentang, kemudian ke posisi meniarap semula, seolah-olah berguling-guling.
Ini juga merupakan salah satu cara yang membolehkan bayi kita bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Ia selalunya didorong oleh keinginan untuk mencapai satu mainan yang berada di luar jangkauan, atau hanya untuk mendekati ibubapanya.
Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Keluar 4.06kg, Sepanjang Hamil Suka Minum Barli Suam & Kapsul Minyak Ikan
Saat diri disahkan hamil ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan buat seorang isteri. Lagi-lagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat, tetapi juga sihat fizikal dan mental.
Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak dalam kandungan lagi.
Sebaik merancang memiliki cahaya mata, sepatutnya dah ambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan.
Ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil berhadapan risiko tiga kali ganda melahirkan bayi kurang berat badan. Malah, menghadapi risiko kematian bayi lima kali ganda berbanding ibu yang mendapatkan penjagaan semasa mengandung dan menjaga pemakanan mereka.
Menerusi perkongsian dari Puan Farah Natasha Khamaruzaman yang telah menimang cahaya mata pertamanya pada 20 Jun lalu, pemakanan masa mengandung penting untuk lahirkan bayi yang sihat walaupun dirinya berdepan dengan masalah obesiti dan disahkan ada GDM.
Ameena Fatimah Lahir pada 20/06/2019 seberat 4.06kg secara czer coz Sy Ibu obesiti soo lemak bnyak smpai doktor cari Ameena Fatimah tak jumpa dalam perut & saya GDM on insulin. Soo sy nak share apa yang amalkan masa preggy & alhamdulillah Ameena Fatimah demam kuning just 3hr & Alhamdulillah sekali lagi Ameena Fatimah tiada rekod masalah apa-apa masa lahir seperti paru-paru, buah pinggang dan lain-lain. Sebab ibu yang ada GDM on insulin niee risiko dia effect pada baby kann..Soo saya just amalkan petua ibu sy.
1. Air Barli Suam- Sy Amalkan air barli suam tanpa gula setiap mlm ye laaa kencing manis kann soo sweet2 niee kena cut. Coz Ms preggy badan sy sentiasa rs panas bahang gitu ye laa preggy kan…panas dya lain mcm sikit😁Soo bila sy amalkan Air Barli niee badan rs sejuk laa sikit…bnyak jgk khasiat Air barli niee bila sy amalkan ia dpt merawat kencing kotor, merendahkan kolestrol serta gula dlm badan & the best skali mencantikkan kulit bayi.Try laa amalkan best…
2. Susu- Sy just Minum Susu HL Marigold sedap. Susu HL nie sy ambik seminggu 3kali ja Ms brekfest ye laa Kencing manis xleh minum susu bnyak sgt sbb Gula dlm susu pow bnyak kann. Susu HL niee Ada Folic Acid skali soo salah satu vitamin utk baby ok.
ARTIKEL LAIN [Dalam Pantang Jenis Makanan Ini Cepat Pulihkan Ibu. Tak Semestinya Ambil Pakej Mahal]
3. Kapsul Minyak Ikan (Fish Oil)– Minyak ikan niee sy amalkan sejak awai2 preggy lg. Elok amalkan untuk perkembangan minda & menguatkan tulang anak. Alhamdulillah Ameena Fatimah lahir xdak apa2 alahan yg teruk. Klaw Mommy2 semua tgk org2 luaq negara diorg sll amalkan omega utk minda anak2. So this is the best thing Mommy2 kena ambik ms preggy. Try laa
4. Mineral water atau air kosong– Banyakkan minum Air kosong nie mmg Feveret sy. Sy xsuka Air2 manis tp sy dpt kencing manis ms preggy. Mybe sy suka mkn cake kot.
5. Air Kelapa– Air kelapa semua org taw kann. Soo sy amalkan air kelapa ms kandungan 7bulan smpai beranak. Bnyak jgk khasiat air kelapa nie Mommy2 msti taw kann.
Saiz besar atau kecil, berat atau ringan, putih atau gelap anak-anak kita memang ikut genetik ibu bapa. Tak semestinya ibu bapa saiz besar dapat anak besar kadang ada juga saiz kecil dan tak semestinya ibu bapa yang saiz kecil tak dapat anak saiz besar kan.
Apa-apa kita kena minta anak-anak kita sihat. Tapi apa yang saya nak share sini tentang pemakanan yang saya amalkan untuk beri khasiat & merawat baby dari dalam perut lagi. Ini apa yang saya amalkan untuk Ameena Fatimah. Mudah-mudahan dengan cara ikhtiar ni anak-anak kita lahir dengan sihat. Kebahagian kita bila dah jadi mommy ni, bila tengok anak-anak kita kuat, sihat & ceria selalu.
Sumber: Farah Natasha Khamaruzaman & IG ameenafatimah_88
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI