Adam Rayqal Anak Syurga! Perjalanan Terakhir Mu Penuh Dengan Iringan Doa Dari Semua Orang

Share

Susulan berita penahanan pengasuh yang ditahan polis setelah disyaki membunuh dan menyembunyikan arwah adik Adam Rayqal dalam peti sejuk, ramai rakan artis meluahkan rasa simpati dan menitipkan doa buat arwah.

Antara rakan artis dan personaliti yang cukup terkesan dalam kejadian ini adalah Abby Abadi, Wardina Safiyyah, Datin Shahida dan Farahanim Razak. Masing-masing meluahkan rasa sedih dan dapat membayangkan bagaimana perasaan seorang ibu bila kehilangan anak dalam keadaan menyayat hati.

ALLAH
Anak ni dilaporkan hilang.. konon pengasuh reka cerita kata ada lelaki yang menyamar bapanya datang ambil, pastu polis datang cek rumah pengasuhnya, jumpa mayat baby ni dalam peti ais?

Luluhnya hati baca berita-berita macam ni… dah tak mampu jaga anak orang, ambil upah jadi pengasuh untuk apa?

Masih tak terjangka apa sebenarnya yang berlaku… kalau difikirkan macam takde sebab dia sengaja nak bunuh baby tu.. mungkinkah tersedak susu? lepas tu pengasuh tu takut, dia sorok dulu? Atau memang pengasuh tu saiko? wallahuallam.. kita tunggu laporan dari siasatan polis

Yang terjadi telahpun terjadi. Takziah pada ibu bapa mangsa. Ambil pengajaran. Pesan Saya pada ibu bapa diluar sana yang memerlukan khidmat pengasuh, siasat dulu latar belakang pengasuh sebelum menyerahkan anak kita pada mereka. Kalau ada pilihan untuk jaga sendiri, jaga sendiri lebih baik. Dizaman yang serba mencabar ini, belajarlah kerja dari rumah.. bila terjadi perkara-perkara macam ni, menyesal pun dah tak berguna lagi.

Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida juga turut berasa sedih dengan apa yang berlaku pada arwah Adam.

Melalui perkongsiannya dia masih terkejut dengan apa yang berlaku dan cukup kecewa dengan sikap masyarakat yang tidak memikirkan buruk baiknya sesuatu perkara yang dilakukan.

Semoga Ibu bapa bayi berkenaan tabah menghadapi ujian ini….saya tak dapat nak bayangkan kalau saya di tempat mereka..…

Manakala bagi Wardina Saffiyah pula, apa yang berlaku ini perlu dijadikan pengajaran bersama dan jangan jadikan perdebatan bila ibu bekerja dan tak bekerja.

Mungkin lain orang lain caranya tapi kita kena percaya setiap orang ada alasannya.

Bagi selebriti TV yang juga ibu kepada pasangan kembar, Farahanim Razak dia rasa mahu menangis bila mengetahui berita ini.

Farahanim juga turut mendoakan akan ada yang terbaik buat ibu bapa anak syurga Adam bagi mengubati kesedihan mereka.

Ya Allah I’m crying while writing this..Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui..Kau berikan lah kekuatan yg luar biasa buat ibu ayah anak syurga Adam..Kau berikan lah segala kebahagiaan di dalam hati hati mereka..

Kau kurniakan lah zuriat yang tak disangka buat ibu ayah anak syurga Adam bagi menggantikan segala kesedihan di dalam hati mereka..Kau berikankan lah rezeki yang berpanjangan buat mereka..Ya Allah terima lah doa ini..terima lah doa kami ini..

Gambar: Bernama

Published by
Wan Amy