Setiap wanita yang berkahwin pasti mendambakan gelak tawa dan tangisan anak dalam rumah tangga. Namun jika belum rezekinya, siapa kita untuk menidakkan takdir itu.

Ada yang diuji sukar dapat anak dan ada juga yang mengandung tetapi keguguran atas sebab tertentu. Namun sejauh mana kesabaran itu bergantung pada kekuatan dalam diri dan sokongan suami dan ahli keluarga.

Perkongsian dari Puan Ruby Hashim yang keguguran sebanyak 4 kali ini bukan sesuatu yang mudah namun dia reda bukan rezekinya lagi untuk membesarkan anak seperti pasangan lain.

Berikut perkongsiannya mengenai kandungan keempatnya yang sempat bertahan hingga 20 minggu saja.

Cukup 44 hari ibu berpantang tanpa anak ibu Muhammad Adam. Ibu ingat buleh jumpa anak ibu tahun 2020 nanti.. Due awak 5/2/2020. Tapi awak nak ikut juga abang-abang dan kakak awak sayang.

Dari ibu pregnantkan awak tak ada masalah apa. Bleeding apa pun tak ada. Masa pergi buat pemeriksaan dengan pakar O&G pun doktor cakap pangkal rahim ibu elok.

Ibu pregnantkan awak alahan sangat teruk. Bau tumis segala bagai tak boleh. Pening.. Semua cukup indah sayang. Make up apa pun langsung tak boleh.

18 September 2019

Masa balik balek rumah tok wan ibu rasa sakit kat ari-ari. Macam nak membuang. Masuk toilet tiba-tiba ketulan nak terkeluar. Allahuakhbar! Waktu tu hanya Allah saja tahu dalam fikiran. Anak ibu! Tok tenangkan ibu, suruh duduk. Tak lama lepas tu ketuban pecah. Banyak sangat.. Allah.. peritnya rasa..

Lepas tu abah bawa ibu pergi HSB. Doktor scan yang air ketuban ibu kering. Dalam fikiran anak ibu dah tak dapat selamat sebab baru 20w masa tu. Doktor suruh masuk wad sampai baby keluar. Ya ibu reda. Ibu pujuk awak keluar. Malam tu tendang-tendang dalam perut ibu. Ada seorang mak cik tu bagi air selusuh suruh ibu minum sapu diperut. Ibu buat. Ibu pujuk awak suruh keluar.  Rupanya awak seronok lagi dalam rahim ibu.

Bertahan sampai hari ke-4

Ibu cakap apa awak respon dengan bagi tendangan. Hari Khamis seorang pakar datang dan cakap tak boleh buat apa. Tapi puan minta keajaiban dari Allah. Mana tahu Allah nak bagi keajaiban. Ibu semangat sayang. Ibu minum air masak 3 botol besar sehari.

Malam last tu ibu batuk sangat-sangat. Memang teruk. Nurse bagi ubat batuk. Ibu minum lepas tu tidur.. ibu terjaga pukul 1 lebih. Rasa nak membuang, tapi tak keluar. Naik atas katil ibu rasa sakit lagi. Masuk dalam toilet rupanya anak ibu dah nak keluar. Ibu push seorang dalam toilet dan tahan dengan tangan.

Adam keluar dengan senyum

Allahu.. anak akuu.. Allah.. anak aku masih hidup. Keluar dalam keadaan masih bernyawa dan keadaan anak ibu bergerak berkuak-kuak. Macam mana Adam tendang dalam perut macam tu waktu awak keluar sayang. Dengan keadaan mulut cup cap cup cap.. Mungkin lapar kan. Ibu cakap kat awak “alaa anak ibuu,tunggu ibu disyurga yaa syg”

Allahuakhbar… Anak ibu senyum! Allah bagi ibu lihat dan ibu reda. Ibu yakin yang Adam bahagia kat sana. Aku tak rasa terkilan apa yang jadi kali ni tetapi rasa bersyukur. Bohong tak sedih, nama pun anak yang menumpang dalam rahim walaupun 5 bulan.

Uri keluar tetapi darah beku terlalu banyak

Ingatkan semua dah selesai kerana uri dapat keluar dengan elok tetapi sangkaan ku salah apabila doktor terpaksa buang darah beku yang terlalu banyak hidup-hidup. Ye la kan leaking ketuban sampai 4 hari. Hampir dua jam prosedur tu dilakukan baru selesai. Rasa macam nyawa di penghujung.

Ini penglaman anak nombor 4. Semua anak ibu tunggu ibu dan abah di syurga.

*Mesti ada yang tanya kenapa tak ikat (pasang cerclage). Masalahnya tak sempat nak ikat dan doktor terpakasa tangguh sebelum tu kerana saya chicken pox. Namun tak disangka lepas tu ibu mengandungkan Adam. Ibu percaya semua terjadi adalah rahsia Allah. Allah tak bagi rezeki jaga 4 orang anak mesti bersebab.. Allah mengetahui segalanya…

#22sept2019 sejarah buat kali keempat..

Mesti ramai yang tanya kenapa semua keempat-empat kandungan saya tak berjaya kerana saya mengalami masalah pangkal rahim yang lemah.

Pertama 13w3d
Kedua 18w
Ketiga 17w7d
Keempat 20w4d

Sumber: Ruby Hashim