Adam dan Noah anak kembar Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Adam sudah boleh berjalan manakala Noah masih belum. Ini antara usaha beliau untuk membantu Noah memulakan langkah pertamanya.
Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagram beliau berkongsi tentang perkara ini. dengan bantuan alat push walker dia berharap alat tersebut akan membantu Noah berjalan.
Membantu Noah berjalan.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana untuk membantu anak mengambil langkah pertama.
Seorang kanak-kanak mesti dapat berdiri sendiri sebelum mereka dapat berbuat demikian. Itu menunjukkan kaki dan belakang mereka sudah cukup kuat. Tetapi sesetengah kanak-kanak mengambil masa satu atau dua bulan bergantung kepada tahap keberanian dan keyakinan mereka.
Anda perlu menggalakkan kanak-kanak itu membantu mereka berjalan.
Kami membeli push walker ini dengan harapan Noah dapat mengatasinya. Noah sudah dapat berdiri sendiri tetapi entah bagaimana memerlukan sedikit bantuan untuk berjalan. Dan Adam sudah berjalan di mana-mana yang merata-rata dalam rumah ini.
Kesian Noah. Tetapi tidak mengapa, daddy akan membimbing dan membantu Noah agar setanding dengan Adam.
Beliau juga turut berinteraksi dengan para follower. Antara perkara yang mendapat respons beliau ialah seperti berikut;
Fokus kepada berjalan daripada memanjat
Walker biasa lambatkan anak berjalan
Tidak boleh merangkak dan duduk sendiri
Terjatuh dan trauma
Tidak tahu menggerakkan push walker
Kesediaan guna baby seat
Anak lambat berjalan
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI