Kehilangan orang yang disayangi memberikan impak besar kepada si kecil. Apatah lagi jika pemergiaan seorang ibu. Catatan lelaki bergelar ayah ini cukup memilukan. Sebaknya!

Pemergian isteri yang dicintai buat Mohammad Khusyairi dan ibu kepada Adi Ramadhan, 4 tahun setelah menanggung pelbagai jangkitan kuman yang bersarang.

ALAMI DIABETES MELLITUS TYPE 1

Kata Khusyairi, isterinya menghidap Diabetese Mellitus type 1, iaitu diabetes yang biasanya  terjadi kepada remaja atau kanak-kanak. Berbeza dengan Diabetese Mellitus type 2 yang lazimnya dialami orang dewasa. Isterinya disahkan Diabetese Mellitus type 1 pada usia 14 tahun. Lantaran itu, pelbagai penyakit dan jangkitan telah singgah pada Allahyarhamah kerana antibodinya lemah. Antaranya ialah pada mata yang menyebabkan matanya buta sebelah (dia OKU penglihatan), strok, jangkitan kuman pada otak dan infeksi pada paru-paru.

“Punca kematian Allahyarhamah ialah adalah infeksi pada paru-paru yang menyebabkan paru-paru gagal membekalkan oksigen ke jantung. Tekanan darah jatuh ke tahap minima walaupun ubat untuk jantung bertahan sudah diberikan maksimum,” kata Khusyairi penuh reda. Adi adalah insan yang paling terkesan pemergian umminya.
Adi mahu umminya dikejutkan kerana menyangka umminya tidur dan marah bila orang ‘tanam’ umminya dalam proses pengebumian.
Kerinduan kepada isteri yang baru kembali ke ramatullah kerana jangkitan kuman pada paru-paru dirakamkan. Siapa yang membacanya pasti akan menitiskan air mata.

“SELFIE TERAKHIR”

Maafkan abang sayang andai selama ni abang banyak salah.. Maafkan abang andai banyak terleka.. Maafkan abang andai banyak hajat sayang tidak tertunai.. Maafkan abang..

Hari ini abang tak tidur.. Hari ini abang duduk sebelah sayang.. Hari ini abang bisik kalimah syahadah di telinga sayang.. Sampai sayang hembuskan nafas terakhir..

Selalu bila sayang sakit abang mandikan sayang.. Tp harini adalah kali terakhir abang mandikan sayang.. Abang usap lembut tangan yang masakkan abg setiap hari. Abang usap parut yang selalu abang sapukan ubat. Abang belai wajah yg selalu abg kucup. Abang belai perut yang mengandungkan zuriat abang..

Lepas ni xde dah abang nak potongkan kuku sayang. Lepas ni xde dah abang tolak sayang pakai wheelchair.. Lepas ni xde dah abang hantar sayang check up appoinment doctor.. Lepas ni xde dah abang buatkan air gula untuk sayang..

Abang letih, abangxtidur, tp abang gagahkan juak peluk sayang, abang gagahkan jugak turunkan sayang ke liang lahad, abang gagahkan jugak mencangkul walaupun kaki dan tangan dah menggigil.. Sbb abang tau ini kali terakhir abang buat semua tu untuk sayang..

Adi marah bila orang tanam ummi dia.. Adi mengaruk.. Adi suruh kejutkan ummi.. Adi nak ikut ummi masuk sekali.. Yelah, kita kan selalu berlakon pura-pura mati depan die.. Dia taktau hari ni yang sayang tak pura-pura..

Semuanya dah berlalu sayang.. Sayang pergi dengan mudah.. Sayang tak menderita lagi dah atas dunia ni.. Amanah yang sayang tinggalkan untuk abang ni akan abang jaga sebaik mungkin..

Kita tak banyak gambar selfie bersama sebab abang malu nak bergambar.. Jadi ini lah SELFIE TERAKHIR kita.. Akan abang kenang smpai bila-bila kenangan kita berdua dan bertiga..

Sumber: Mohamad Khusyairi AdeLiyana Sapuan

Tinggalkan Komen