Adik Beradik Ipar Pakai Barang Mewah, Kita Sibuk Nak Berlumba. Bila Buang Sikap Membanding, Hidup Bahagia

Share

Bila berkumpul beramai-ramai, ketika itulah kita akan nampak pelbagai warna dalam kehidupan. Namun semuanya bergantung atas penilaian kita tentang hidup. Sifir mudah dalam hidup, hiduplah ikut kemampuan diri dan bukanya mengukur kita dengan orang lain. Tak perlu pun membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Sedangkan kasut pun tak sama saiz kan?

Ikuti perkongsian ibu ini, yang sebenarnya berlaku dalam kehidupan seharian kita. Semoga kisah ini memberikan kesan dan manfaat untuk kita semua supaya menjadi lebih baik.

Kemas-kemas bilik belakang, terjumpa handbag saya ni. Sedih, sebab dah menggelupas.
Padahal saya letak elok dalam beg sarung. Handbag ni, boleh kira berapa kali je saya guna.

Tak pakai sangat mungkin sebab warna merah. Dan saya ni tak kemana sangat pun.

Saya sendiri yang pilih handbag ni. Ingat lagi masa tu beli di Plaza Aman Central, Alor Setar.

Beg ni ada cerita dia sendiri.

Masa saya beli handbag ni, saya masih belum kenal bahagia yang sebenar. Balik rumah mak di Kuantan, saya tengok kakak ipar saya yang doktor tu pakai handbag elok. Jenama terkenal.

Nampak pulak handbag adik saya, dia cikgu, pun elok handbag dia. Saya tengok handbag saya. Mulalah saya bercakap dengan diri. Handbag aku ni tak mahal sangat macam depa.
Tak sudah tengok handbag, eh saya tengok pulak sandal depa. Pun sama jenis yang mahal.

Bila saya dah ada perasan membanding gitu, segala benda nak banding.

Nampak pulak anak-anak sedara pakai baju semua branded, saya pun eh tak mau kalah.
Mula datang jeles. Mula datang kenapa aku tak beli yang mahal jenama terkenal. Mula datang rasa tak mampu sangat ke aku ni.

Mula fikir pelik-pelik. Padahal adik beradik dan ipar tak de kisahkan hal macam ni. Kami bergaul, bergurau senda, bercakap, beramah tamah macam biasa je.
Dan masa pun berlalu.

Saya membaca, saya dengar kuliah, saya melihat keadaan sekeliling, saya memerhati.
Lalu saya berfikir.

Kalau nak bahagia, kena buang sikap suka membanding. Terutamanya kalau membandingkan hal keduniaan ni.

Padahal yang lebih utama nak memiliki bahagia adalah kena mensyukuri nikmat yang sedikit mahupun nikmat yang besar. Kalau nak cari siapa yang paling cantik, paling banyak pakai barangan mewah, memang takkan jumpa.

Sebabnya, bila dah jumpa yang cantik, yang mewah, eh ada lagi yang lebih cantik.
Dan bila dah jumpa yang lebih cantik, yang mewah tu, eh ada lagi yang lebih cantik dari yang lebih cantik dan mewah itu.

Justeru apa?

Saya mula paksa diri tidak membanding. Saya beli, saya pakai, apa yang selesa untuk diri sendiri, bukan untuk menunjuk pada orang lain. Tak kisah mahal atau murah, yang penting bukan nak banding membanding.

Bila saya buang sikap membanding, maka saya mulai rasa bahagia, rasa gembira.
Tak sesak dada nak tengok siapa lebih hebat.

Bahagia tu bukan pada apa yang dimiliki, tapi bagaimana kita meraikan apa yang dimiliki.
Teringat yang Nabi Yusof tenang dan bahagia di dalam penjara.

Tak lain tak bukan kerana Allah jualah yang mendatangkan bahagia itu.

Kredit: Annur Nida

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa