Cerita anak lima dengan kesemuanya anak lelaki memang berbeza. Pergaduhan kecil setiap hari, usik mengusik itu perkara biasa bagi lima beradik lelaki. Setiap hari ada sahaja aktiviti diluar jangka. Mak ayah perlu bersedia.

Inilah yang dikongsikan oleh Cikgu Fadli Salleh, personaliti media sosial yang sering berkongsi pelbagai kisah kehidupan. Cerita lima anak lelaki beliau memang menarik. Penuh cerita setiap hari. Namun benar kata beliau, pergaduhan itu biasa tetapi perlu saling menghormati dan beralah.

“Adik-Beradik Jangan Bergaduh” Ragam 5 Anak Lelaki, Biar Saling Mengalah!


Budak berlima ni, sehari tak bergaduh tu tak sah. Kadang banyak bergaduh dari makan nasi dalam sehari.

Semalam Ali yang usia 3 tahun bawa Akashah usia 1 tahun keluar rumah tanpa sesiapa sedar. Kasyah hanya kaki ayam, dipimpin ke taman yang jaraknya lebih 300 meter. Katanya nak jalan-jalan sahaja.

Bagai nak sasau puan isteri cari budak berdua tu tak ada. Berlari kaki ayam cari depan rumah, tanya jiran-jiran. Masa tu aku otw balik dari sekolah, jumpa budak berdua ni berjalan kat jalan raya berpimpin tangan. Terkejut sungguh.

“Adik-Beradik Jangan Bergaduh” Ragam 5 Anak Lelaki, Biar Saling Mengalah!

Ads

Kelmarin, Arshad dan Asyraff berebut barang. Sampai menangis Asyraff bila tak dapat. Pagi tadi Amar dengan Ali bergaduh juga.

Lepas Maghrib tadi Amar libas baju kat Ali lepas Ali tumbuk dia. Tak boleh jadi dah ni. Asyik bergaduh je budak-budak ni. Malam ni aku panggil semua mereka berlima, bagi nasihat, bagi amaran, bagi peringatan. Dengan Ali dan Akashah pun kena marah juga tadi. Haha.

“Adik-Beradik Jangan Bergaduh” Ragam 5 Anak Lelaki, Biar Saling Mengalah!

Adik-beradik jangan bergaduh.
Yang kecil kena hormati yang lebih besar.
Yang abang kena mengalah dengan adik.
Yang lebih besar kena melindungi yang lebih kecil.
Kena saling menjaga sesama kalian kerana ayah takkan selamanya ada untuk kalian.

Semua bagi perhatian penuh tadi. Mengangguk tanda faham. Berjanji akan ikut semua nasihat dan dengar segala cakap.

Ads

Membesarlah kalian menjadi anak yang soleh dan berguna. Sentiasa tunduk ke bumi walau setinggi langit mana pun kalian berada.

“Adik-Beradik Jangan Bergaduh” Ragam 5 Anak Lelaki, Biar Saling Mengalah!

Jangan sombong dan bongkak atas bumi Tuhan. Kita cuma hamba yang menumpang. Duhai anak, ingatlah…

Bumi di bawah ini bukan ibumu yang hamparkan.
Langit di atas sana bukan ayah yang tongkatkan.
Selagi ada iman, sejauh mana kau berjalan, kau pasti temui jalan pulang.

Ads

Kita hidup berTuhan, bukan bertuan. Semat itu dalam hati sepanjang perjalanan kehidupan.

Menarik: Tak Sangka Ada Baby Shower Sekali, Selesai Doa Selamat, Ernie Zakri Terharu Kejutan Suami

“Adik-Beradik Jangan Bergaduh” Ragam 5 Anak Lelaki, Biar Saling Mengalah!

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI