Melihat gelagat puteri sulung kesayangan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah sememamgnya cukup menghiburkan. Ada sahaja yang dilakukannya, lebih-lebih lagi melihat gelagat Aafiyah sejak ada adik.
Bukan hanya melekat 24 jam dengan adik, bahkan Aafiyah menjadi peneman setia adiknya kini. Malah riak muka kakak kesayangan, Muhammad Afwa ini cukup teruja dan gembira bila bersama adiknya.
Sebuah video yang dikongsikan di laman instagram, jelas menunjukkan keterujaan Aafiyah bersama adiknya. Malah sebaik adik baru bangun tidur pun, dialah insan yang terawal untuk melihat Aafiyah.
Dalam pada itu, anak kedua Datuk Siti, Muhammaf Afwa itu kini sudah pun berusia dua bulan. Menerusi Insta Storynya, Datuk Siti turut menyanyikan lagu hari lahir buat putera tersayangnya itu. Paling mencuit hati pastinya Aafiyah yang cepat-cepat berlari untuk turut serta bersama adiknya. Comel!
“Selamat dua bulan, selamat dua bulan Afwa,” nyanyian lembut Siti buat anaknya.
Pun begitu, paling menarik pastinya aksi Aafiyah yang cepat-cepat muncul sebaik mendengar ibunya menyanyikan dan turut berbual bersama adiknya.
“Kakak dah datang,” kata Siti lagi.
Ads
Alahai comelnya gelagat Aafiyah yang berlari menuju Afwa yang baru terjaga dari tidur. Jelas keterujaan Aafiyah yang hanya ternanti-nanti adiknya untuk bangun dari tidur.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya menyifatkan Aafiyah persis kakak-kakak yang pandai menjaga dan melayan adiknya malah memuji cara Aafiyah yang begitu lembut dan santun pada adiknya.
“Baru buka mata terus muncul”
“Comel!Nak sambungan lepas kakak datang”
Ads
“Kakak tu geramlah tu dengan adik dia”
“Semangat kak Aafiyah ya. Terus datang in charge”
Semoga Aafiyah terus menjadi kakak yang boleh diharapkan untuk menjaga adiknya kelak.
Terdahulu, Datuk Siti selamat melahirkan bayi lelakinya pada 19 April lalu. Dan kini gelagat Aafiyah serta adiknya yang baru berusia dua bulan sudah semestinya memberi lebih kebahagiaan buat Datuk Siti sekeluarga.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang ibu muda runsing kerana anak sulungnya yang baru 2 tahun suka memukul adiknya yang baru 6 bulan. Ibu muda ini tidak terlarang anak sulungnya itu dan sering hilang sabar dan adakalanya terpaksa memukul anak sulungnya itu untuk tidak menyakitkan adiknya. Jadi bagai mana cara untuk mengatasi masalah ini?
Tentunya dia berasa amat bersalah.
Ibu rasa ramai ibu muda melalui keadaan seperti ini. Inilah nasihat Ibu. Perenggan terakhir itu amat penting untuk dibincang bersama suami. Ibu sendiri pernah anak-anak kecil 4 orang berderet setahun beza umurnya. Memang, jika tidak kuat minda, hati dan jiwa seorang ibu itu boleh kecundang. Kefahaman suami isteri amat perlu di dalam hal seperti ini.
Anak sulung anda terlalu kecil untuk faham apa yang dia buat. Untuk tahap ini dia belum boleh memahami arahan kita. Oleh itu lakukan perkara yang mengelakkan dia memukul adiknya.
Contoh, letak adik dalam cot yang tinggi untuk dia boleh pegang adik dia bila puan melakukan kerja lain.
Bila anda nak layan adik dia, beri dia pelukan dan cium dia banyak-banyak dan kata anda sayang dia dan ajak dia tolong anda layan adiknya.
.
Walaupun anda buat begitu, dia belum lagi faham sebenar-benarnya memukul adik itu tidak baik.
Kemungkinan juga dia bukan mahu memukul tetapi sebenarnya mahu membelai. Namun, kerana dia belum boleh mengawal tangannya, maka kelihatan seperti dia mahu memukul. Oleh itu ambil tangannya yang nampak mahu memukul itu dan ajar dia membelai adiknya. Katakan begini;
” Sayang nak belai adik ya? Mari mama tolong sayang belai adik…macam ni…lembut saja ya”
Kemudian jangan pula menyangka dia terus faham dan melakukan yang betul seperti yang kita mahu. Ingat anak sulung puan masih kecil walaupun dia sudah beradik.
Satu perkara yang Ibu ingin memohon sayang consider dan berbincang dengan suami; rancang kehamilan sayang. Banyak cara yang mengikut syariah boleh dilakukan. Elok kita menjarakkan anak-anak kita supaya badan boleh pulih semula dan anak-anak sempat dilayan dengan baik. Serta anda suami-isteri akan dapat memberi perhatian satu sama lain yang mengukuhkan pertalian anda suami isteri
Air nabeez ialah minuman yang diambil Nabi Muhammad SAW. Ia dikatakan dapat memulihkan tenaga, sesuai diambil ketika bersahur.
Memberikan tubuh nutrien daripada bahan semula jadi adalah perkara yang terbaik yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan.
Bagi memastikan tubuh badan kekal bertenaga ketika berpuasa, amalan pemakanan yang sihat adalah amat penting dan perlu dititikberatkan terutamanya ketika bersahur dan berbuka.
Rendaman kurma atau kismis
Amalan meminum air nabeez iaitu air rendaman kurma atau kismis dalam air masak semalaman dalam bekas yang tertutup dan kemudiannya diminum keesokkan harinya. Selain tersimpan banyak khasiat, air nabeez adalah minuman sunnah dan merupakan minuman kegemaran Rasullullah SAW.
Namun bagi ibu hamil, penting bagi anda mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan, terutama sekali yang mempunyai diabetes kerana gula dalam kurma agak tinggi.
Selain menggunakan kurma, air nabeez juga boleh disediakan menggunakan kismis.
Penyediaan air nabeez
Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan.
Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara-cara:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carikkan isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan Ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
Khasiatnya air nabeez
1. Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
2. Tinggi kandungan fiber- menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya akan pottassium- penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.
Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Seorang kanak-kanak perempuan patah tangan manakala 15 lagi rakan berusia 7 hingga 12 tahun cedera ringan apabila van sekolah yang dinaiki terbalik dekat Padang Temusu, Tikam Batu, Sungai Petani, pagi Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pemandu van berusia 50-an (lelaki) cedera ringan di bahagian kepala.
Menurutnya, maklumat awal mendapati kemalangan jam 7.40 pagi itu melibatkan sebuah van sekolah yang dalam perjalanan menghantar murid ke sekolah telah terbabas dengan sendiri ke dalam parit di bahu jalan.
“Apabila sampai di lokasi, terdapat sebuah van sekolah terbalik dan 17 mangsa yang terdiri daripada 10 kanak-kanak lelaki dan enam perempuan serta seorang pemandu van.
“Tiada yang tersepit dalam van berkenaan dan semua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.