Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman

Share

Penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan bernama Hafiza, berusia lapan tahun di kawasan ladang kelapa sawit di Bukit Intan Blok S47, Kecamatan Kelapa, Indonesia, menggemparkan warga penduduk di daerah itu.

Sebelum kejadian, mangsa, Hafiza, anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan keluar bermain dengan rakan-rakannya di kawasan ladang kelapa sawit.

Anak perempuan dari pasangan Edi Purwanto dan Zaidah itu ditemui dalam keadaan tangan terikat dan tubuh badannya dipenuhi dengan luka.

Baca:

“Saya Tak Boleh Tunggu Lama, Faktor Usia” Natasha Hudson & Suami Sedia Timang Cahaya Mata

“Sediakan Minima 3-4 Botol Susu Untuk Seorang Anak” Doktor Kongsi Punca Anak Sakit Datang Dari Botol Susu Yang Tak Bersih

Anak Masuk Hospital Ketika Bercuti Di Hatyai, Bapa Ini Kongsi Pengalaman “Bayar RM32 Sahaja”

Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), I Made Oka Astawa berkata, mayat mangsa ditemui oleh pekerja ladang kira-kira enam kilometer dari lokasi pertama mangsa dilaporkan hilang.

“Semasa diperiksa, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya diikat, badan terurai tanpa organ dalaman, malah wajahnya juga tidak dapat dikenali,” katanya.

Mayat kemudian dihantar ke unit forensik hospital berdekatan untuk dibedah siasat, kerana polis percaya mangsa meninggal dunia akibat perbuatan jenayah

Doktor berkata, mayat mangsa yang sudah mulai membusuk menyukarkan pihaknya untuk melakukan proses autopsi. Namun berdasarkan pemerhatian awal, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu.

Turut dikesan luka bekas tikaman senjata tajam. Sebahagian besar organ dalamannya juga tidak ditemui.

Polis kini sedang menunggu hasil keputusan ujian DNA bagi memastikan kanak-kanak itu adalah anak kepada pasangan Edi Purwanto dan Zaidah.

Sementara itu, Edi kelihatan pasrah dengan kejadian yang menimpa anaknya.

“Saya sedih, kenapa anak saya harus menjadi sasaran. Anak kami tak bersalah, dia tidak tahu apa-apa. Kalau ada masalah dengan kami, kenapa tak berbincang?” katanya.

Edi mendedahkan, sehari sebelum mayat anaknya ditemui, dia menerima pesanan WhatsApp dari nombor tidak dikenali yang meminta wang tebusan sebanyak 100 juta rupiah (RM29,000), dengan gambar mangsa dalam keadaan kaki dan tangan diikat, sama seperti mayat yang ditemui oleh pasukan SAR.

Sumber: Kompas

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
NuFa