Dikurniakan anak istimewa bukanlah pengakhiran untuk anda suami isteri. Sebaliknya Allah nak berikan ganjaran besar di dunia ini. Sesungguhnya anak istimewa yang kita miliki ini adalah ahli Syurga.
Percayalah anak-anak adalah anugerah, anak-anak juga ujian. Paling penting sokongan antara suami isteri dan orang sekeliling akan buatkan diri kita untuk terus rasa bersemangat dan sabar dengan ujian ini.
Bagi kalian yang dikurniakan anak istimewa, anda sememangnya hebat! Bukan hanya fokuskan pada seorang saja tetapi tetap perlu beri layanan dan perhatian pada anak-anak yang lain.
Kisah yang dikongsikan oleh seorang ayah ini, Udey Ismail mengenai anak sulungnya yang autism dan anak kedua yang normal benar-benar menjentik hati.
Ads
Walaupun di awalnya, si adik, 6 tahun seolah tak dapat terima keadaan kakak, 8 tahun yang tak bercakap dan melayannya untuk main sama-sama, namun selepas diberitahu dengan baik, tanggapan itu dah berubah. Apa yang membanggakan adik adalah hero untuk kakaknya!
Mesti antara korang kat sini membesar dengan adik, akak, abang yang istimewa kan, waktu kecik kita belum faham, even aku sendiri pun membesar dengan seorang abang yang istimewa, macam mana aku rasa, mungkin Indra akan rasa satu hari nanti terhadap kakak dia.
Pernah dia cakap dengan aku, dia tak sayang kakak, lepas tu aku tanya balik.
Ayah : kenapa Indra tak sayang kakak Indra : Sebab kakak tak boleh cakap Ayah : bukan akak tak boleh, mungkin ambik masa, kalau la kakak tak boleh cakap, kat syurga nanti pasti kakak cakap, kalau jaga kakak, Allah akan bagi kita syurga tau, kakak ni special, Indra pun special juga, kalau Indra jaga kakak dengan baik, satu hari dekat pintu syurga nanti, kakak tarik kita masuk.
Ads
Dia rasa diri kosong, sepanjang dia membesar, kakak tak pernah nak menyapa dia, nak gurau dengan dia, sedangkan orang lain boleh, tapi kakak dia tidak, sebab dia belum faham apa yang kakaknya lalui.
Bila ada anak normal selalu kena pesan, takut dia terasa hati, kenapa kakak di lebihkan, selalu kena remind, bila dah faham dia selalu cakap “hagia have autism”.
Sekarang dah nampak dia rasa, dia ada tanggungjawab, akan pimpin kakak masuk kelas, kadang beli apa-apa mesti akan selalu ingat kakak.
Ads
Apa yang jadi pada aku ni ada banyak hikmah sebenarnya, seperti aku cakap, rezeki aku dalam bentuk masa, masa selalu je dengan anak-anak, lagi satu, aku dah tak ada apa lagi yang aku nak kejar, jadi masa membesarkan anak je lah sekarang ni.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon popular, Wawa Zainal sangat teruja melihat anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar atau mesra dipanggil Attar akhirnya meminta untuk makan ayam setelah 7 tahun hanya memilih untuk makan nasi dan sup kosong sahaja.
Masalah anak memilih makanan bukan hanya terjadi kepada Wawa sahaja malah ada warga maya yang mengakui bukan mudah untuk menarik selera makan anak-anak kecil.
Video tersebut dikongsi oleh Wawa melalui instagramnya dan berharap selepas ini Attar akan meminati sayur pula.
Menurut Wawa, pada mulanya Attar masuk ke dapur dan terbau kari ayam dan apabila anak sulungnya itu mencuba ayam tersebut dia terus menyukainya dan meminta lagi untuk Wawa menyediakan menu ayam hari ini.
“Alhamdulillah after 7 years Attar dah pandai makan ayam🥺”
“Semalam masak ayam kari then kebetulan dia kat dapur. dia cakap bau sedap & dia nak try. Dan akhirnya dia pun try ayam kari semalam. Sedap katanya dan request suruh masak lagi. so harini masakkan lagi ayam untuk Attar & he loves it!”
Gembira dengan penerimaan anak sulungnya terhadap masakan ayam, Wawa menceritakan bahawa Attar sememangnya tidak menyukai ayam dan sayur-sayuran sejak kecil hinggalah besar. Attar hanya akan makan nasi dengan sup kosong sahaja. Wawa berharap agar Attar akan menyukai sayur pula selepas ini.
“Sebelum ni Attar memang makan nasi & kuah sup kosong je. Buah-buah makan jugak. Tapi sayur langsung tak nak. Hopefully lepas ni makan sayur pulak😆😆”
Wawa sempat bertanya kepada para pengikutnya di instagram jika ada yang mempunyai pengalaman sama denganya dalam menguruskan anak ‘picky eater’
“Baru dia tau betapa nikmat & lazatnya daging ayam ni🤣 korang ada tak anak macam ni jugak??”
Rata-rata warga maya tertarik dengan kecomelan anak Wawa Zainal dan ada juga yang mengalami situasi sama seperti Wawa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki Allah siapa nak duga! Tapi itulah yang berlaku pada sebuah keluarga di Melaka apabila menerima kehadiran seorang bayi perempun yang dianggap oleh mereka ‘bayi ajaib’ kerana tersorok disebalik dua ketumbuhan dalam perut ibunya.
Melalui laporan Harian Metro, kehadiran bayi yang dilahirkan pada 19 Jun lalu dengan selamat langsung tidak disangka kerana ibunya tidak pernah menyedari kehamilan tersebut sehinggalah tiba hari untuk membuat pembedahan membuang dua ketumbuhan dalam perut.
Tak sangka mengandung lagi!
Bercerita mengenai kehadiran bayi perempuan yang dinamakan Nur Iman Amani Widodo ini, ibu bayi tersebut Sanisah Abu Bakar, 45, anggap ini semua rahsia Allah dan rezeki untuknya sekeluarga selepas mempunyai lima orang anak sebelum ini.
“Segalanya bermula apabila ahli keluarga ingatkan saya menghidap ketumbuhan dalam perut yang menyebabkan perut sering berasa sakit.
“Namun tak sangka, dalam masa sama mengandungkan seorang anak yang cukup sifatnya,” kongsi Sanisah.
Scan tak nampak bayi, hanya dua ketumbuhan
Suami Sanisah, Widodo Sinasim, 47, berkata, dia tidak menyangka isterinya hamil sehinggalah Sanisah mengadu mengalami kesakitan yang tidak tertanggung minggu lalu.
“Doktor di Hospital Melaka memang ada melakukan ujian imbasan, tetapi tidak dapat mengesan ada bayi dalam perut isteri saya sebelum ini. Apa yang dikesan hanyalah dua ketumbuhan.
“Doktor melakukan pembedahan dan berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 500 dan 800 gram.
Bagaimanapun dalam masa sama ketika proses membuang ketumbuhan itulah, doktor terkejut apabila mendapati ada bayi dalam perut isteri lalu menyelamatkan anak itu daripada perkara tidak diingini,” katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin di kediamannya di Kampung Kuala Linggi.
Widodo bagaimanapun berkata, beliau, isteri dan lima anak mereka berusia enam hingga 19 tahun menyambut kehadiran bayi itu dengan penuh kesyukuran dan menganggapnya sebagai keajaiban kerana tiada siapa menjangkakan kehadirannya.
Ramai yang tidak menjangkakan wabak COVID-19 ini mengubah kehidupan seluruh rakyat di dunia. Jika sebelum ini susah sekalipun tetap boleh keluar mencari rezeki untuk dinikmati bersama ahli keluarga.
Namun dah hampir 2 tahun keadaan ini seolah-olah seperti tiada penamatnya dan rakyat semakin dihimpit dengan masalah kewangan kerana tidak dapat mencari rezeki seperti biasa bagi meneruskan kehidupan. Lagi sedih bila melibatkan anak-anak yang kecil dan belum mengerti apa-apa.
Malah kehidupan anak-anak kita sekarang pun seolah terbatas dek kerana ‘dikurung’ dalam rumah atas faktor keselamatan dan kesihatan. Namun pernah tak terfikir, disebalik kesusahan yang kita lalui, ada insan-insan yang begitu ‘strugle’ meneruskan kehidupan.
Melalui apa yang dikongsikan di instagram Dura_inlove, benar-benar sayu melihat pengorbanan seorang ibu bersama anak kecil mencari rezeki demi sesuap nasi.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita memegang sambil mengangkat sepanduk bertulis “Hi Assalamualaikum & Salam Sejahtera, sy menjual tisu & face mask” tiap kali nampak kenderaan lalu sambil membawa anak kecil yang diletakkan dalam stroller.
Nampak kesungguhan wanita ini yang sanggup berpanas untuk memastikan kelangsungan hidup. Sebak melihat reaksi ibu ini apabila menerima wang jualan yang dihulurkan oleh salah seorang pembeli.
Difahamkan lokasi dua beranak ini mencari rezeki adalah di T- Junction lampu isyarat Jalan U-Thant, Kuala Lumpur.
Walaupun rakaman video tersebut sekejap, cukup buatkan sesiapa saja sebak kerana wanita dan anaknya itu hanya berpayungkan langit berdiri ditepi jalan mengharapkan jualan mereka dibeli.
“Mata masuk habuk”
Manakala anak yang tidak tahu apa-apa itu juga hanya melihat ke kanan dan kiri situasi yang berlaku.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat apa yang berlaku ketika ini disebabkan keadaan pandemik sekarang dan ada juga yang ingin berjumpa wanita tersebut untuk menghulurkan bantuan. Moga urusan kita semua dipermudahkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 8,909 pelajar berjaya ditawarkan ke 56 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara bagi kemasukan sesi 2025.Pengerusi Majlis Amanah Raya (Mara), Datuk...