Jika diantara kita memilih untuk membawa anak menikmati bunga api penuh bercahaya di malam tahun baru, lain pula kisahnya dengan pasangan selebriti ini, Johan dan Ozlynn Waty yang memilih untuk berkumpul bersama ahli keluarga.
Tidak hanya makan-makan bersama keluarga, bahkan paling dipuji kesemua mereka berjemaah dan bertazkirah yang diketuai oleh Johan.
Aktiviti sebegini dalam keluarga seharusnya dipuji. Bukan sahaja mengeratkan silaturrahim bersama anak-anak dan keluarga bahkan rohani juga seiring. Hebat!
Kongsi Ozlyn menerusi kapsyennya, malam tahun baru itu diisi dengan bercerita mengenai kebesaran Allah dan kemudiannya disusuli dengan bermaaf-maafan sesama keluarga.
“Malam new year kita berkumpul, buat harfiah. Sesambil bercerita tentang kebesaran Allah S.W.T, membuatkan kami semua lebih bersyukur atas nikmat yang Allah pinjamkan (keluarga).
“Selepas solat kita tengok semua bermaafan, mana yang tak biasa kita biasakan. Pelan-pelan kayuh bak kata papa.
“Nak melakukan perubahan yang baik kelilinglah dengan orang yang baik-baik. Kalau ada sorang dua yang tak baik pun kita boleh pelan-pelan, sama-sama ajak berbuat baik.
“Selalu papa pesan, jangan pandang serong luaran orang kalau tak kenal. Sebab tu kalau dalam media sosial papa selalu pesan, kalau orang tu boleh buat you rasa tak happy, unfollow terus atau block. Kalau tak kenal jangan berlebih-lebihan bercakap takut sampai jatuh fitnah,” kongsinya.
Tidak hanya berkumpul dan makan-makan, aktiviti malam hari diteruskan dengan pelbagai aktiviti sebagai bonding sesama keluarga.
Kongsi Ozlynn lagi, Johan dan ahli keluarga lelaki menghabiskan masa bermain snooker, manakala geng perempuan pula keluar membeli belah dan masak-masak keesokkan harinya.
“Bersyukur ada keluarga yang sentiasa support. Haaaa lepas habis urusan akhirat kami teruskan kehidupan duniawi pulak. Kita makan-makan, buat bbq.
“Habis melantak kaum adam ajak abah pergi main snooker. Nasib boleh bangun subuh, kalau tak memang last la korang pergi tempat tu.
“So esoknya kami kaum hawa main masak-masaj pulak. Alhamdulillah atas rezeki yang ada, berkongsi sorang sikit.
“Shopping jalan-jalan menghabiskan tahun 2022 untuk tahun 2023. Moga tahun 2023 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua aamin,” kongsinya lagi.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, perkongsian video pendek pasangan ini sudah pastinya dipuji ramai. Malah ramai yang cukup sukakan didikan pasangan ini buat anak-anak mereka dan keluarga. Seharusnya dicontohi.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI