Keibubapaan

“Aduhai Berketak-Ketak” Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Share

Diam tak diam, anak pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal kini sudah pun hampir berusia tiga bulan.

Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari yang lalu akan berusia tiga bulan pada 29 April ini. Menghampiri usianya baru tiga bulan, Bilal menunjukkan perkembangan yang cukup baik bila mana kini sedang berusaha untuk meniarap.

Melalui Insta Story Neelofa, usahawan yang cukup disegani ramai ini turut memuat naik video Bilal yang kini sudah hampir pandai meniarap.

“Bilal nak pandai meniarap dah ni,” tulis Neelofa di dalam videonya.

Melalui video yang dikongsikan olehnya, Bilal dilihat sudah pun menggerakkan kakinya untuk memusingkan badannya ke posisi meniarap.

Video yang sama turut dimuat naik semula di akaun Instagram peminat Neelofa. Bukan saja teruja melihat perkembangan Bilal bahkan peminat tidak putus-putus mengharap untuk menatap wajah Bilal.

“MashaAllah dah pandai meniarap dah Bilal sayang.”

“Ya Allah. Geram nyaaaa.”

“MasyaAllah 😍 happy nyaaaa, Alhamdulillah 🤲🏻🤍 suara happy Bilal dapat meniarap.”

“Aduhai..berketak-ketak. Geram aunty tengok Bilal ni.”

Dalam pada itu, pengikut setia ibu cantik manis ini amat ternanti-nanti perkongsian gambar keluarga kecil ini di Hari Raya nanti. Pasti wajah Bilal yang dinantikan bakal dikongsikan Neelofa.

Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM