Adunan Sama Dapat 3 Jenis Cookies Ala Famous Amos, Rasa Berbeza & Mewah Patutlah Cecah 35K ‘Share’

Share

Antara biskut yang paling popular di negara kita dapati ialah cookies ala famous amos. Biskut ini diperbuat daripada bahan-bahan yang amat ringkas iaitu mentega, tepung gandum, gula dan juga chocolate chip.

Memang mudah disediakan, jom ikuti perkongsian resepi ini.

Saya try buat 3 jenis cookies dengan pakai bancuhan tepung yang sama..alhamdulillah menjadi 😍

Baca Juga:

Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini

Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’

Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya

RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS

(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)

🍪 Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.

* 250 gram Butter (nak sedap pakai pure butter) cth: lurpak
* 1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1 biji telur gred A

Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.

🍪Tambahkan Bahan B
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung jagung
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 6 sudu besar minyak

🍪Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan..

1) RED VELVET COOKIES

  • letak 1sdk serbuk koko
  • letak 2sdb pewarna redvelvet emulco
  • untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dgn butterscotch chip (pakai yang mana ada je..😅)

2) CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES

  • just tambahkan topping dia ja callebaut coin tu dgn nestum..

3) CHOCOLATE ALMOND COOKIES

  • letak serbuk koko dalam 4 sudu (callebaut cocoa powder)
  • letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa2 yg korang suka ok)😉
    Seterusnya….

🍪 Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1jam..
Kemudian….

🍪 Sedia Dibakar
Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.

🍪Masukkan Dalam Oven
Bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

selamat mencuba 🥰

Kredit: Nadirah Mahamad

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa