Penantian selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata berakhir apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Hanya NamaMu, Azmi Saat selamat menimang cahaya mata lelaki di sebuah hospital swasta pagi tadi (27 September).
Menerusi perkongsian di laman Instagram, ahli kumpulan Caliph Buskers itu meluahkan rasa syukur apabila proses bersalin isterinya, Nazirah Muhammad secara pembedahan itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.
“Moga saya dapat menjadi ayah yang baik..”
Menurut Azmi, dia berharap dapat menjadi bapa yang baik kepada zuriat yang dinanti-nantikannya selama ini dan berterima kasih atas doa daripada orang ramai buat keluarga kecilnya.
“Alhamdulillah. Pukul 9:09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia. Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby.
“Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus buat kami sekeluarga,” kongsinya.
Ads
Lebih istimewa dan bermakna apabila kelahiran bayi lelaki sama dengan ulang tahun kelahiran Azmi yang ke-34 hari ini, sekali gus berkongsi tarikh hari jadi sama dengan anak sulungnya.
Sebelum ini Azmi dah bersepakat dengan isteri untuk memilih nama Afnan buat bayi lelakinya itu dan berharap dapat membesar menjadi insan yang berjaya dunia akhirat serta diberi kesihatan yang baik sepanjang masa.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan pengikutnya mengambil peluang mengucapkan tahniah serta bersyukur atas kehadiran cahaya mata berkenaan.
Alhamdulillah.. tahniah
Ads
Moga membesar menjadi kebanggaan keluarga
Sebelum ini, Azmi dan isteri yang mempunyai masalah penglihatan berkahwin pada 2011 itu sanggup menggunakan duit simpanan untuk menampung kos bersalin isteri di hospital swasta semata-mata untuk memberi semangat dan menemani Nazirah demi zuriat pertama mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ajal maut itu semua ditangan Yang Maha Esa, kita manusia hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang tentukan. Seorang ibu yang didiagnoskan dengan sakit kanser pada tahun lalu dan telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang ada. Namun risau dengan kesihatan diri yang kadang tidak menentu Liz Masnon mempunyai anak ADHD yang cukup aktif dan bukan menjurus kepada aktiviti ilmiah punya cara tersendiri dalam menangani anak lelakinya yang mempunyai sindrom ADHD.
Attention deficit hyperactivity disorder ataupun lebih dikenali sebagai ADHD, merupakan sebuah sindrom yang sering terjadi terhadap golongan kanak-kanak. ADHD mempunyai tiga keadaan iaitu kurang daya tumpuan, aktif melampau dan terlalu menurut kehendak hati. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ADHD mempunyai tingkah laku yang sukar dikawal. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk perkembangan mereka.
Dalam perkongsiannya menerusi laman Facebook, wanita tersebut berkongsi pendekatan yang digunakan untuk mengawal dan membentuk perkembangan diri anaknya yang hyper aktif.
“Hi semua.
“Dah lama tak kongsi cerita kat sini. Kepada ibu bapa yang merasakan cukup stress dengan anak ADHD, bersyukurlah kerana diberi kudrat yg kuat untuk menjaganya.
“Pada Febuari tahun ini saya disahkan sakit kanser dan telah menjalani operation membuang ketumbuhan itu pada April tahun ini dan selesai rawatan radioterapi pada akhir Ogos lepas. Sejak itu, badan saya sentiasa sakit dan keletihan selain mengalami komplikasi kesan sampingan radioterapi tersebut.
“Sejak itu juga saya rasa saya dah tak banyak masa lagi dengan keluarga. Itulah mulanya titik tolak perubahan saya. Saya rasa saya perlu corak masa depan yg baik utk anak saya.
“Saya melihat fizikal anak saya kuat begitu juga mental tetapi dia tidak menjurus ke arah aktiviti ilmiah.
“Jadi setiap minggu saya bawa dia main bowling seperti diminta. Saya berikan sokongan terhadap aktiviti kegemarannya. Cuma dia sukar menerima realiti kalau dia kalah tapi saya cuba motivate dia… Saya kata “takpe cuba lagi. Tengok mama dah tua pun dapat score sikit je”. I have to construct my failure to satisfy him. Cubaan memujuk dia sertai Tae Kwondo belum berjaya. Puas memujuk. Harap tak ketandusan idea.
“Selain itu, dia suka berenang dan mendaki gunung. Letih atau tidak, terpaksa melayan kehendak dia. Syukurlah kakaknya ada membantu melayan adik dia.
“Seharian beriadah pun tenaga masih banyak. Walaupun dalam keadaan sakit, saya layankan juga kehendak dia supaya dia tak memberontak.
“Sekarang, saya sibuk mencari kelas-kelas tuition membaca BM, English, Jawi dan sebagainya untuk dia supaya tak ketinggalan dalam ilmu pelajaran dan mempunyai masa depan yang baik.
Semoga Allah beri kesembuhan total pada saya demi masa depan anak-anak.”
Ada beberapa siri perkongsian yang dibuat oleh Liz Masnon. Menerusi perkongsiannya yang lain wanita ini turut menyatakan cara yang dibuat untuk anaknya itu
Ajak Anak buat sesuatu
“Assalam semua. Orang kata anak saya ADHD. Saya tak pernah check walaupun nampak ciri-ciri tu. Dulu saya tak boleh terima sikap dia yang tak suka membaca dan kuat bermain. Saya cuba menukar pandangan saya pada dia budak yang aktif, berkemahiran lain dan suka aktiviti fizikal jadi saya banyak habiskan masa di luar, berkorban bajet utk kemahiran dan menghabiskan tenaga dia walaupun yang habis tu lebih kepada masa, tenaga dan wang saya. Tapi tenaga dia tetap banyak. Saya lebih banyak berlembut, tidak terlalu melayan amarah dia dan cuba distract dia dari bosan dan mengamuk.
“Lebih banyak peluk, luahkan perasaan kasih sayang, harapan masa depan, dan cita-cita. Sebenarnya dia mendengar waima macam tak dengar. Alhamdulillah, dia sekarang dah pandai simpan duit berbanding dulu semua dia nak beli. Saya beritahu the worst thing that could happen dengan tindakan dia to prevent. Setiap minggu saya sediakan hidangan untuk fizikal. Sebelum dia tantrum, saya dah plan macam mana nak sejukkan hati dia. Distract dia daripada apa yang dia plan yang tak mampu kita bagi.
“Bila dia nak mengamuk je saya pun ajak dia buat sesuatu…”haa jom esok kita mandi kolam/main basikal/mewarna/lumba lari/memanah/naik kuda” etc. kalau dia taknak juga.. kena fikir apa yg boleh buatkan dia kalah. contohnya “jom la.. ajak kawan pegi sekali. kita lawan siapa menang. siapa kalah dia kena belanja minum”. Dulu saya selalu marah-marah bila dia malas belajar dan membaca waima hanya 5 minit. tapi sekarang saya lebih banyak bersabar dan menerima keadaan dia dan cuba melengkapi dia dgn aktiviti berfaedah supaya bila besar nanti dua2 pihak tidak menyesal.”
Mama Bagi Hadiah
“Saya beri kelonggaran. Saya kata, kalau tak nak belajar dekat rumah, dekat sekolah kena fokus dengan apa yang cikgu cakap, kalau belajar pandai baru la kacak. Dulu saya selalu kata jangan hempas pintu. Sekarang saya selalu kata “kalau (nama dia) tak mengamuk dan bersikap baik, nanti mama bagi hadiah tapi kena tunggu mama dapat gaji dulu. Kadang-kadang bila dia mengamuk, saya cuba peluk dan geletek dia. Akhirnya dia ketawa dan cool down. Cuba lah. Tak perlu berbelanja besar, kut kemampuan masing-masing.
“Dulu selalu bergaduh kalau nak bawa dia ke klinik, gunting rambut etc. Dia selalu taknak dan mengamuk sebab saya selalu beritau dia dulu sebelum bawa dia ke tempat tu. Sekarang saya bawa je tanpa beritau dia. Kalau dia mengamuk sebab tiba-tiba sampaiklinik, saya kata saya yang nak jumpa doktor sebab saya sakit. Dia tanya kenapa bagi ic dia, saya kata memang la doktor nak tengok ic anak kita sekali. Kalau dah terkantoi tu, barulah saya cakap doktor baik la.
“Kalau sakit makin teruk nanti kena masuk hospital, kena inject, cucuk jarum, kena bedah nanti lagi teruk. Siapa nak jaga dekat hospital. Mama nak kerja, nak kumpul duit belikan (nama dia) hadiah untuk tenangkan dia. Kalau dia mengamuk tak nak gunting rambut pun saya tak layan dia tapi saya cari idea supaya saya menang. Saya tunjukkan gambar-gambar style potongan rambut supaya dia nampak kacak. Saya cakap kalau potong macam ni nanti mesti nampak kacak dekat “sekolah. Kena banyak cari idea untuk distract dia daripada kemahuan dia dengan benda yang dalam kemampuan kita dan kena tunjukkan yang ianya menyeronokkan.”
Semoga Allah kurniakan kesihatan total buat wanita ini untuk masa depan dirinya dan anak-anak tersayang. Amin!
Ibu bapa perlu tahu cara yang betul ketika menjaga tali pusat anak sebelum tertanggal. Penjagaan yang betul amat penting untuk mengelakkan tali pusat anak terkena jangkitan kuman.
Doktor Taufiq Razif berkongsi tentang cara-cara menjaga saki baki tali pusat anak dengan cara yang betul dan kenal pasti jangkitan yang berlaku. Ilmu ini wajib ibu bapa tahu untuk elak sebarang komplikasi yang boleh berlaku. Ikuti perkongsian ini;
SEMUA MAK AYAH KENA TAHU ILMU TENTANG TALI PUSAT NI
Gambar tali pusat anak saya yang berumur 10 hari.
Ni saya nak kongsi ilmu nak tahu tempat tali pusat baby kita tu ada jangkitan ke tak. Cuba tengok di bahagian perlekatan tali pusat tu:
Ada tak merah merah
Ada tak bengkak
Ada tak nanah atau cairan keluar
Tali pusat tu berbau busuk ke tak
Bayi demam ke tak
Bayi nampak lemah dan taknak menyusu ke tak
Kalau TAKDE, Alhamdulillah tapi kalau ADA, kena pergi periksa cepat-cepat. Ada kemungkinan tali pusat tu dah kena jangkitan.
Ni ada beberapa benda yang kita TAK BOLEH buat supaya tali pusat anak kita tu tak kena jangkitan.
Jangan pakaikan pampers sampai tutup bahagian tali pusat anak kita. Kencing dan najis anak kita boleh kena tempat tu dan mengakibatkan jangkitan.
Jangan letak ubat entah apa-apa kecuali ubat yang disediakan oleh hospital.
Jangan sentuh bahagian tali pusat tu tanpa cuci tangan dulu. Kita tak tahu kuman jenis apa yang tengah berkeliaran di tangan kita. Sistem imun bayi kita tak sekuat orang dewasa.
Jangan paksa paksa tali pusat tu untuk tanggal cepat cepat. Tali pusat tu akan luruh sendiri. Biasanya dalam 3-10 hari. Kalau 3 minggu tak luruh lagi cepat cepat pergi jumpa doktor.
Jangan mudah percaya benda pelik-pelik yang tak ada dalam agama tentang tali pusat anak kita yang dah luruh tu.
Bukan mudah untuk melahirkan anak. Prosesnya tidak senang tetapi demi anak tersayang, si ibu sanggup berdepan dengan apa saja jenis kesakitan. Sementara menunggu bukaan ‘jalan’, sakit kontraksi itu bagaikan tidak tertanggung. Ketika inilah suami perlu memainkan peranannya.
Seperti yang dilakukan oleh suami yang berasal dari Hainan, China ini ketika dia membantu si isteri melalui proses bersalin anak mereka. Mr. Wang merupakan seorang guru menari membuat persembahan tarian tradisional dalam bilik bersalin.
Dikatakan isterinya mahu melahirkan untuk pertama kalinya dan proses bersalin buatnya sedikit sukar. Pada ketika itu juga isterinya dilaporkan sangat gementar untuk melalui proses tersebut. Dek sebab itu, Mr. Wang mengambil inisiatif untuk mengalih perhatian isterinya dengan membuat persembahan tarian itu sehingga si isteri berjaya melahirkan anak mereka.