Penyanyi Loca B, isteri kepada penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju mendedahkan anak keduanya, Bintang Aiko didiagnosis gastrosis sejak dalam kandungannya lagi menerusi perkongsian dalam Instagramnya beberapa hari yang lalu.
Loca memaklumkan bahawa bayi perempuannya itu didiagnosis dengan penyakit tersebut sejak awal kehamilan.
Gastrosis merupakan kecacatan pada dinding abdomen yang menyebabkan usus bayi berada di luar perut tanpa lapisan pelindungan.
“Doktor cakap setiap enam ke lapan bulan akan ada satu kes. Kes yang lebih teruk apabila bayi akan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan akhirnya mereka tidak berjaya untuk diselamatkan.
“Jadi saya telah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Sebab itu saya tidak mahu membeli banyak pakaian bayi kerana bimbang akan berakhir dengan emosi yang berat.
“Kami hanya membeli kerusi bayi sehari sebelum Bintang dibenarkan pulang dari hospital,” luahnya pada ruangan kapsyen hantaran video tersebut.
Ads
Dalam perkongsian tersebut juga, Loca B turut memaparkan keadaan bayinya yang didiagnos penyakit gastrosis itu.
Ibu yang masih dalam tempoh berpantang ketika itu juga berulang alik ke hospital setiap hari selama tiga minggu berturut-turut.
“Agak sukar apabila terpaksa melihat jarum dan tiub yang berselirat di tubuhnya, tapi NICU adalah tempat terbaik untuk dia.
Ads
“ Saya bersyukur dan berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat Bintang,” katanya lagi.
Apa yang dilalui dianggap sebagai ujian dan dugaan, apa yang berlaku menjadi pengajaran dalam kehidupan mereka. Namun mereka bersyukur kerana mendapat sokongan yang positif daripada orang sekeliling.
“Alhamdullilah Bintang Sembuh dengan cepat dan berada dalam keadaan baik.
Ads
“Ketika hendak meninggalkan NICU, jururawat ingin mengambil gambar Bintang.
“Kami bersyukur dapat membawa pulang bayi kami ke rumah,” ujarnya lagi
Semoga Bintang terus dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar normal seperti kanak-kanak yang lain.
Sumber: IG Loca B & Kosmo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penularan wabak Novel Coronovirus kini semakin meruncing. Setiap hari jumlah individu yang dijangkiti semakin meningkat, malah jumlah kematian juga menunjukkan angka yang membimbangkan terutamanya di negara China.
Menerusi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 9 Februari 2020, 12 tengah hari sebanyak 40,160 kes dicatatkan di seluruh dunia yang melibatkan 25 negara dengan jumlah kematian 906.
Malaysia turut mendapat tempias dengan mencatatkan sebanyak 17 kes positif virus ini dengan 18 kes masih menunggu keputusan dari makmal. Namun dua daripada kes yang ada di Malaysia sudah disahkan pulih sepenuhnya.
Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga perlu diteruskan supaya penularan wabak ini dapat dibendung daripada terus menjangkiti rakyat di negara kita. Prihatin dengan situasi penularan wabak Novel Coronavirus (2019-NCoV) yang boleh menjangkiti orang sekitar melalui cecair saluran pernafasan dan juga melalui udara, seorang lelaki Mustaqim Kumar Abdullah Sooria membersihkan Kawasan-kawasan permainan yang ada di sekitar Kawasan Bukit Jelutong U8, Shah Alam.
Gambar-gambar lelaki ini fokus sedang membersihkan taman permainan di sekitar Kawasan Bukit Jelutong itu tular di media sosial. Usaha murni lelaki ini mendapat pujian ramai namun dia kesal kerana ada segelitir orang ramai yang mentertawakan usahanya itu.
Menurut Mustaqim, apa yang dibuat adalah secara sukarela dengan niat untuk membantu masyarakat di Kawasan tersebut supaya tidak memandang rendah dengan virus tersebut. Dengan berbuat demikian dia berharap agar kanak-kanak yang tinggal di Kawasan tersebut tidak dijangkiti virus berkenaan yang sedang menyerang puluhan ribu orang di seluruh dunia.
Meskipun ditertawakan, usaha Mustaqim mendapat pujian warga net. Ramai yang memuji keprihatinan lelaki ini dan mendoakan yang terbaik atas usaha yang dibuat olehnya.
Apa yang dilakukan oleh Mustaqim ini memang wajar dapat pujian dan seharusnya orang ramai turut Bersama-sama berganding bahu dalam membendung penularan wabak virus yang merbahaya itu. Sekurang-kurangnya usaha yang dilakukan ini dapat membantu mengurangkan risiko penularan virus tersebut.
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan buat ibu mengandung. Sudah tentu ibu akan tertanya-tanya bila akan bersalin dan bagaiman keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya, tetapi situasi ini sering berlaku. Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
Seandainya usia kandungan anda mencecah 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Ketika ini, doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi serta saiznya. Bukaan serviks si ibu juga akan diperiksa untuk melihat sama ada sudah bersedia untuk proses bersalin atau tidak.
Faktor Yang Menyebabkan Kelahiran Overdue
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin biasanya terjadi kepada ibu yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Tidak pasti tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum hamil
Ini sering berlaku, ibu tidak membuat catatan tentang tarikh kedatangan haid dan menyebabkan ketika hamil, doktor tidak dapat memberi tarikh jangkaan bersalin yang tepat kepada mereka.
Oleh itu, ibu yang mahu mengandung disarankan untuk menyimpan rekod kedatangan haid agar doktor mudah untuk merujuk tarikh itu dan meberi tarikh jangkaan yang tepat atau tidak ‘lari’ jauh dari hari bersalin.
2. Kehamilan pertama
Ibu yang mengandungkan anak pertama biasanya tidak arif tentang hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. Ini boleh menjadi sebab kelahiran sedikit lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
3. Sejarah Overdue
Jika ibu tersebut pernah melahirkan anak terlewat dari tarikh jangkaan bersalin, tidak mustahil situasi ini akan berulang pada kelahiran yang seterusnya.
4. Hamil Bayi Lelaki
5. Ibu Menghidap Obesiti
Buat ibi hamil yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, masalah kelahiran overdue boleh berlaku.
6. Bayi Bermasalah
Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Jika ibu hamil mengalami kandungan overdue, doktor akan menyarankan agar ibu diberi indius. Proses indius dilakukan dengan dua cara berlainan, bergantung kepada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Kaedah indius akan ditentukan sama ada ibu diberi indius yang menggunakan ubat-ubatan mahupun alat-alatan.
Pemilihan ubat ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim:
1. Prostaglandin
Ia merupakan sejenis hormon yang dimasukkan melalui vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
2. Oxytocin atau pitocin
Ia diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Salah satu cara induksi yang lain adalah membrane sweeping yang boleh dibuat jika ibu hamil daripada minggu ke 38 ke atas. Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Adakah overdue berbahaya?
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1. Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
2. Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3. Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami sindrom ‘aspirasi mekonium’ yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke 40.
4. Bayi mati dalam kandungan
5. Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6. Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7. Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dilihat pada perwatakan aktif si kecil yang bernama Qaiser Ali Naim ini pasti tiada siapa yang menyangka bahawa anak ini sedang bertarung dengan penyakit kanser pada kedua belah matanya atau secara saintifiknya dikenali sebagai Bilateral Retinoblastoma.
Menerusi perkongsian ibunya yang menggunakan nama Yunyun Nisa’ Khairunnisa di laman Facebook, wanita ini berkongsi keadaan anaknya yang baru berusia setahun lebih. Tak dapat betapa kuatnya si kecil Qaiser melawan kanser yang ada walaupun usianya masih lagi kecil.
Menurut ibunya, kanser yang dialami oleh Qaiser mula dikesan ketika umurnya baru lapan bulan, dan ketika setahun mata kiri Qaiser terpaksa dibuang kerana kanser tersebut.
Dalam laman facebook milik ibunya itu juga, dia sentiasa mengemaskini perkembangan terbaru Qaiser yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser yang sedang dihidapinya itu.
Bismillahirrahmanirrahim,
2 minggu lepas, Pakar peads onco bgtau yg dia tidak berpuas hati dengan kanser yg berada di dalam mata kanan Qaiser Ali Naim. Doc cakap..after 4 cycle ni, if kanser still aggressive..doc takkan tambah cycle chemo lagi dan demi untuk selamatkan nyawa Qaiser Ali Naim..doc terpaksa remove satu2 nya mata yang Qaiser Ali Naim ada😭😭😭
After that, jumaat lepas Qaiser Ali Naim EUA utk chemo cycle 7. Seharian anakanda bonda menangis sbb lapar. Nak buat macamna..awak puasa. Berdebar bonda tunggu result IAC 2minggu lepas. Lepas hampir 1jam dalam OT..nama Qaiser Ali Naim kena panggil. Bonda berlari tak cukup simen p kat misi..misi bagitau doc nak jumpa dalam bilik kaunseling. ye, dalam bilik ni la bonda nangis tak abis2 ngenangkan Pakar bgtau yang depa nak buangmata kiri Qaiser 5bln lepas. But, this time..bonda dah kuat sikit. Masuk je bilik tu..doc bg salam n suruh duduk.
“Assalamualaikum ibu, kita dah tengok mata Qaiser tadi..berita baiknya tak ada anak2 kanser yang tumbuh dan kanser tu tak makin membesar..kanser tu statik ye ibu (Alhamdulillah..YaAllah..bonda dah nangis) Berita tak baiknya..kanser tu still there..size besar macam dulu dan kalau dilihat..kanser tu dah menutupi titik peka Mata Qaiser Ali Naim..maksud kat situ..kalau tertutup..Qaiser xkan nampak..blindness..(bonda nangis lagi)..tapi..tapi..Qaiser kat rumah macamna ye ibu?? bonda cakap..YaAllah doc, Qaiser acting like kanak2 normal lain..dia respon. Bonda buka fon n tunjuk dengan doc semua video Qaiser..doc speechless..doc cakap..maksudnya Qaiser ada vision. Allahhuakhbar. Plan pakar sekarang..mereka akan teruskan sistemic chemo..IAC hold dulu. Tunggu 27/3 ni untuk plan seterusnya.
Dah Mula Ketuk Kepala Tahan Sakit
Sekarang Ni, Qaiser Ali Naim dah mula ketuk2 kepala dia belah kanan..YaAllah, mesti mata dia sakit😭😭😭
Semoga si kecil ini terus kuat untuk melawan penyakit kanser yang dihidapi dan semoga keluarganya juga terus tabah melalui ujian yang diberikan Allah. Terus doakan Qaiser supaya dipermudahkan segala rawatan dan diberi kesembuhan untuknya.