“Agak Sukar Terpaksa Melihat Jarum & Tiub Berselirat,” Loca B Syukur Bintang Aiko Akhirnya Bebas Gastrosis

Share

Penyanyi Loca B, isteri kepada penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju mendedahkan anak keduanya, Bintang Aiko didiagnosis gastrosis sejak dalam kandungannya lagi menerusi perkongsian dalam Instagramnya beberapa hari yang lalu.

Loca memaklumkan bahawa bayi perempuannya itu didiagnosis dengan penyakit tersebut sejak awal kehamilan.

Gastrosis merupakan kecacatan pada dinding abdomen yang menyebabkan usus bayi berada di luar perut tanpa lapisan pelindungan.

“Doktor cakap setiap enam ke lapan bulan akan ada satu kes. Kes yang lebih teruk apabila bayi akan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan akhirnya mereka tidak berjaya untuk diselamatkan.

“Jadi saya telah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Sebab itu saya tidak mahu membeli banyak pakaian bayi kerana bimbang akan berakhir dengan emosi yang berat.

“Kami hanya membeli kerusi bayi sehari sebelum Bintang dibenarkan pulang dari hospital,” luahnya pada ruangan kapsyen hantaran video tersebut.

Dalam perkongsian tersebut juga, Loca B turut memaparkan keadaan bayinya yang didiagnos penyakit gastrosis itu.

Ibu yang masih dalam tempoh berpantang ketika itu juga berulang alik ke hospital setiap hari selama tiga minggu berturut-turut.

“Agak sukar apabila terpaksa melihat jarum dan tiub yang berselirat di tubuhnya, tapi NICU adalah tempat terbaik untuk dia.

“ Saya bersyukur dan berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat Bintang,” katanya lagi.

Apa yang dilalui dianggap sebagai ujian dan dugaan, apa yang berlaku menjadi pengajaran dalam kehidupan mereka. Namun mereka bersyukur kerana mendapat sokongan yang positif daripada orang sekeliling.

“Alhamdullilah Bintang Sembuh dengan cepat dan berada dalam keadaan baik.

“Ketika hendak meninggalkan NICU, jururawat ingin mengambil gambar Bintang.

“Kami bersyukur dapat membawa pulang bayi kami ke rumah,” ujarnya lagi

 

Semoga Bintang terus dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar normal seperti kanak-kanak yang lain.

Sumber: IG Loca B & Kosmo

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SAHR