Selain menyediakan menu utama seperti nasi, ketupat, rendang dan sate sempena jamuan Hari Raya, mesti kita tidak terlepas dengan menu pemanis mulut juga dijadikan hidangan untuk para tetamu. Paling mudah sekali untuk dihidangkan adalah agar-agar yang boleh dibuat dengan cepat! Jadi, ada tak resepi agar-agar yang menarik untuk dicuba?
Mestilah ada. Tak payah susah susah cari pemanis mulut di luar, anda boleh buat agar-agar ini sahaja dan pastinya akan dipuji oleh tetamu yang datang ke rumah. Juadah pencuci mulut yang begitu mudah untuk disediakan dan bahan-bahan mudah didapati.
Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap. Cuma perlu diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cari akan berketul-ketul dan teksturnya menjadi tidak cantik. Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Noor Fatin Hazwani di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI AGAR- AGAR
Alhamdulillah
Dengan jayanya siap agar- agar untuk jamuan raya suami tercinta jam 1.30 pagi.
Yelah, dah ada baby kecil memang perlu tunggu baby tidur dulu.
Nah resipi, ni untuk 70 bekas ya.
Bahan- bahan:
– 3 setengah bungkus agar- agar tali
– Sukatan air ikut penyediaan pada plastic agar- agar
– Gula batu ½ cawan
– Susu cair 2 tin
– Susu pekat 1 tin
– Kek butter 200gram (kalau takde ganti dengan roti keping dalam 5 keping)
– Pewarna ros dan hijau epal
– Essence vanilla
– Biji selasih
Cara- cara:
Lapisan hijau:
• Masak 1 bungkus agar- agar tali tu dengan sukatan air yang betul, gula batudan setengah tin susu pekat, kemudian masukkan kek butter @ roti 2- 3 keping (yang direndam dengan 1 tin susu cair) kemudian letak pewarna hijau dan layerkan dalam bekas pudding.
Lapisan putih:
• Sambal tunggu lapisan hijau sedikit keras, buat lapisan putih ulangi langkah yang sama macam lapisan hijau. Cuma kali ini letak vanilla essence. Dan lapis dalam bekas.
Lapisan merah:
• Masak agar- agar tali bersama gula batu dan kemudian letak pewarna rose, saya guna cordial rose. Yang ni tak perlu letak kek atau susu ya. Nak plain je. Lepastu masukkan biji selasih yang dah direndam air panas, kemudian lapis.
Langkah macam cerewet tapi kejap je siap.
Baca Juga:
Nasi Impit Goreng, Hidangan Sarapan Pagi Buat Seisi Keluarga!
Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!
Sangat mudah nak sediakan agar- agar ni. Bahan senang dapat dan agak murah. Semoga bemanfaat dan selamat mencuba!