
Pastinya dalam keadaan sekarang terdetik kerisauan dalam hati ibu bapa yang bekerja setiap kali nak hantar anak-anak ke sekolah, pengasuh atau taska. Namun apakan daya, antara kerja dan keluarga dua-dua kena laksanakan dengan baik untuk kelangsungan hidup.
Biarpun dalam keadaan berat hati, hanya pada Allah yang dipinta untuk lindungi anak-anak dari sebarang perkara yang tak diingini.
Bagi ibu bapa, ikhtiar kita hanyalah berdoa. Ini antara doa yang boleh diamalkan setiap kali anak ke sekolah atau dalam jagaan orang lain seperti yang dikongsikan oleh Puan Maznah Ibrahim.
Hadiah paling berharga namun percuma selain peluk anak ialah DOA. Antara pesanan dan doa yang baik-baik adalah:
👍 dengar cakap teacher/pengasuh
👍 main dengan kawan elok-elok –> (bukan jangan gaduh dengan kawan)
👍 kongsi mainan dengan kawan
👍 main sama-sama
👍 solat elok / betul / fokus
👍 siapkan kerja dalam kelas
👍 kongsi makanan dengan kawan
👍 dan lain-lain lagi kebiasaan anda..
Juga doa Rasulullah SAW kepada Ibn Abbas semasa kecil, adalah agak terbaik rangkumannya walau anak anda bayi sekalipun.
Agar anak soleh solehah kita ini akan faqqih (faham) tentang agama (deen, cara hidup yang baik, betul), dan Allah yang mengajarkan anak kita ini takwil (tafsir Al Quran) melalui guru sekolah / penjaga sementaranya.
Bukankah agama sentiasa mengajar kita yang baik-baik, lengkap untuk hidup dengan tatacara kehidupan beserta larangannya agar kita hidup aman?
Maka insyaAllah segala pesanan panjang anda selama ini terangkum jua.(main baik-baik dan sebagainya).
Kredit: Maznah Ibrahim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buka Akaun Tabung Haji Online Simpan Duit Raya Anak, Mudahnya Ikut Langkah Ibu Ni Kongsi!

Dekat mana nak simpan duit raya anak-anak? Ada yang memilih untuk menyimpan di ASB namun ada pula yang memilih untuk ke Tabung Haji dan sebagainya.
Tak perlu ke bank, tip langkah demi langkah secara atas talian yang dikongsikan oleh ibu ini, Shahada Fauzi memang membantu. Senang!
Alhamdulillah. Tertunai dah hajat Ummi nak buka akaun Tabung Haji untuk 2 lagi ketul anak (budak Ali & baby Umar). Kejap je proses nya. Ummi dah buat permohonon awal-awal kat apps THiJARI minggu lepas lagi. Mudah kan?
Lepas apply dalam 30 hari kena pergi bank untuk aktifkan akaun. Minggu ni baru free nak pergi bank settlekan urusan buka akaun depa tu. Kena bagi salinan ic ibu/bapa dengan surat beranak anak-anak dan masukkan deposit. Pastu akaun pun aktif.
Tak sampai 5 minit urusan kat kaunter dah siap semua. Sekarang dah takde buku lagi. Pegawai bank tu kata nanti tengok dalam THiJARI senarai akaun bank anak-anak yang daftar tadi tu.
Ni sementara tunggu abah depa renew lesen memandu, ummi check kat apps THiJARI. Ehhh..dah ada dah akaun depa berdua. Pantas.
Bertambah lagi 2 akaun anak-anak. Maknanya ada 5 akaun yang ummi abah kena rajin menabung untuk masa depan depa. Semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki yang berkat melimpah ruah tak putus-putus untuk kami. InsyaAllah.
Ini salah satu inisiatif kami untuk simpanan anak-anak. Untuk pendidikan depa. Selain tu nanti dah cukup syarat boleh apply untuk daftar haji pulak.
Ummi update sikit info bagi yang DAH ADA akaun Tabung Haji dan nak aktifkan apps THiJARI.
1. Download apps THiJARI kat apps store
2. Klik link kat Pengguna Kali Pertama
3. Akan link ke www.thijari.com.my dan klik button DAFTAR
4. Masukkan nombor IC dan akaun bank TH
5. Isi kan maklumat yang di minta (ID Pengguna dan Password)
6. Siap! Boleh guna dah.
Untuk akaun kanak-kanak ni, senarai akaun anak-anak akan ada dah dalam tu kalau masa kita buka akaun untuk depa kita adalah Penjaga 1. Boleh check kat menu bahagian Ringkasan Akaun. Bawah akaun dewasa (akaun kita) tersenarai semua akaun anak-anak.
Nak buka akaun untuk anak, mak/ayah kena ada akaun Tabung Haji tau. WAJIB ADA. Kalau belum ada, silalah buka ya. Tak rugi pun. Akaun anak-anak selagi belum umur 18 tahun, memang kena daftar under parents walaupun akaun nama depa sendiri. Parents adalah sebagai pemegang amanah.
Untuk memudahkan urusan, jika parents dah ada akaun boleh aktifkan apps THiJARI dan apply dulu untuk buka akaun anak-anak kat THiJARI. Umur anak seawal 1 bulan dah boleh buka akaun Tabung Haji kalau dah ada surat beranak.
Cara apply kat THiJARI :
1. Klik kat bahagian menu Pembukaan Akaun Kanak-Kanak.
2. Isi je semua maklumat sampai selesai.
3. Nanti pergi je kat bank untuk aktifkan. Bawa IC penjaga dan surat beranak anak (salinan dan yang asal). DEPOSIT sekurang-kurangnya RM2. Yup. RM2 je dah boleh buka akaun tau. Tapi seeloknya letak la RM10. Sangat la memudahkan pada yang kurang berkemampuan nak masukkan deposit ratus-ratus.
4. Serah semua kat kaunter. Nanti pegawai bank buatkan dan bagi slip nombor akaun. Alhamdulillah. Anak dah ada akaun bank Tabung Haji.
Kalau untuk menyimpan ni, ummi dah link kan akaun Tabung Haji anak-anak dengan akaun Maybank ummi. Masuk je upah kerja menulis atau design, ummi ‘tarik’ transfer kat akaun anak-anak sorang sikit. Nanti claim kat pak depa separuh. Kena sama-sama menyimpan kan?
Untuk link akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank, ada 2 cara.
Cara pertama, kena pergi ke mesin ATM Maybank.
1. Masukkan kad atm Maybank dan key in nombor pin.
2. Pilih ‘Tabung Haji’ kat menu.
3. Tekan pada menu ‘Daftar Akaun TH ke ATM Kad'(akaun sendiri)/’Daftar Akaun Kanak-kanak TH ke ATM Kad’ (akaun anak-anak)
4. Masukkan nombor akaun TH (15-digit).
5. Klik ‘YA’. Selesai.
6. Ulang buat untuk semua akaun anak-anak.
Cara kedua, buat secara online di website maybank2u.
1. Layari www.maybank2u.com.my
2. Klik menu bahagian ‘Apply’
3. Cari menu bahagian ‘Services’
4. Skrol sampai jumpa ‘Link Tabung Haji Account’ dan klik ‘apply now’
5. Isi semua maklumat (Nombor akaun Tabung Haji dan IC). Klik ‘confirm’. Siap!
6. Boleh ulang untuk semua akaun anak-anak.
Untuk bank lain, ummi tak berapa pasti. Tapi mungkin lebih kurang sama je cara dia. Cuba check dulu okay! Bank yang boleh link : Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, Ambank
Senang kan sekarang ni? Takda alasan lagi tak boleh menyimpan untuk anak-anak. Selamat menabung!
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Kongsi 3 Teknik Gosok Gigi Anak Yang Mengamuk. Biar Anak Menangis Gosok Gigi Dari Sakit Gigi

Jika anak anda jenis yang suka mengamuk tiap-tiap kali nak berus gigi, pertama kali kita sebagai ibu bapa tidak boleh berputus asa dan mengikut kemahuan mereka untuk tidak memberus gigi.
BAGAIMANA NAK MENGATASI MASALAH ANAK “MENGAMUK” KETIKA MEMBERUS GIGI?
Anak kecil masih dalam proses belajar, jika mereka menangis taknak berus gigi dan kita mengikut untuk tidak memberus gigi mereka dengan alasan kasihan serta tidak sampai hati melihat anak menangis dan meronta-ronta, maka mereka akan belajar bahawa jika mereka menangis, mereka tidak perlu lagi untuk memberus gigi.
Jadi mereka akan terus menerus menggunakan alasan tersebut dan rutin ini akan sentiasa berlaku. Akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi mereka menjadi mudah rosak dan berlubang.
Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlulah dengan sebaik mungkin untuk membiasakan diri anak anda memberus gigi tetapi haruslah dilakukan dengan teknik yang betul. Memang “struggle”, tapi jika dibuat secara rutin, In sha Allah anda akan melihat hasil yang positif.
Berikut merupakan cara yang boleh membantu anda untuk memberus gigi anak kecil jika mereka menangis, mengamuk atau meronta dengan teruk:
Teknik Dua Orang (Gambar A)

✅ Teknik ini perlukan kerjasama antara ibu dan bapa.
✅ Bapa boleh duduk di kerusi dengan posisi lutut menghadap ke lutut ibu (knee to knee position).
✅ Bapa memeluk anak di atas riba dan baringkan kepala anak di atas riba ibu sambil memegang tangan anak.
✅ Ibu boleh memegang kepala anak dan “memaksa” dia membuka mulut untuk memberus giginya (perlu hati-hati takut anak tergigit jari ibu).
Teknik Seorang (Gambar B dan C)


✅ Ibu atau bapa boleh berdiri di belakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka. Teknik ini sesuai jika anak tidak mengamuk terlalu kuat atau sekadar menangis tanpa meronta-ronta.
✅ Cara yang lain, ibu atau bapa boleh duduk di bawah dan baringkan anak di atas riba anda. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya. Jika anak meronta-ronta, anda boleh kepit badan/tangan anak di celah kaki anda.
“Kejamnya Dr sampai nak kena paksa-paksa anak berus gigi macamni. Saya tak sampai hati la…”
Kita hanya memberus gigi anak lebih kurang 2 minit sahaja setiap sesi. Selesai memberus, anak akan berhenti menangis. Jika kita membiarkan gigi anak kecil tanpa diberus, kerosakan gigi akan berlaku dan akhirnya anak menangis sepanjang malam tak dapat tidur gara-gara sakit gigi.
Mana yang lebih kejam?
Tahan diri melihat anak menangis selama 2 minit ketika memberus gigi, atau anak menangis sepanjang malam sebab tak dapat tidur gara-gara sakit gigi?
Pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa.
Melalui cara “paksa-rela” inilah, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis atau mengamuk, rutin memberus gigi itu WAJIB dibuat tanpa mengira keadaan. Lama-kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka suka ataupun tidak.
Harus diingat juga yang anak-anak mudah mempelajari dan mengikut sesuatu perbuatan jika mereka sering melihat sesuatu perkara tersebut.
Jadi jika kita mahu anak kita memberus gigi mereka, maka kita sendiri harus menunjukkan kepada mereka yang kita juga rajin memberus gigi.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
“Anda jaga gigi, anda tidak rugi”.
Kredit: Dr Mohd Khairul Izwan
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersatu Lebih Indah! Demi Anak Elly Mahu Berbaik. Bersyukur Sefhia Dapat Jumpa Daddynya

Sebelum ini heboh cerita mengenai penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein menuntut wang perbelanjaan raya untuk anaknya, Putri Sara Sefhia dari bekas suaminya Azmi Hatta.
Selepas tuntutan yang dibuat oleh Elly Mazlein itu, ramai netizen mengecam tindakan Azmi hingga ada yang tak berpuas hati kerana mengabaikan tanggungjawabnya pada anak sendiri.
Bagaimanapun, semalam Elly Mazlein telah memuatnaik satu posting di instagram dengan meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya telah berkunjung ke kediamannya bagi menziarahi anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.
A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on
Mengakui pertemuan ini adalah suatu perubahan yang baik demi masa depan anaknya, Elly berharap hubungan ini akan dapat terus dikekalkan sampai bila-bila.
“Alhamdulillah, pertemuan yang indah dua beranak, Sefhia dan daddy Azmi Hatta.
“Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil. Moga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang,” tulisnya.
Selain itu, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada Azmi dan isterinya pelakon Faye Kusairi.
“Terima kasih daddy (Azmi) dan mommy Faye Kusairi,” katanya.
Rata-rata pengikut mengucapkan syukur dan meminta kedua-dua pihak untuk berbaik demi anak mereka.
“Ada yang mengharapkan semoga pertemuan ini memberi sinar baru buat Elly dan Azmi. Jagalah hubungan ini sebaiknya agar anak terus dapat kasih sayang dari mommy dan daddynya.
“Alhamdulillah, buang yang keruh ambil yang jernih, semoga hubungan keluarga Elly bersatu demi anak, berbaiklah untuk pembesaran Sefhia,” ujar netizen.
Kemelut hubungan Elly dan bekas suaminya menjadi hangat selepas pasangan itu bercerai dan dia mendakwa Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sepatutnya.
Sebelum ini Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.
Pada April lalu, Azmi berkahwin dengan pelakon Faye Kusairi dalam satu majlis tertutup di ibu negara.
Sumber: instagram elly mazlein
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI