Bila sudah berkeluarga dan punya anak-anak, bil-bil kegunaan isi rumah sememangnya bertambah. Namun bil elektrik yang tinggi sememangnya boleh dikawal dan ini membantu mengurangkan sedikit jumlah perbelanjaan anda sekeluarga.
Apa cara nak kurangkan bil elektrik? Tak perlu pening kepala, cuba jimatkan sebaik mungkin penggunaan elektrik di rumah dan ini tip yang dikongsikan oleh Tenaga Nasional (TNB) untuk mengelakkan pembaziran tenaga.
Berikut tip bagi mengelak pembaziran tenaga:
1. Matikan suis dan tanggal plug peralatan elektrik apabila tidak digunakan. – Televisyen, kotak dekoder (set-top boxes) dan modem yang tidak dimatikan boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang.
2. Ketika menggunakan pendingin hawa. – Tutup semua pintu, tingkap dan laluan udara supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik. – Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat alat pendingin hawa boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24’-26’C) bagi penggunaan elektrik yang cekap. – Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga. – Bersihkan penapis bagi optimumkan proses penyejukan. Habuk pada penapis mengurangkan peredaran udara dan menjejaskan kecekapan alat pendingin hawa.
3. Matikan komputer selepas guna dan berhenti mengecas apabila bateri penuh. – Pastikan suis dimatikan selepas penggunaan pembesar suara, mesin pencetak dan pengimbas.
4. Manfaatkan cahaya semula jadi. – Bagi mengurangkan kos penggunaan lampu.
5. Elak guna air panas semasa mencuci pakaian dengan muatan penuh. – Lebih banyak tenaga dan masa diperlukan untuk memanaskan air.
6. Jangan kerap membuka dan menutup pintu ketuhar. – Perbuatan itu akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.
7. Kurangkan masa mandi menggunakan air panas. – Ini kerana alat pemanas air guna banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan.
Cara efisyen gosok dan basuh baju anak
Dan ini pula tip untuk mak-mak yang dikongsikan oleh Fauziah Jamil untuk mengurangkan tenaga elektrik di rumah. Salah satunya adalah cara kita basuh baju anak dan susun peti ais. Kena pandai.
Ads
Bila bil elektrik tinggi, memang menitik air mata nak bayar. Apa pun ianya memang keperluan. Nak tak nak kena guna juga, kena bayar juga.
Ok kawan-kawan. Jom saya kongsikan tips jimat elektrik.
Tips Jimat Elektrik 1. Matikan suis dan tanggalkan semua plug peralatan elektrik bila dah tidak digunakan. i. Televisyen, kotak dekoder dan modem. ii. Matikan komputer selepas digunakan. iii. Berhenti mengecas bateri apabila telah penuh. iv. Off speaker, printer, mesin pencetak. v. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan.
2. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 rating (star) serta logo merah.
3. Kekerapan membuka tutup pintu ketuhar akan meningkatkan penggunaan elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.
4. Pendingin udara. i. Pastikan filter sentiasa dicuci supaya ia boleh beroperasi secara efisyen. ii. Semasa pendingin udara dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap. iii. Set suhu penghawa dingin yang paling efisyen adalah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun. iv. Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik. v. Tetapkan masa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga.
Aircond 5 star (Jimat electric) Mitubishi, Panasonic
Ads
5. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih seperti LED.
6. Gosok baju dalam kuantiti yang banyak seminggu sekali.
7. Maksimumkan air dalam cerek elektrik ketika masak. Lebih jimat sebenarnya.
8. Boleh gunakan timer untuk peralatan yang diperlukan pada masa yang tertentu sahaja. Seperti lampu luar rumah.
9. Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan.
10. Pastikan jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen.
11. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama untuk menjimatkan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.
Ads
12. Gunakan ruang mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus. Mesin basuh 5 star inverter (jimat elektrik)
13. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjimatkan bil elektrik setiap bulan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB) & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak keempatnya, Noah terjatuh dari kaunter dapur. Dr Harlina kongsikan tip yang berguna kepada ibu bapa terutamanya kalau anak terjatuh.
Anak kecil akan banyak meneroka dan tidak akan lepas daripada terjatuh. Sebagai doktor dan ibu, Dr Harlina telah berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa lain ketika anak jatuh, terutamanya jika melibatkan bahagian kepala yang terlebih dahulu.
drhalina Budak bertuah ni baru lepas bagi mommy heart attack and buat TokYah menangis… dia jatuh kitchen counter.. Noah.. Noah..
To parents out there.. kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu… check;
#1-Conscious level.. nangis ke tidak (nangis is good, that means your baby is conscious)
#2-Pernafasan ok ke tidak…
#3-Look for any bump / benjol (you can put ice to stop benjol from getting bigger).
Over time, check anak kita, kot2 dia
#4-Ada rasa nak muntah / muntah2 kat rumah (feeling nauseous / muntah is NOT good),
#5-Make sure kaki & tangan all boleh gerak macam biasa.
#6-If there’s abnormality, bring to hospital immediately!
Para follower mendoakan agar keadaan Noah baik dan berharap tiada apa kesan yang teruk berlaku. Mereka malah menghargai tips yang dikongsikan Dr Harlina.
Bila anak datang tunjuk sesuatu, ajak main, layanlah sekejap walaupun sedang sibuk. Mungkin masa tu kita rasa anak ni saja nak melambatkan kerja. Dengan tak sengaja terus kita menaikkan suara dan melenting suruh anak main jauh-jauh.
Perasan tak bila kita bersikap sedemikian, anak yang mulanya muka ceria terus berubah wajah. Tak adakah rasa bersalah? Jangan hairan bila anak semakin besar dia mula jauh hati dan susah nak berkongsi sesuatu masalah dengan ibu bapa.
Keadaan ini jika tak ditangani boleh menyebabkan anak akan lebih percaya rakan berbanding ibu bapanya apabila sudah meningkat dewasa.
Perkongsian dari seorang guru, Mohd Fadli Salleh ini boleh membuka minda kita sebagai ibu bapa untuk lebih memahami perasaan anak dan masa kecil mereka dengan kita pun sekejap saja.
Anak hanya rapat dengan kita hingga umur 12 tahun
Suatu ketika, aku mengeteh bersama kawan-kawan hingga lewat malam.
Diantara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.
“Anak-anak kita ni, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga darjah 6 sahaja. Selepas itu dia mula masuk ke sekolah asrama.
Makin jauh, dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itu pun kalau kita tidak sibuk.”
Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberi idea dan pandangan. Kesimpulannya, kami semua setuju dengan apa yang dia kata.
Benarlah. Walau anak itu tidak ke asrama sekali pun, dia dah meningkat remaja. Bila menginjak remaja, dia mula ada rahsia. Mula ada rasa ingin berteman. Mula rasa ingin ruang untuk diri mereka.
Biasalah, remaja. Kita pun pernah remaja kan?
Mereka mula pandai berdikari. Tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap jauh sekali lah.
Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. 6 bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi bisnes seterusnya.
Bila tanpa kerja, sehariannya hanya di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah, melayan apa jua permintaan mereka.
Penat. Tapi dia puas. Letih, tapi hubungan dia dan anak lebih berkualiti dan rapat.
“Agaknya Allah sengaja uji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak,” ujarnya sambil menguntum senyum.
Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar baru ini. Lebih gah dan besar berbanding bisnes dulu.
Tapi kali ini, dia sudah pandai bahagi masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah ‘tegur’ dia dulu, kali ni dia ingat.
Tinggalkan kenangan manis dalam memori anak
Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang dimasa akan datang.
Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja.
Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya.
Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa; harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya.
Jangan sehingga anak itu membesar, hanya kenangannya dengan bibik yang kekal diingatan. Jangan!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.