Perjalanan rumah tangga penyanyi popular Ahmad Nubhan cerai dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas pendedahan jujur daripada pihak isteri mengenai lafaz talak pertama yang berlaku ketika dirinya sedang hamil anak sulung pada tahun 2017.
Isteri Nubhan, Afifah Hidayah (baju putih) mendedahkan suaminya itu melafazkan talak kali pertama ketika dia hamil anak pertama pada 2017.
Menurut laporan Kosmo Online, Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Dr. Afifah hadir bersama adik dan beberapa ibu saudaranya bagi urusan pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh suaminya. Wanita berusia 36 tahun itu diwakili peguam syarie terkenal, Datuk Akberdin Abdul Kader, bagi memohon mahkamah mengesahkan dahulu lafaz cerai pertama serta rujuk yang pernah berlaku lapan tahun lalu, sebelum prosiding lafaz cerai kedua disebut semula pada Ogos lepas.
“Saya Serahkan Pada Suami”
Apabila diminta menjelaskan mengapa lafaz cerai dan rujuk terdahulu tidak didaftarkan, Dr. Afifah dengan tenang menjawab bahawa urusan itu diserahkan sepenuhnya kepada suaminya.
“Itu (patutnya diuruskan) Nubhan,” katanya ringkas namun penuh makna.
Beliau turut menjelaskan bahawa tiada sebarang pertengkaran besar yang membawa kepada lafaz cerai itu. Menurutnya, segalanya berlaku dengan begitu mengejutkan.
Ads
“Pada malam itu dia datang ambil saya di rumah. Kami makan malam dan berbual macam biasa. Tapi dalam perjalanan balik, tiba-tiba dia lafazkan cerai. Saya terkejut dan tak sangka perkara itu akan berlaku lagi. Saya tak tahu kenapa, mungkin wujud salah faham,” ujarnya dengan nada sebak.
Hubungan Dengan Ibu Mentua
Dalam pada itu, Dr. Afifah turut menyentuh hubungan dengan ibu mentua yang mesra disapa Mak Jenny, dan memaklumkan bahawa mereka ada bertemu baru-baru ini.
Ads
“Mak mentua tahu (tentang cerai). Semalam saya ada jumpa tapi sebelum ini kami tidak berhubung secara langsung,” jelasnya.
10 Tahun Bersama, Kini Tinggal Bersama Anak-Anak
Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Aafiya (8), Ahmad Aaffan (6) dan Afzan Nayille (3). Namun kini, Dr. Afifah mengesahkan bahawa beliau tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya dan menetap di kediaman baharu bersama anak-anak.
Ads
Walaupun sering mempamerkan kebahagiaan keluarga di media sosial, pendedahan terbaru ini mengejutkan ramai peminat yang selama ini menyangka rumah tangga mereka sentiasa harmoni.
Ujian Rumah Tangga
Dalam setiap perkahwinan, tidak ada yang terlepas daripada ujian. Kadangkala, apa yang dilihat di luar tidak menggambarkan realiti sebenar di dalam rumah tangga. Buat para isteri dan ibu di luar sana, kisah Dr. Afifah ini mengingatkan bahawa kekuatan seorang wanita bukan diukur pada senyumannya, tetapi pada caranya bangkit selepas jatuh.
Sebagai ibu, Dr. Afifah kini terus kuat demi anak-anaknya. Apa pun yang berlaku, kasih seorang ibu tetap utuh, dan semangatnya menjadi contoh buat ramai wanita lain yang sedang melalui badai rumah tangga.
“Saya reda dengan apa yang berlaku. Mungkin ini cara Allah menguji kami. Yang penting, saya mahu terus jadi ibu terbaik untuk anak-anak,” katanya.
Tip Pa&Ma: Kuatkan Diri Saat Diuji Rumah Tangga
Jangan pendam sendirian – luahkan pada orang dipercayai atau kaunselor.
Fokus pada anak-anak – mereka perlukan kestabilan emosi daripada ibu.
Cari kekuatan spiritual – dekatkan diri dengan Allah melalui solat dan doa.
Jaga kesihatan diri – makan, rehat dan berfikir dengan tenang sebelum membuat keputusan besar.
Kisah Ahmad Nubhan cerai bukan sekadar berita sensasi, tetapi cerminan realiti hidup berumah tangga bahawa cinta perlu diuji, dan keutuhan datang daripada kesabaran serta keikhlasan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita semalam menggemparkan hati ramai ibu bapa di seluruh negara seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia di sebuah taska di Melaka. Hancur luluh hati pasangan suami isteri itu.
Anak yang selama ini dibelai sejak dalam kandungan, kini pergi buat selama-lamanya. Ibu mana yang tak menangis. Ayah mana yang tidak rebah saat melihat tubuh kecil yang sepatutnya membesar dengan gelak tawa, kini kaku tidak bernyawa?
Dalam kesayuan dan perit menahan rasa, bapa kepada bayi malang itu, Muhammad Faiz, tampil dengan nada yang luar biasa tenang walaupun jelas kedengaran sebak dan pilu di sebalik setiap katanya.
“Saya hanya mampu reda, kalau saya marahkan pun anak saya bukannya boleh hidup semula, anak saya dah mati,” katanya.
Reda dengan takdir kehilangan anak lelaki kedua daripada dua beradik itu, Muhammad Faiz menegaskan beliau tidak menyalahkan pihak taska dan percaya pasti ada hikmah di sebalik ujian besar ini.
Malah, katanya lagi, sejak anak sulung dihantar ke taska yang sama, mereka tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Anaknya sendiri memberitahu bahawa pengasuh di sana baik, penyayang dan tidak pernah marah mahupun memukul.
“Saya pun tak sangka, sebab kepada anak saya yang sulung kami selalu bertanya taska itu macam mana? Teacher macam mana? Makan macam mana?
Dia cakap, teacher baik, teacher sayang. Tak pernah pukul, tak pernah marah. Memang hantar dia, sama juga.”
Saif, bayi malang yang meninggal itu, dihantar ke taska sejak usia tiga bulan, sebaik tamat tempoh berpantang.
“Saif, saya hantar masa dia umur tiga bulan lepas pantang. Kakak dia sulung pun kami hantar di taska itu sampai sekarang.
Dari dia kecil lagi Alhamdulillah, semua okey. Tak pernah mereka dipukul atau diapa-apakan.”
Namun Muhammad Faiz tidak menolak bahawa mungkin insiden ini adalah detik yang membuka mata pihak berwajib untuk meneliti semula garis panduan pengoperasian taska di negara ini.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecomelan Bunga Elhaq sering mencuri perhatian warganet bahkan banyak foto atau video anak Elisya Sandha ini dikongsikan oleh ibunya melalui laman Instagram.
Bukan itu saja, cucu kepada pelakon serta pengarah drama terkenal, Sheila Rusly, ini juga selalu menghabiskan masa bersama Nanna yang sangat menyayanginya.
Meninjau ke laman Instagram Elisya Sandha, dia telah memuatnaik sebuah video ketika menyambut enam bulan kelahiran Bunga. Di dalam video itu dapat dilihat Bunga diletakkan dalam baby chair dan Elisya menyediakan sepotong kek di hadapan anaknya itu.
Kemudian Elisya menyusun enam batang lilin dan kemudian menyalakannya. Simbolik enam batang lilin untuk menandakan Bunga kini sudah genap enam bulan.
“Meraikan enam bulan menjadi ibu kepada kamu Bunga. Dah setengah tahun, begitu cepat masa berlalu. Semoga Bunga membesar menjadi anak yang baik dan solehah. Amin..”
Berikut adalah komen yang ditinggalkan warganet;
Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi comel Bunga apabila melihat kek dan lilin tersebut. Seolah-olah memahami sambutan itu untuk dirinya, jelas kelihatan wajah Bunga yang teruja!
Digigit ular sawa, jari dan paha gadis cedera ketika ‘buang air besar’ di tandas. Seorang gadis berdepan detik cemas apabila paha dan jarinya ‘rabak’ akibat digigit ular sawa ketika membuang air besar.
Digigit Ular Sawa, Jari & Paha Gadis Cedera Ketika ‘Buang Air Besar’ Di Tandas
Menerusi perkongsian individu bernama Bella di X @lovinghansoll baru-baru ini, dia turut memuat naik gambar menunjukkan keadaan tangannya yang luka dan berdarah selepas bergelut dengan ular kira-kira satu meter (m) panjang.
Menurutnya, segalanya bermula apabila dia sedang melepaskan ‘hajat’ sambil bermain permainan dalam talian, tiba-tiba dirinya digigit reptilia terbabit di bahagian paha.
“SAYA TENGAH BUANG AIR BESAR DALAM TANDAS DUDUK. RUMAH TAMAN YA BUKAN RUMAH KAMPUNG. LEPAS DAH SIAP BUANG AIR, SAYA MASIH DUDUK SEBAB PERUT TERASA SAKIT LAGI.
“Tiba-tiba rasa macam ada sesuatu gigit paha saya, ia lebih tajam daripada pisau cukur dan ada banyak gigi. Ular ini gigit betul-betul kuat, macam benamkan gigi dalam kulit.
“Jadi, disebabkan nak selamatkan diri saya pegang mulutnya. Sudahlah gigi tajam sebab itu jari saya banyak luka. Mula-mula tak sedar ia seekor ular sawa yang besar sehinggalah haiwan itu berhenti menggigit saya. Ular itu datang dari dalam lubang tandas,” katanya.
Difahamkan, insiden mengerikan tersebut berlaku di rumahnya di Pontian, Johor.
Bella turut memaklumkan, lantai bilik air penuh dengan darah disebabkan kejadian mencemaskan itu.
Bagaimanapun jelasnya, dia tidak menangis sama sekali tetapi lebih kepada perasaan takut dan trauma yang menyelubungi diri.
“SAYA ADA MENJERIT TAPI TAK MENANGIS. AYAH DATANG DAN BAWA SAYA KELUAR DARI BILIK AIR TETAPI SEMPAT TENGOK BELAKANG DAN ULAR ITU MEMANG SANGAT BESAR! TAK DAPAT TANGKAP KERANA IA LARI SEMULA KE DALAM LUBANG TANDAS.
“Jadi, saya terus ke hospital. Cuma cuci luka dan makan antibiotik memandangkan ular sawa tiada bisa,” ujar gadis tersebut.
Dr. Najwa Latif selamat menimang cahaya mata sulung pada 11 November 2025 — tarikh istimewa yang juga ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Rezeki berganda dan hadiah terindah buat pasangan muda ini.