“Ain Nak Dato’ Wakilkan Baca Yasin”. Pesanan Akhir Peminat Cilik Rizalman Sebelum Pergi Selamanya Bertemu Sang Pencipta

Share

Peminat cilik Dato’ Rizalman Ibrahim yang mendapat perhatian beliau pada awal tahun ini, Airen Nurain atau mesra dipanggil Ain dilaporkan meninggal dunia pagi ini setelah menghidap penyakit buah pinggang kronik dan ketumbuhan dalam otak.

Perkongsian yang dibuat oleh pereka fesyen terkenal itu meluahkan rasa sedih sebaik sahaja beliau mendapat perkhabaran duka yang disampaikan melalui pesanan aplikasi WhatsApp yang diterima.

Dalam posting tersebut menyatakan Ain meninggal dunia ketika tidur. Dalam pesanan tersebut juga menyatakan Ain ingin Dato’ Rizalman wakilkan bacaan Yasin untuknya.

Artikel Berkaitan: { Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik & Tumor Otak, Hasrat Ain Bertemu Dato’ Rizalman Akhirnya Tercapai }

Saya amat bersedeh kerana saya tahu hari seperti ini akan tiba juga akhirnya. Semoga Allah menempatkan adik Airen di tingkatan termulia bersama ibubapa serta keluarganya. Saya amat terkesan.”

Posting berkenaan dihujani ucapan takziah dan mendoakan semoga roh arwah Ain ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Arwah Airen turut dijemput oleh Dato’ Rizalman ke pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya pada Februari lalu. Yang mana Airen turut berpeluang bertemu mata dengan beberapa selebriti lain seperti Dayang Nurfaizah dan juga Hael Husaini.

Salam takziah diucapkan buat keluarga Airen semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Rizalman Ibrahim, Airen Nurain

Published by
SAHR