Malam tadi, adik Ainul Mardhiah dan ibu bapanya sudah berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam facebooknya.
Menerusi perkongsiannya, Ahmad Safiuddin memohon doa orang ramai mendoakan segala urusan di sana nanti di permudahkan dan selamat pergi dan balik semula ke tanah air untuk berjumpa dengan semua orang.
Semestinya khabar gembira dan positif diharapkan oleh orang ramai yang sayangkan Ainul serta ingin melihat kembali senyuman si kecil ini semula.
Allah lorongkan jalan mudah
Sebelum ini, kisah adik Ainul yang mempunyai ketumbuhan di mulut begitu membuatkan rakyat Malaysia bersatu hati untuk membantu si kecil ini sehinggakan mereka sanggup mengumpul sumbangan bagi meringankan beban ibu bapa Ainul menanggung kos rawatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
“Tunggu Ainul Je Sampai Di UK.” Dr Amalina & Team Sudah Sedia Beri Rawatan Terbaik
Kegigihan rakyat Malaysia yang ingin membantu bayi tersebut telah sampai ke pengetahuan Dr. Amalina Che Bakri yang juga seorang doktor di UK sehingga urusan membawa Ainul ke sana dipercepatkan.
Hasil perbincangan Dr Amalina dengan pakar di sana, Allah lorongkan jalan dan pakar bersetuju untuk merawat dan melihat semula masalah Ainul secara terperinci.
Terima Kasih Doakan Ainul
Beberapa hari lalu, Ahmad Safiuddin menerusi Facebooknya memberitahu walaupun banyak urusan di kaunter dan datang secara walk ini sebelum berangkat ke London, semuanya dipercepatkan.
Namun, menurutnya ramai orang yang tidak dikenali bertemu dengannya sambil mendoakan agar mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan untuk merawat penyakit Ainul.
Hanya Allah SWT sahaja mampu membalas usaha dan niat baik tuan/puan. Saya sangat menghargainya!
Semoga Allah menggantikan tuan/puan dengan sesuatu lebih baik dan bermakna dalam hidup tuan puan!
Terima kasih semua kerana mendoakan perjalanan kami, menyokong penuh usaha kami dan mendoakan kesejahteraan ainul.
Kami cuba sedaya upaya kami buat yang terbaik buat Ainul Mardhiah yang saya kira ketika ini, Ainul Mardhiah adalah buah hati seluruh rakyat Malaysia!
Selamat pergi dan balik sayang
Muat naik status panjang lebar di Facbeook supaya mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah ini telah mendapat respon dari semua latar belakang masyarakat. Masing-masing mendoakan agar bayi perempuan ini selamat menjalani rawatan di sana.
Selamat berjuang Ainul sayang…
Sumber: Ahmad Safiuddin