Hadiah ulang tahun kelahiran walid Ainul ke-25 tahun, bukanlah barangan berjenama mahal tapi cukuplah melihat perkembangan Ainul yang dari sehari ke sehari sangat pandai dan bijak untuk belajar.
Terbaru dalam perkongsian walid Ainul, Ahmad Safiuddin ada memaparkan keletah Ainul yang sudah pandai memapah dan belajar untuk berjalan.
Dalam rasa terharu itu terselit perasaan syukur yang tak terhingga pada Allah SWT kerana siapa sangka Ainul hari ini cukup berbeza sekali berbanding di awal kelahirannya dulu.
Dalam video yang berdurasi selama 1:30 saat itu menunjukkan kesungguhan Ainul untuk bangun, memapah dan belajar.
Ads
Gelagat Ainul yang bersungguh-sungguh dan tak berputus asa itu cukup menghiburkan. Jelas terpancar perasaan puas hati di wajah Ainul apabila berjaya bangun dan berdiri serta memapah untuk melangkah dari satu tempat ke satu tempat.
Semua yang menonton video yang dimuat naik oleh walid Ainul ini pun rasa terharu dengan pencapaian Ainul hari ini.
Tak sangka Ainul boleh sampai tahap ni
Ads
Hebatnya aura Ainul menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa
Hampir menginjak usia dua tahun ini, nampaknya perkembangan Ainul makin laju. Walaupun delay setahun kerana kekangan keadaan kesihatannya, Ainul dah mula dapat rentak untuk mengejar semula fasa perkembangannya yang tertangguh sebelum ini.
Sebelum ini dia dah boleh memanggil ‘mama’ dan itulah perkataan pertama keluar selepas setahun membuang ketumbuhan dalam mulutnya.
Ads
Kiranya berbaloi usaha walid dan mamanya yang bersungguh-sungguh untuk membantu Ainul membesar dengan baik selain usaha beberapa pihak yang sentiasa memantau perkembangan buah hati rakyat Malaysia ini.
Harapnya dengan kelahiran adik Ainul yang dijangka dalam masa terdekat ini menguatkan lagi semangat Ainul untuk jadi lebih pandai dan menjadi seorang kakak yang hebat.
Sumber: FB & IG Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran anak-anak bukan sahaja memeriahkan rumah tangga tapi setiap anak itu dah ada rezeki untuk kedua ibu bapanya.
Begitulah yang dirasai oleh Datin Rebecca Nur Al-Islam yang dikelilingi 8 orang anak yang comel dan masing-masing tahu apa nak kena buat.
Menurut Rebecca dia suka anak ramai kerana adik beradiknya juga 8 orang. Semasa di awal perkahwinan ramai yang bertanya nak berapa orang anak?
“Dengan pantas saya selalu sebut nak 8 orang macam mak saya juga, dan niat itu akhirnya dimakbulkan oleh Allah sekarang.
“Cantik sangat aturan Allah untuk saya dan suami. Kini saya dah memiliki cinta hati ini,” katanya.
Rebecca berkongsi bila dah ramai-ramai berkumpul boleh bayangakn kemeriahan rumah tu macam mana. Tapi semuanya sungguh indah. Momen inilah yang dikenang bila semua anak dah besar.
Sebelum ini, Rebecca juga ada mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Aurora yang dilahirkan 8 Disember lalu. Jika diikutkan Aurora kira sebaya dengan Ahmet Reaggan, anak lelaki Rebecca yang dilahirkan 18 Julai tahun sama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu keselamatan anak kerap timbul akhhir-akhir ini. Perunding keibubapaan ini berkongsi tentang tanda-tanda yang boleh ibu bapa lihat pada anak sekiranya ada sesuatu tidak kena berlaku di taska, tadika atau di rumah pengasuh.
Puan Noor Afidah Abu Bakar telah berkongsi tentang tip dan info mengenai keselamatan anak di taska dan ketika bersama pengasuh. Ia menyentuh tentang isu penderaan dan salah laku yang dilakukan kepada si kecil yang boleh ditangani daripada awal lagi.
Berikut ialah perkongsian beliau;
CHECKLIST BUAT IBU BAPA DAN PENJAGA TENTANG KESELAMATAN ANAK.
Pemilik, pengusaha, pengasuh dan pendidik di taska, tadika, pusat perkembangan kanak-kanak dan sekolah yang bertanggungjawab adalah:
1) Mereka yang dengan pantas akan memberitahu ibu bapa jika sesuatu kecederaan atau kemalangan berlaku kepada anak-anak di bawah jagaan mereka.
2) Mereka tidak menyembunyikan walaupun kecederaan atau luka yang ringan pada anak-anak.
3) Mereka tidak tunggu sehingga ibu bapa bertanya kenapa ada luka-luka atau lebam-lebam di badan anak.
4) Mereka tidak tunggu sehingga ‘dikantoikan’ oleh ibu bapa atau penjaga barulah tergagap-gagap hendak mencari punca.
5) Mereka mempunyai polisi yang jelas tentang perlindungan dan keselamatan kanak-kanak di premis mereka yang dikongsi dan dihebahkan kepada ibu bapa ketika pendaftaran.
6) Mereka memastikan ibu bapa faham akan polisi ini dengan meminta ibubapa menandatangani surat sebagai pengesahan.
7) Mereka sentiasa peka tentang kebajikan, kesihatan dan keselamatan anak-anak di bawah jagaan mereka.
8 ) Mereka sentiasa memantau aktiviti anak-anakbagi memastikan keselamatan fizikal, emosi dan mental anak-anak di bawah jagaan mereka terjaga.
ADAKAH TASKA/TADIKA/SEKOLAH ANAK ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI DI ATAS?
Pengasuh dan pendidik di taska, tadika dan pusat perkembangan kanak-kanak yang mendera kanak-kanak di bawah jagaan mereka terdiri daripada:
1) Mereka yang percaya bahawa kanak-kanak perlu disakiti dan dicederakan sebagai kaedah untuk mendidik.
2) Mereka yang percaya hanya hukuman fizikal yang paling sesuai dan efektif untuk mengubah tingkah laku anak.
3) Mereka yang membesar atau tinggal dalam persekitaran yang ganas dan tidak harmoni.
4) Mereka yang menggunakan kaedah yang sama ke atas anak-anak kandung/tiri/angkat mereka sendiri di rumah.
5) Mereka yang tidak tahu kaedah lain selain hukuman fizikal.
6) Mereka tidak faham perkembangan kanak-kanak.
7) Mereka tidak melalui latihan yang sepatutnya dan secukupnya tentang penjagaan, pendidikan, perlindungan dan keselamatan kanak-kanak.
8 ) Mereka yang tertekan atau mengalami masalah kesihatan mental yang memerlukan rawatan.
4 CIRI IBU BAPA PERLU CURIGAI
SANGGUPKAH ANDA MELETAKKAN ANAK-ANAK DI BAWAH JAGAAN MEREKA?
IBU BAPA:
1) Jika anak dengan KONSISTEN tidak suka ke taska, tadika atau sekolah, siasatlah dulu kenapa. Janganlah terus dipaksa anak juga hanya kerana anda sudah lewat ke tempat kerja atau kerana anda perlu bekerja.
2) Jika terdapat luka-luka dan lebam pada badan anak tetapi pengasuh atau pendidik tidak memberitahu anda ataupun tidak tahu kenapa, maka anda perlu merasa curiga.
3) Jika anak menceritakan sesuatu yang tidak baik berlaku di taska, tadika atau sekolah, jangan terus didiamkan anak. Wujudkan juga rasa curiga dan tertanya-tanya dalam diri untuk menyiasat.
4) Jika anak anda berkelakuan ganas atau menuturkan perkataan yang tidak elok, pantaulah juga keadaan dan budaya di taska/tadika kerana anak-anak akan meniru perbuatan yang mereka lihat dan dengar.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai topik ‘Trauma’ jangan lupa tonton Pa&Ma esok, 4 September 2018. jam 12 tengah hari dan ulangannya jam 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD. Banyak info serta perkongsian daripada pakar dan ibu bapa akan dibawakan kepada anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya peringkat anak bercakap bahasa yang langsung tak difahami adalah normal tapi kalau sampai umur tiga tahun dia masih lagi tak lancar bercakap, ada sesuatu yang tak kena. Ibu ayah kena lebih alert dan lakukan sesuatu.
Penjelasan dan tip yang dikongsi oleh Terapis Pertuturan, Puan Ruby Atika ini wajar dijadikan panduan berguna terutama kepada ibu ayah yang anaknya sedang dalam fasa bercakap bahasa “Jerman”.
Selalu ibu bapa kata anaknya cakap Jerman. Sebab sebutir patah perkataan pun tak dapat difahami. Tak tau apa yang budak kecil ni cakap. Tapi dia nak cakap banyak. Macam panjang saja ‘cerita’ dia.
Dalam perkembangan normal kanak-kanak, memang ada peringkat Jargon ini. Biasanya sekejap saja. Dalam usia 1 tahun 6 bulan ke 2 tahun, kanak-kanak memang ada menggunakan jargon.
Mereka cuba meniru percakapan orang dewasa, tapi belum cukup mahir. Mereka cuba nak meniru ayat panjang atau meniru aksi semasa bercakap. Jadi ibu bapa lihat anaknya seperti bercakap bahasa asing sebab gayanya kelihatan petah dan yakin.
Yang jadi masalahnya bila peringkat Jargon ini terlalu lama. Dah umur 3 tahun masih Jargon lagi. Sedangkan pada usia 3 tahun, sepatutnya perbualan anak telah dapat difahami oleh anggota keluarga.
Pelat dan Jargon adalah berbeza. Pelat masih boleh difahami sebahagian dari perkataannya. Hanya salah sebut bunyi konsonan atau dia menukar kepada konsonan lain. Jargon pula memang tak difahami langsung kaitannya denga perkataan sebenar. @#%#*$!”]:awhduw. Itu jargon.
Bagi anak autisme yang mengalami masalah bercakap pula, selalunya ada pattern dalam bahasa Jermannya itu. Maknanya dia selalu ulang bahasanya hingga ibu bapa dapat cam pattern dia. Contohnya dia selalu sebut “atiku atiku atiku” atau dia sebut “agedabuet agedabuet”. Setiap kali dia bercakap Jargon, memang yang sama keluar dari mulutnya.
Anak lambat bercakap yang bercakap Jargon bermakna:
1) Kurang kosa kata.
2) Cuba meniru orang dewasa bercakap panjang dan banyak.
Jadi untuk atasi masalah anak bercakap Jargon, anda kena
1) Tambah kosa kata.
2) Bercakap dengan anak guna ayat ringkas.
Tiada jalan mudah melainkan dengan meningkatkan kefahaman si anak terlebih dahulu. Anak mestilah faham banyak objek, kata nama, kata kerja, kata sifat dan sebagainya.
# Gunakan kamus bergambar.
# Tunjukkan segala yang ada di sekeliling anak.
# Sebut segala apa yang anak sedang lihat/ pegang/ buat.
# Elakkan bertanya soalan. Tapi sebutkan terus perkataan sebenar.
Ini teori saja. Realitinya ibub apa selalu tergamam atau ketawa saja bila dengar anaknya bercakap Jerman. Makin anda ketawa, makin teruklah Jerman tu nanti sebab dia ingat anda galakkan dia bercakap macam tu.
Jangan ketawa walaupun dia memang comel sangat pada saat tu. Sila buat muka sardin saja dan terus sebutkan perkataan yang sebenarnya.