Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menunjukkan perkembangan yang baik. Mamanya menyatakan kesyukuran atas perkembangan bayi kesayangan rakyat Malaysia ini.
Ainul yang berada di London sejak Mei lalu telah menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200gram di sebuah hospital kanak-kanak di London. Pembedahan berisiko tinggi yang berlangsung selama 5 jam itu membabitkan sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Artikel berkaitan:[ “Pertama Kali Lihatnya Tanpa Ketumbuhan Cantik Sangat”. Ainul Mardhiah Selamat Dibedah] [Syukur Ainul Sedar Lepas Bedah. Ramai Doktor Kiriman Allah Di Sebalik Rawatannya Di UK]
Kepulangan Ainul yang sebelum ini dijadualkan pada 9 Julai lalu terpaksa dibatalkan atas faktor kesihatan yang dialaminya. Dia dikatakan mengalami demam dan batuk sebelum bertolak pulang ke tanah air.
Artikel berkaitan:[ Perancangan Allah Lebih Hebat. Penerbangan Pulang Ainul Dibatalkan Atas Sebab Tertentu] [Ainul Ok Je, Cuma Demam & Batuk Punca Tak Jadi Balik Malaysia]
Dalam kemaskini Instagram, mama Ainul Nurul Erwani Zaidi memanjatkan kesyukuran atas keadaan terkini anaknya. Turut dipaparkn video si kecil ini kelihatan ceria sambil didukung mama sambil membuat pergerakan seperti melompat.
Erwani juga turut memaklumkan yang Ainul sudah pun boleh memusingkan badan.
“Alhamdulillah syukur, Ainul sihat setiap hari.
“Dah pandai pusingkan badan.
Selain itu, setelah berbulan-bulan di dalam wad, Ainul kini mula didedahkan kepada keadaan di luar. Kata Erwani, doktor amat menggalakkan perkara ini supaya Ainul boleh melihat keadaan luar dan mengambil angin.
“Setiap hari akan bawa Ainul keluar ambil angin di luar, Dr sangat galakkan untuk Ainul keluar supaya Ainul dapat tengok permandangan luar.”
Artikel berkaitan:“Alhamdulillah Ainul Dah Sihat.” 2 Bulan Dalam Wad, Pertama Kali Jalan Keluar Hospital
Para follower turut lega dengan perkembangan terbaru ini dan mendoakan agar bayi ini semakin pulih dan segera. Ada yang memuji Ainul kelihatan semakin berisi dan sudah pandai memandang ke arah kamera semasa video dirakamkan.
“Alhamdullilah amin aminn sembuhkan penyakit anak ini ya Allah, kurniakan kesihatan yg berpanjangan jangan sakiti anak ini lg ya Allah amin aminn.” @the.romarita
“Pandai tengok camera Ainul sayang….” @dyg_amirah
“Berisi dah badan dia.” @alinmaslina
“Alhamdulillah .. mmg nampak ainul makin sihat.” @rozaimahrje
“Semoga sentiasa sihat dan kuat ye sayang..”@maksuaini
“Alhamdulillah pada kesihatan yang diberikan buat adik ainul.” @eya.oo
Sumber: _nrlerwani
Artikel berkaitan: [Hebatnya Perjalanan Ainul Mardhiah. Dari Tiada Harapan Kuasa Doa Mengatasi Segalanya] [“Nanti Tolong Mama Walid Buat Popcorn Ye.” Bapa Tak Sabar Tunggu Ainul Membesar]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI