Gelagat comel buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah memang sering kali menjadi tumpuan ramai. Apa sahaja yang dimuat naik oleh mama atau walidnya di akaun Instagram milik mereka pasti akan mendapat reaksi yang dari warga maya.
Terkini di laman instagramnya, mama Ainul, Nurul Erwani Zaidi atau lebih mesra disapa Wani mengumumkan bahawa dia kini sedang.
Erwani yang ditemubual oleh Majalah Nona memberitahu bahawa usia kandungannya sudah memasuki usia 7 bulan. Tambahnya juga anak yang bakal dilahirkan nanti InsyaAllah adalah anak lelaki kerana telah melakukan empat kali scan.
“Rezeki anak adalah rezeki yang tak terhitung nilainya. Anak adalah anugerah Allah SWT untuk kita menyambung dan meramaikan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, sejak Ainul bertambah sihat dan cerdik saya dan suami mengambil keputusan untuk ‘menghadiahkan’ Ainul adik. Adalah kawan untuk bermain nanti.
“Alhamdulillah kandungan saya sekarang sudah masuk 7 bulan. Ketika mengetahui saya hamil kali kedua kami bersyukur sangat. Nak kata merancang tak sebenarnya. Kami juga tak rancang berapa orang anak yang kami mahu. Kalau dapat ramai alhamdulillah rezeki kami. Allah lagi Maha Mengetahui.
Ads
“Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk Dia beri rezeki. Lagi pun Ainul ramai yang jaga di rumah. Tak salah rasanya kalau tambah lagi anak. Tak sabar rasanya nak lihat Ainul main dengan adik nanti!
“Alhamdulillah sepanjang kehamilan ini dipermudahkan. Cuma kali ini penat sedikit berbanding hamilkan Ainul dulu. Alahan teruk tiada. Mengidam pun makanan yang mudah dicari. Kalau diberi rezeki oleh Allah SWT, anak kedua ini InshaAllah lelaki.Saya dah buat scan empat kali, memang semuanya nampak lelaki,” kongsi Wani kepada wartawan Majalah Nona.
Ainul Makin Bijak
Menurut Wani juga, perkembangan kesihatan dan juga tumbesaran Ainul semakin positif dan baik. Dia semakin bijak dan cepat belajar benda baru.
Ads
Alhamdulillah, Ainul juga sama seperti kanak-kanak lain. Walaupun perkembanganAinul lambat sedikit berbanding umurnya sekarang tetapi setiap momen atau keletah Ainul sama seperti bayi normal yang lain antaranya celik mata sahaja terus hendak bermain. Antara rancangan kartun kegemaran Ainul ialah Omar & Hana.
Selain itu, Ainul sekarang sangat cepat belajar. Macam-macam perangai yang Ainul sedang belajar sekarang. Tetapi yang paling mencuit hati saya dan suami ialah Ainul sedang berusaha untuk belajar bercakap. Kadang-kadang dah pandai mengamuk sebab tak bawa dia pergi berjalan-jalan.
Tak Sabar Nak Sambut Syawal
Ads
Tahun lalu (2019) kami menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan. First time jugalah saya dan suami berjauhan beribu-ribu kilometer dari keluarga. Alhamdulillah walaupun jauh daripada keluarga, kami dapat berkenalan dengan keluarga baru di London. Semuanya baik-baik dan sangat ramah.
Tahun ini sambutan Syawal lebih bermakna kerana kami dapat menyambutnya bersama Ainul yang semakin cerdik dan banyak ‘akal’. Ia memberi satu kelegaan buat saya dan suami kerana Allah SWT sentiasa memberi peluang dan mengkabulkan doa-doa yang pernah kami pohon sebelum-sebelum ini.
Banyak sebenarnya plan nak buat dengan Ainul sepanjang Syawal nanti. Salah satunya ialah mahu membawa Ainul ke rumah saudara mara. Namum atas faktor-faktor yang sedang berlaku pada negara Malaysia ketika ini kami terpaksa patuh dengan arahan dan menyambutnya di rumah sahaja. Tahun lalu tema raya kami bertiga adalah warna ungu, tahun ini kami akan memakai warna biru pula pada Hari Raya pertama,” cerita Wani lagi.
Tahniah buat wani dan suaminya Safiuddin serta si comel Ainul. Didoakan semoga semuanya dipermudahkan buat Wani nanti.
Selepas menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI), sebanyak 3 kali bermula November tahun lalu, pelakon dan pengacara, Yana Samsudin masih tidak berputus harap untuk mendapat zuriat keduanya.
Isteri kepada Fadzil Zahari ini mengakui rawatan kesuburan yang dilakukannya ini antara salah satu ikhtiar untuk mendapaykan cahaya mata dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum ada rezeki untuk memberi adik kepada anaknya, Aisy Mateen walaupun belum menginjak usia dua tahun.
Menurut Yana yang kini berusia 34 tahun, dia dan suami mahu empat orang anak sebelum umur 40 tahun.
Kita sedia maklum bahawa bila kita mengandung pada usia yang lewat, banyak komplikasi yang datang,” katanya.
Bagaimanapun, Yana juga turut mengakui selepas dia mendedahkan rawatan kesuburan yang dilakukannya untuk mendapat zuriat kedua, ada juga netizen mengecam dengan melabelkan dia terburu-buru walaupun anak masih kecil.
Walaupun ada kecaman, saya ambil semuanya sebagai positif dan ada juga peminat turut mendoakan yang terbaik. Mana tau antara doa yang diberikan itu, akan ada dimakbulkan.
Yana juga turut menjelaskan ada sebab dia mahukan anak dalam tempoh yang terdekat kerana dia pernah membaca satu artikel psikologi tentang pembesaran anak-anak dalam satu fasa yang sama.
“Saya pernah baca satu artikel di mana anak-anak berusia empat tahun ke bawah mempunyai perkembangan fasa yang sama. Di mana kalau kita tak cukup tidur pun, ia hanya berlaku sehingga mereka berusia empat tahun.
“Sebab itu kalau boleh jarak usia anak kedua dengan Mateen tidak jauh berbeza.
“Kita sebagai wanita bekerjaya kena rancang semua itu. Sebenarnya anak-anak yang lahir rapat ini lagi senang nak jaga,” jelasnya.
Sumber: Sinar Harian & ig Yana Samsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membesarkan anak dalam dunia yang semakin mencabar ditambah dengan sogokkan media sosial tanpa henti adakalanya membuatkan kita semakin takut untuk membiarkan anak sendiri.
Anak-anak seharusnya dipantau setiap masa. Periksa apa yang mereka lakukan, dengan siapa mereka berkawan, apa minat mereka dan sebagainya perlu kita selidik walaupun anak masih kecil.
Jadi sejak anak kecillah, kita jaga beberapa perkara supaya apabila mereka mula memasuki alam persekolahan dan mula mengerti apa yang berlaku disekeliling mereka, mereka tidak leka. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Insyallah anak kita mampu menjadi manusia yang berjaya malah baik akhlaknya kelak.
Jangan buat 5 perkara ni pada anak kita kalau tak nak mereka rosak
1. Bagi anak bersendirian dengan gajet Kita bukan tak percayakan anak kita tetapi kita tak percayakan kandungan internet yang ada di sekeliling kita.
2. Bagi semua benda yang anak minta Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita kena didik dan ajar anak bezakan apa itu keperluan dan apa itu kehendak. Anak yang boleh terima bila kita tak tunaikan permintaan mereka, self-control mereka lebih baik.
3. Jangan amalkan bohong anak walau niat untuk mendidik Akan sampai satu masa anak kita boleh hidu kebohongan kita. Daripada situ kita akan hilang respect mereka terhadap kita. Malah authority dan credibility kita sebagai mak ayah pun boleh pudar di mata anak anak kita.
4. Kita tak bagi anak luahkan emosi mereka langsung ” Eh, anak lelaki mana boleh menangis”
” Jangan menangis! Diamlahhhh! Kalau tak diam, mak cubit! “
Ini salah satu cara bagaimana kita tak bagi anak kita express emosi mereka tanpa sedar. Sampai masa anak kita akan jadi sangat pemendam dan itu akan sangat bahaya pada kesihatan emosi dan psikologi mereka.
5. Kita bagi anak bebas berkawan tanpa selidik siapa kawan kawan anak kita Kita kena tahu, masa depan anak kita terletak pada siapa kawan kawan rapat mereka. Kawan kawan adalah Circle anak kita yang sifatnya sangat ‘Contagious dan Influential’ pada mindset dan attitude anak kita.
Perangai, pegangan agama dan kelembutan hati dan diri anak kita banyak dipengaruhi oleh kawan kawannya. Walau kita dah didik anak kita sepenuh jiwa raga kita tetapi jika anak kita tersalah pilih kawan, memang habis rosak masa depan.
Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kerana kandungan nutrisinya tiada tandingan dengan susu formula. Bagaimanapun, tak semua ibu berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tertentu.
Disebabkan itu ada ibu yang terpaksa memberi susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat untuk membesar dengan sihat.
Tetapi dalam membancuh susu formula, penting sebenarnya untuk ibu bapa tahu cara membancuh dengan cara yang betul. Ini bagi mengelakkan segala khasiat dan zat dalam susu itu hilang begitu sahaja.
Lagi satu teknik bancuhan susu yang betul adalah untuk mengelakkan anak mengalami masalah kembung perut. Nak tahu secara terperinci mengenainya, video dikongsikan di TikTok @the.dressar boleh dimanfaatkan.
Kebanyakan ibu bapa bila membancuh susu anak meletakkan air panas terlebih dahulu. Cara ini salah! Sepatutnya masukkan air suam terlebih dahulu.
Sukat air, kemudian masukkan air dulu baru masukkan susu. Jangan masukkan susu dulu baru air, salah. Itu yang menyebabkan anak sembelit sebab air tak cukup.
Manakala yang ketiga pula adalah jangan goncang susu terlalu kuat dan menyebabkan berbuih di permukaan atasnya. Goncang susu bukan ke atas, sebaliknya pusing perlahan sahaja. Nak lagi mudah kacau dengan sudu secara perlahan.
Nak dapatkan penjelasan lanjut, boleh tonton video ini:
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.