Selepas pembedahan yang berisiko tinggu berlangsung selama 5 jam Isnin lalu, Ainul Mardhiah, bayi perempuan yang menghidap kanser Germ Cell Tumour stabil dan mula memberi respons.

Dalam video yang dikongsikan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, Ainul kelihatan sudah boleh bergerak dan kelihatan aktif. Kelihatan ibunya, Nurul Erwani Zaidi sedang bercakap / memanggil / mengagah Ainul walau pun audionya tidak kedengaran.

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Safiuddin B Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

AINUL STABIL TETAPI DIREHATKAN

Menurut bapanya, Ainul kini berada dalam keadaan stabil, tetapi masih direhatkan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital, di London, Isnin lalu.

Bapanya, Ahmad Safiuddin berkata Ainul Mardhiah memerlukan rehat yang sepenuhnya kerana luka pembedahan masih baru.

Ainul Mardhiah Stabil & Direhatkan. Dah Boleh Respons Mama Panggil, Cuba Bagi Senyuman
Ainul ketika sebelum pembedahan.

AKAN DIPANTAU DALAM JANGKA MASA LAMA

Ads

Selain itu, bapa Ainul juga memberitahu keadaan anaknya perlu dipantau dalam tempoh lama untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik

“Saya difahamkan pihak hospital akan terus memantau keadaan Ainul Mardhiah buat masa ini dan akan memakan masa yang agak panjang.

Ainul Mardhiah Stabil & Direhatkan. Dah Boleh Respons Mama Panggil, Cuba Bagi Senyuman

 

Ads

TIDAK TAHU SEHINGGA BILA AKAN PULANG 

Memandangkan keadaan Ainul yang masih perlu diperiksa dan dipantau supaya pulih, Ahmad Safiuddin tidak dapat menjangka kepulangan mereka sekeluarga ke tanah air.

“Jadi, saya masih tidak tahu sampai bila Ainul Mardhiah dirawat kerana doktor beritahu mereka perlu pastikan dia benar-benar pulih sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Ads

Ainul Mardhiah Stabil & Direhatkan. Dah Boleh Respons Mama Panggil, Cuba Bagi Senyuman

Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi, masing-masing berusia 24 tahun akan terus berada di London bagi menemani anak mereka menjalani beberapa rawatan susulan mengikut saranan pakar bedah.

Sumber: Instagram ahmadsafiudinn & Berita Harian

Artikel berkaitan: [Hebatnya Perjalanan Ainul Mardhiah. Dari Tiada Harapan Kuasa Doa Mengatasi Segalanya]

[Syukur Ainul Sedar Lepas Bedah. Ramai Doktor Kiriman Allah Di Sebalik Rawatannya Di UK]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI