“Doakan Ainul ya semua, moga dipermudahkan urusannya”. Itu yang diharapkan oleh walid dan mama kepada buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah setelah dia disahkan positif Covid.
Dalam keadaan diri dah berjaga-jaga dengan virus ini, perkara nak jadi memang tak dijangka sama sekali.
Menerusi perkongsian ibu Ainul, Nurul Erwani di instagramnya, keadaan Ainul nampak lain setelah dia bangun tidur sebelah petang. Biasanya dia akan aktif. Hati rasa tak sedap cuba buat Covid test, ternyata Ainul positif.
Hari ini waktu lepas Ainul bangun tidur petang, tiba-tiba badan dia panas. Lepas tu dia tak nak bangun, lemah je. Batuk sikit. Terus buat Covid test, akhirnya kecundang juga. InshaAllah doakan Ainul cepat sembuh ya.
Tambah mamanya lagi, setakat ini alhamdulillah Ainul okay je. Dia tengah tidur je. Batuk tak teruk sangat, cuma badan panas. Tapi suhu tak tinggi. Setakat ini memang sentiasa pantau oksigen dan baginya ubat.
Sementara itu, menurut walid Ainul pula, bacaan SPO Ainul setakat ini ok. Cuma keadaan Ainul kurang bermaya sedikit.
Bacaan SPO Ainul waktu tidur (sekarang). Alhamdulillah semua ok. Cuma nampak ainul tak bermaya.
So far feeding dia ok, tak batuk, suhu badan normal. Harap-harap malam ni Ainul tidur nyenyak. Kebiasaannya kalau Ainul demam atau kena jangkitan kuman, dia tak akan boleh tidur malam.
Walid doakan Ainul lekas sembuh. Covid memang dah ada di mana-mana. Kita hidup sekarang memang sudah dikelilingi dia. Jika keadaan teruk, terus ke hospital.
Sementara itu, Ahmad Safiuddin juga turut berkongsi setelah Ainul demam dan positif Covid sebelah petang, adik Ainul pula, Umar dah mula demam.
Malam ni si adik pulak flat. Dah mula demam. Harap saya dan isteri boleh bertahan. Kalau kami berdua pun collapse, memang agak mencabar. So far kami berdua masih ok. Malam ni kena pantau suhu mereka berdua.
Moga tiada apa-apa yang serius dan Ainul kuat melawan virus ini serta kembali sihat dan aktif seperti biasa. InshaAllah.
Sebelum ini kisah Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ seberat 200 gram di mulutnya mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Ainul selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 2019 ketika berusia sembilan bulan.
Kredit: IG Nurul Erwani & FB Ahmad Safiuddin
BACA [Anak Asyik Berkepit, Tak Nampak Kejap Dah Cari, Buktinya Bonding Kita Kuat!]
BACA JUGA [Anak-Anak ‘Raja COPY, CCTV’ Paling Power! Apa Ibu Ayah Buat, Semua Dia Tiru]
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI