Kepulangan si kecil Ainul Mardhiah ke Malaysia adalah berita gembira yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.
Kesihatan yang semakin baik selepas pembedahan selama 5 jam membuang tumor seberat 200gram yang berisiko tinggi oleh pakar di sebuah hospital kanak-kanak di London.
Ainul menunjukkan perkembangan yang pantas di mana berat badannya meningkat. Si kecil ini juga menguasai pelbagai kemahiran dengan cepat seperti memegang mainan dan menggelengkan kepala.
Sebelum ni kepulangan Ainul dirahsiakan bapanya atas faktor kesihatan. Namun menurut laporan akhbar tempatan, bayi kesayangan rakyat Malaysia ini dijangka tiba ke ibu negara tengah hari ini dan akan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dari laporan akhbar berkenaan sumber menyatakan, Ainul Mardhiah, 10 bulan, bersama bapa Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi sudah bertolak dari United Kingdom (UK) jam 9.30 malam tadi (waktu UK).
“Ainul dijangka tiba hari ini sebelum terus ke HKL untuk pemeriksaan,” katanya bapa Ainul.
Sebelum ini bapa Ainul, Ahmad Safiuddin memaklumkan Ainul Mardhiah akan dibawa pulang ke tanah air secara rahsia.
Artikel berkaitan: Bakal Bawa Balik Secara Rahsia. Bukan Nak Sorok, Bimbang Ainul Berisiko Kena Jangkitan
“Tarikh tidak akan diberitahu atas nasihat doktor di sini (London) sebab takut ramai akan tunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti.
Dalam perkembangan sebelum ini, Ahmad Safiuddin memberitahu keputusan tersebut dilakukan atas faktor kesihatan Ainul yang masih belum kuat.
“Kami akan balik secara senyap-senyap berikutan Ainul dalam fasa untuk sembuh dan badannya masih belum kuat.
“Harap semua orang faham keadaan Ainul, demi mengelakkan anak kami daripada jangkitan,” katanya.
Dalam catatan Facebook Ahmad Safiuddin semalam, bapa ini turut berkongsi pengalaman Ainul yang mendapat infeksi selepas perjalanan beberapa belas jam ke London. Ahmad Safiuddin berharap perjalanan yang bakal ditempuh bersama isteri dan puteri kesayangan berjalan dengan baik.
Bapa ini menyatakan Ainul masih dalam fasa fragile dan tidak boleh didedahkan kepada persekitaran berisiko jangkitan atas permintaan doktor. Beliau juga menghargai doa rakyat Malaysia buat puterinya.
Sumber: hmetro.com.my & FB Ahmad Safiuddin