Ainul Semakin Aktif. Perkembangan Kesihatan Konsisten & Berat Dah Capai 5 Kilogram

Share

Agak lama tidak mendengar perkhabaran mengenai adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. Bayi comel yang kini beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut pada hari raya Aidilfitri lalu dilihat semakin sihat dan membesar dengan baik.

Lama Ainul tak bersiaran

Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin ada memuat naik wajah terbaru anak sulungnya itu yang comel berbaju kuning dan nampak sihat seperti bayi-bayi seusia dengannya.

Perkembangan baik walaupun perlahan

Menerusi kapsyen yang dinyatakan oleh bapa Ainul, dia memberitahu perkembangan kesihatan Ainul konsisten walaupun agak perlahan.

Selain itu, Safiuddin juga sempat memohon agar orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan anaknya terus bertambah baik bagi membolehkan dia bernafas dan makan seperti biasa tanpa bantuan daripada tiub sokongan.

Ainul mula buat terapi otot badan 

Menerusi perkongsian di instagram ibu Ainul, Nurul Erwani, Ainul kini sedang melakukan terapi untuk menguatkan otot badannya agar perkembangannya lebih baik.

“Alhamdulillah. Ainul Mardhiah sentiasa dalam keadaan sihat. Sentiasa dalam jagaan Allah SWT.

“Mama dan Walid tak ada pun Ainul boleh berdikari sendiri. Tak susahkan sesiapa pun. Anak yang sangat cerdik. Semakin hari semakin banyak improvement dari Ainul.

“Terima kasih juga kepada @gymcademy yang bantu Ainul dan tak jemu mengajar Ainul perkara perkara baharu”, kongsinya.

Berat Ainul dah capai 5 kilogram

Memandangkan masalah kesihatan yang dialami sebelum ini berat Ainul juga agak perlahan naik. Namun selepas pembedahan nampak perubahan yang ketara pada selera makannya walaupun agak terhad dan tidak seperti bayi lain.

Menurut Safiuddin, Ainul dah capai 5 kilogram sekarang dan mereka sekeluarga bersyukur.

“Alhamdulillah makin membesar anak mama dan walid ni. Semoga terus sihat dan sentiasa memberi senyuman buat semua orang,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai memanjatkan doa agar Ainul terus sihat seperti kanak-kanak seusia dengannya.

“Seronok tengok Ainul sekarang. Dah makin sihat, cergas dengan izin Allah.”

“Semoga sihat sepenuhnya Ainul sayang dan sentiasa dalam jagaan Allah.”

Sumber : Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani

Published by
Wan Amy