“Ainul semakin baik dan dia tidak lagi kritikal” Alhamdulillah syukur Ya Allah. Ini perkembangan terkini adik Ainul Mardhiah yang dikongsikan oleh ayahnya, Ahmad Safiuddin di Facebooknya.
Walaupun begitu, Ainul masih perlu dirawat di unit jagaan rapi, masih diberikan ubat “rehat” dan masih memerlukan sokongan ventilator.
BACA [Alhamdulillah, Ainul Makin Stabil. Berkat Doa Semua Nampak Dia Tenang & Kuat.”]
Keseluruhannya, Ainul lebih baik dari semalam. Dia masih kuat melawan. Terima kasih buat para doktor yang merawat Ainul kerana berjaya selamatkan Ainul dari zon kritikal. Terima kasih kakak-kakak misi yang menjaga Ainul dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih semua rakyat Malaysia yang ambil berat tentang Ainul dan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.
Tiada daya saya dan ahli keluarga untuk membalas jasa baik rakyat Malaysia yang berbuat baik kepada kami. Hanya mampu kami titipkan doa buat anda semua supaya Allah SWT berikan segala kebaikan yang ada di muka bumi ini kepada anda dan seluruh ahli keluarga.
Saya juga doakan buat anak-anak lain yang sedang bertarung nyawa, yang sedang berjuang melawan penyakit diberikan kesembuhan secara menyeluruh, Doktor yang merawat diberikan jalan dan kefahaman, dan ibu bapa mereka diberikan ketabahan, kesabaran, ganjaran di dunia dan di akhirat.
Semoga Allah swt cukupkan rezeki kita semua. Mohon doakan Ainul sembuh dari serangan kuman ini tanpa ada sebarang komplikasi. Amin
Kredit: Ahmad Safiuddin
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)